Baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 30 September yang lalu, isteri kepada pemain bola sepak, Safawi Rashid, iaitu Syifa Melvin berkongsi pengalamannya melahirkan cahaya mata sulungnya, Saif Sulaiman.
Menerusi perkongsiannya di Insta Story, Syifa berkongsi kelahiran bayi sulungnya yang lahir lebih awal dari tarikh jangkaan.
“Tak langsung prepared. tak sangka keluar rumah malam tu jadi malam terakhir keluar berdua haha. Ada leaking pukul 2 petang, tunggu sampai maghrib tengok masih ada.
“Rasa pelik dah, ajak suami pergi hospital. Bila pergi memang tak kembali haha. Masa tu baru 36 minggu 6 hari.
Ads
“Saif keluar tepat 37 minggu dengan berat 2.61 kg. Alhamdulillah untuk semuanya,” kongsinya.
Tambah Syifa lagi, dia pada mulanya mengalami kontraksi palsu tiga hari sebelum melahirkan bayinya. Namun tidak menyangka ia adalah kontraksi sebelum kelahiran Saif Sulaiman.
Ads
“Sebenarnya 27 hari bulan dah mula rasa mengeras yang ada satu waktu itu berpeluh. Tapi kita ingat braxton hicks, layan saja lah sampai la 29 hari bulan, baru pergi hospital.
“Memang sakit dua-dua la, contraction rasa, sakit luka czer pun rasa. Contraction habis tinggi 100, Syifa tahan lagi tapi sakit kuat walau pun on Pitoxin drip,” katanya lagi berkongsi.
Jika ada banyak nyamuk di bilik anda, bolehlah cuba tip ini . Cepat, mudah dan murah. Tak perlu guna penyembur atau pun lemas dalam asap ubat nyamuk dan anda akan nampak kesannya.
Tip ini telah dikongsi dalam satu forum di laman sosial caranya hanya menggunakan air dan juga cecair pencuci pinggan.
Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan.
1. Letak sedikit air dalam pinggan putih dan tuang beberapa titisan cecair pencuci pinggan (Lemon Fresh Joy / Harimau Kuat).
2. Kemudian, letakkan pinggan berisi cecair ini di luar rumah untuk elak nyamuk masuk. Nyamuk akan berkerumun di situ dan akan mati selepas terkena cecair ini dalam lingkungan tiga meter dari pinggan itu. Letakkan juga di dalam rumah di bahagian dapur atau ruang tamu untuk tujuan yang sama.
3. Berkesan dan jimat kerana hanya menggunakan bahan yang sedia ada dalam rumah. Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu mengawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekitar rumah anda terutamanya tempat-tempat yang ada wabak denggi.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melalui perkongsian daripada Encik Rusyaidi ini diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak info buat kita sebagai ibu. Sekiranya terjadi anak kita terkunci di dalam bilik, tidaklah kita terus panik kerana kita sudah ada ilmu untuk membuka pintu tersebut walaupun kuncinya hilang entah ke mana.
Ayuh kita hadam sama-sama teknik dan skil untuk lakukan sesi menyelamat ini. Jom semak!
Tombol pintu sentiasa terkunci?
Pernahkah anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu “tersekat” di dalam, dan perlu sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walaupun sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.
Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol pintu ada 2 settings:
1. Keadaan sentiasa kunci, dan
2. Keadaan Normal.
Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkan punat kunci. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.
Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci.
Kadang2, sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu berada dalam keadaan sentiasa kunci.
Kalau info ini bermanfaat untuk anda, sila kongsikan. Harap maklumat ini tidak disalahguna.
Anak-anak yang membesar perlukan didikan yang tepat bagi membolehkan mereka menjadi anak yang lebih bertanggungjawab dan lebih prihatin apabila membesar.
Anak-anak kita sebenarnya boleh mengikut karektor dan sikap mereka sendiri jika tidak dibendung.
