“Dah Mengajar Murid Khas, Jangan Cikgu Pun Jadi Macam Diorang Juga.” Pedih Tapi Itu Pembakar Semangat Cikgu Ini!

Share

Bukan semua orang mampu melaksanakan tanggung jawab sebagai guru kepada murid khas. Berat dan besar cabarannya.

Bukan calang-calang orang yang mampu menggalas kerja mulia ini. Besar jasanya ibu kepada pelajar pendidikan khas.

Apabila ada sesetengah pihak tidak faham dan mengeluarkan kata-kata kurang enak untuk didengari.

Biarpun pedih, namun bagi cikgu Siti Ainul Mursyida yang berkongsi cerita di laman facebooknya, biar apa pun yang orang perkatakan namun itu tidak melemahkan semangatnya untuk meneruskan usaha mendidik anak-anak syurga ini.

 

 


DAH MEMANG MENGAJAR PUN MURID2 KHAS, JGN LA CIKGU PUN JADI KHAS MCM DIORANG JUGAK”

Hari ni sekali lagi ayat ni diucapkan dari seorang pemimpin sekolah yg angkuh. Ternyata, cabaran yg dihadapi sbg guru pendidikan khas bukan setakat cabaran mengajar anak2 istimewa tetapi juga cabaran dari pihak pentadbir dan guru lain.

Ketahuilah bahawa kata2 ini tidak akan sesekali melemahkan kami, tapi kata-kata itulah pembakar semangat kami. Walau pedih terhiris namun digagahi juga demi maruah anak-anak khas. Jgn memandang rendah murid2 kami.

Betul murid-murid khas kami tidak memberi apa-apa kepada sekolah, tidak menaikkan prestasi sekolah, tidak menjulang nama sekolah melalui prestasi akademik yang tinggi, namun mereka ada harga diri dan maruah sama seperti insan lain. Mereka tidak minta dijadikan begitu. Kalau tidak ada mereka sudah tentu manusia ini akan alpa.

Begitu besar ciptaan illahi sebenarnya menjadikan mereka untuk menguji hati insan lain supaya insaf dan sedar Allah mengkehendaki ianya berlaku dengan izinnya. Memandang rendah kepada mereka bermakna kita memandang rendah juga apa yang Allah jadikan.

Kehadiran mereka bukan sekadar untuk menguji hati manusia malah satu peringatan kepada yang lain. Sesungguhnya jika Allah mengkehendaki, pentadbir yg angkuh itu sendiri boleh menjadi OKU sekelip mata.

“AWAK BUKAN MENGAJAR MACAM CIKGU DI ARUS PERDANA, MURID AWAK SIKIT, KERJA AWAK PUN MUDAH JE… ”.

Benar… kerja kami yg mudah inilah yang memberi erti kehidupan kepada murid-murid khas. Kami inilah yang membimbing tingkah laku dan adab sopan murid khas. Kami lah yang melenting bila ada murid lain yang memperlekehkan anak murid kami.

Kami inilah yang memimpin tangan mereka masuk ke kelas dengan harapan segunung tinggi. Walaupun murid hanya mampu menyebut sepatah perkataan …” egu…”( cikgu ) maka berderailah airmata kami kerana rupanya murid ada suara dan memahami apa yang diajar.

Air mata gembira & bangga jatuh apabila akhirnya murid mampu memegang pensel & menyambung titik selepas bertahun-tahun diajar. Murid ini akan bertepuk tangan bila nampak kami menuju ke kelas dan murid ini akan lari lintang pukang kerana guru2 khas yg tegas ini yg menjadikan mereka manusia-manusia yang kenal erti disiplin. Kami inilah yang menjadikan mereka ramah dan boleh bertegur sapa.

Kami inilah yang berlari keliling sekolah kerana takut keselamatan murid-murid kami sedangkan guru lain hanya ketawa. Kami ini yang setiap hari pakaiannya disalut dengan air liur dan hingusan murid-murid khas. Mereka ini tidak faham apa-apa tetapi yang berkecil hati adalah kami dan kami juga yang menitiskan air mata. Memandang hina kepada murid kami bermakna hina jugalah kami.

 

Walau bagaimanapun, sesekali semangat yg ada akan luntur juga , kekuatan ini akan lebur dan langkah kaki menjadi lemah berjalan menuju ke sekolah dengan hampa apabila seringkali kerjaya kami diperlekeh & dipandang sebelah mata. Bukan mudah untuk jalankan program Pendidikan Khas supaya gahnya sama dengan program arus perdana. Banyak masa dan perkara perlu dikorbankan demi membuktikan bahawa kami juga ada cita-cita dan keinginan untuk cemerlang.

Semua mata sedang memandang dan menilai, sudah sampai masanya disentap hati-hati mereka yang alpa atau dibuang terus supaya tidak menjadi duri dalam daging. Duri itu wajar digantikan dengan dengan kasih sayang sehingga timbullah ungkapan rasa dari anak-anak khas iaitu:

Kedatangan guru yang dimuliakan
Kedatangan ditunggu dengan lapang dada
Kedatangan ditunggu dengan kasih sayang
Kedatangan disambut dengan rasa syukur
Kehilangan yang pasti akan amat dirasai.

p/s: Terima kasih juga kpd pembantu pengurusan murid yg banyak membantu kami dlm mendidik anak2 istimewa kami.