Setelah kisah bayi kesayangan Malaysia, adik Ainul Mardhiah menjadi viral, boleh dikatakan hari-hari warganet menantikan berita berkaitannya.
Dia yang kini berada di London selepas berjaya mengharungi pembedahan yang berisiko semasa Aidilfitri lalu dikatakan bakal pulang tidak lama lagi.
Adik Ainul yang menghidap ketumbuhan di bahagian mulut itu telah pun kembali sihat dan menunjukkan perkembangan yang positif.
Setiap hari, baik ayahnya Ahmad Safiuddin atau ibunya, Nurul Erwani kerap memuat naik gambar-gambar terbaru Ainul di media sosial masing-masing sebagai tatapan warga Malaysia.
Terima kasih abang untuk segala pengorbanan
Semalam, ibu Ainul memuat naik satu perkongsian yang cukup menyentuh hati. Menurut Nurul Erwani di Instagram, semalam merupakan ulang tahun kelahiran suaminya. Di dalam perkongsian tersebut, dia turut sempat memberikan ucapan melalui kapsyen kepada suami tercinta.
Happy Birthday To My Lovely Husband
?????? .
Terima kasih abang untuk segala pengorbanan abang kepada wani and our daughter, Ainul Mardhiah❤️ Semoga Allah sentiasa berikan rahmat dan kasih sayangNya pada abang dan juga rezeki yang melimpah ruah untuk abang. .
Love you abang❤️❤️❤️
Dalam pada itu, Ahmad Safiudin turut memuat naik gambar sempena hari jadinya. Dia juga sempat memuat naik satu posting seakan memberi bayangan sudah bersiap sedia untuk pulang ke Malaysia.
Genap 24 tahun. Alhamdulillah dengan segala nikmat dan rezeki yang ada pada hari ini.
Masih dapat berada di sisi anak dan isteri serta keluarga yang tercinta.
Terima kasih yang mendoakan.
Semoga doa doa baik itu Allah kembalikan semula kepada kalian sekeluarga. Amin,” tulis Ahmad Safiudin.
Sumber: IG _nrlerwani & FB Ahmad Safiuddin