Salah satu cara didikan yang mudah adalah dengan mengajarkan kemahiran berumah tangga kepada mereka sebagai persediaan kepada tanggungjawab pada diri
sendiri. Jika mereka punya rasa tanggungjawab pada diri, seterusnya pastilah pada keluarga mereka sendiri kelak.
Bukan hanya pada anak perempuan, anak bujang kita juga wajib buat perkara ini supaya lebih rasa tanggungjawab. Jom ikut tip mudah ini.
1. Periksa Barang Dapur
Minta anak perempuan jadi pemeriksa kita setiap kali barang dapur habis bekalannya. Ajar dia untuk periksa peti ais dan stok bekalan basah seperti ikan dan sebagainya setiap minggu atau setiap hari. Biar dia tahu peranannya besar dalam rumah kita. Lama kelamaan dia akan rasa lebih bertanggungjawab pada amalan yang satu ini.
2. Periksa Stok Beras
Ini merupakan amalan yang dilakukan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki kepada anak lelakinya. Setiap kali beras habis, dia akan minta ibu dan ayah belikan dengan segera tanpa menunggu hari esok. Cara ini bagi membiasakan diri anak lelaki dengan selok belok dapur. Nampak remeh tapi sebenarnya ia mengajar anak lelaki kita lebih bertanggungjawab.
3. Kunci Pintu
Sebelum hendak masuk tidur, amanahkan seorang anak-anak kita untuk periksa pintu rumah, samada sudah dikunci ataupun tidak. Selain rasa tanggungjawab pada
keluarga yang lain, ia juga mendorang anak kita jadi lebih berani.
4. Bayar Di Kaunter
Latih anak kita bayar makanan yang dia beli di kaunter sendiri. Cara ini bukan hanya latih anak lebih berani tetapi mesti bertanggungjawab pada barangan yang diambilnya. Amanah pada diri sendiri, itu penting.
5. Susun Kasut
Bagi tugas mudah ini pada si bongsu anda yang masih kecil. Latih dia untuk susun kasut setiap ahli rumah sebelum melangkah masuk ke rumah. Persoalkan dia jika kasut tidak disusun dalam keadaan baik. Cara ini bukan hanya buat anak lebih menjaga kebersihan tetapi disiplin diri yang tinggi.
6. Kemas Katil
Ajar kesemua anak kita baik lelaki mahupun perempuan untuk kemaskan katil sendiri apabila bangun tidur. Ini penting bagi mendidik mereka menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan selebihnya pada keluarga. Kalau kita biasakan mereka, lama-lama pasti jadi tabiat terpuji.
7. Ajar Anak Sedekah
Kalau ke surau atau juga ada peminta sedekah yang datang ke meja kita ketika makan, ajar anak-anak bersedekah sendiri dengan tangan mereka. Selain mengajar rasa simpati kepada golongan susah, kita juga mendidik anak untuk bersedekah. Setiap kali dapat duit kecil, minta dia asingkan untuk bersedekah.
8. Tolong Angkat Barang
Nampak macam mendera anak tapi sebenarnya ia satu proses mendidik. Minta anak-anak angkatkan kesemua barang yang kita beli ke dalam kereta seterusnya ke dalam rumah. Nampak remeh tapi ia mengajar anak bertanggungjawab dan rasa hormat.
9. Pilih Ikan Di Pasar
Ini aktiviti yang menyeronokkan. Minta anak pilih sendiri ikan yang mereka suka di pasar. Selain berkongsi ilmu, ia juga bagi membiasakan mereka dengan ilmu rumah tangga.
10. Ajar Masak
Tak kira samada anak lelaki atau perempuan, ajar mereka untuk tolong memasak di dapur. Seawal usia 5 tahun lagi mintalah mereka turut serta. Anak lelaki terutamanya, ajar mereka memasak dengan cara yang betul supaya ilmu ini boleh dibawa mereka ke mana-mana terutama selepas berkahwin. Penting!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...