Keibubapaan

Dah Nak Masuk Sekolah, Jangan Tertinggal Persiapkan Kelengkapan Sekolah Anak!

Share

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, anak-anak sekolah bakal memasuki sesi persekolahan baru pada tahun ini. Persiapan akhir mama papa sudah lengkap?

Jika masih diperingkat awal apa kata buatkan check list ini supaya tidak ada barangan yang tertinggal.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal memasuki Tahun 1 pula pasti buntu memikirkan apa kelengkapan sesuai untuk anak.

Dengan adalah kelengkapan sekolah baru ini, barulah lebih semangat dan seronok untuk mereka ke sekolah nanti. Jom semak senarai ini.

Boleh juga isikan harga dan jumlahkan sebagai rujukan untuk perbelanjaan bajet bulanan / tahunan.

Senarai Semak Barangan Keperluan Sekolah 2025
Bagi tahun 2021 ini, ibu ayah jangan lupa sertakan kelengkapan khas bagi menyediakan hand sanitizer, face mask, dan tisu basah / pek tisu individu untuk memudahkan anak-anak menjaga kebersihan di sekolah.

Ini senarai penuh sebagai panduan ibu ayah di rumah:

Senarai Barangan Keperluan Sekolah

PAKAIAN
1. Baju Uniform Putih
2. Kain / Seluar (biru gelap)
3. Stokin
4. Kasut sekolah
5. Tudung / Songkok
6. Anak tudung
7. Baju sukan / T-shirt putih (PJK)
8. Seluar sukan
9. Sapu tangan
10. Lencana sekolah
11. Name tag
12. Tali leher
13. Singlet / baju dalam
14. Baju sekolah agama
15. Kapur kasut (putih) / kiwi kasut (hitam)

ALAT TULIS / KELENGKAPAN BELAJAR
1. Beg sekolah
2. Pensel 2B
3. Pemadam
4. Pembaris
5. Pengasah pensel
6. Gam
7. Gunting
8. Pensel warna
9. Bekas pensel
10. Pembalut buku teks
11. Pembalut buku latihan
12. Krayon
13. Warna air
14. Kertas lukisan
15. Berus lukisan
16. Fail
17. Botol air
18. Bekas makanan
19. Hand sanitizer
20. Face mask (jika tidak sihat)
21. Tisu basah
22. Tisu kering

LAIN-LAIN
1. Buku nota
2. Pensel mekanikal / ubat pensel
3. Pen
4. Set geometri
5. Kalkulator
6. Stapler
7. Puncher
8. Baju hujan
9. Topi keledar
10. Jam tangan

Untuk mencetak atau print senarai barang keperluan sekolah anak-anak ibu ayah boleh muat turun fail INI: Senarai Semak Barangan Keperluan Sekolah 2025

Jom kongsikan supaya kita boleh sama-sama merancang pembelian dan menguruskan barangan keperluan sekolah anak-anak dengan lebih sistematik.

Semoga bermanfaat!