Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza yang berkongsi bakal menimang cahaya mata kedua pada tahun hadapan.
Kongsi Zahirah yang kini sudah pun hamil di trimester kedua kandungannya mengakui semakin reda dari alahan yang dialaminya ketika trimester pertama.
Malah kongsi ibu kepada si comel, Isaac Raees ini sudah semakin berselera untuk makan nasi seperti biasa.
“Second trimester ni barulah ada selesa nak makan nasi,” kongsinya.
Bahkan kata Zahirah lagi, ketika di awal kehamilannya, dia langsung tidak boleh menjamah nasi malahan bau-bau dari masakan juga membuatkan dia terkesan.
Ads
“Masa first trimester tak nak makan nasi langsung! Masa itu bau lauk masakan pun tak boleh,” tambahnya.
Terdahulu, Zahirah dan Aiman turut meluahkan rasa syukur dan mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua mereka pada tahun hadapan.
Bahkan Aiman tidak sabar untuk menanti tahun 2024 bagi menyambut kelahiran anak kedua mereka. Menerusi perkongsian itu, Aiman turut memuat naik gambar pemeriksaan ultra bunyi kandungan isterinya namun tidak berkongsikan usia kandungan anak keduanya itu.
Ads
Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Isaac Raees kini berusia dua tahun.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu memerlukan tenaga yang cukup luarbiasa.Tuntutan tugasan di pejabat mahupun pelbagai urusan di rumah di rumah segalanya perlu dibereskan dengan sempurna.Oleh yang demikian, aspek kesihatan dalaman dan luaran haruslah dititik beratkan.
Melalui perkongsian dilaman Facebook Rossa Dyla Mahmud, beliau berkongsi minuman kesihatan yang wajib diamalkan buat kaum wanita setiap kali selepas datang bulan.
BAHAN-BAHAN
Halia ( anggaran 2inci )
Kunyit Hidup ( anggaran 2inci )
Serai ( dua batang )
Daun Pandan (2 helai )
Gula Batu atau Madu ( secukup rasa )
Air (3 cawan)
TAMBAH JIKA PERLU
Daun Sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan.
Buah Manjakani ( 1biji ) untuk merapatkan “Miss V”. (Tidak sesuai untuk anak dara)
CARA MEMBUAT:
1.Basuh bahan dan reneh semua bahan-bahan diatas sehingga menjadi 1 cawan air sahaja.
2.Setelah air kering dan menjadi 1 cawan tutup api serta minum ketika masih suam (tanpa perlu dikisar)
Antara Kelebihannya:
1.Membersihkan rahim selepas datang bulan.
2.Mengeluarkan angin dalam badan.
3.Anti kanser
4.Memecahkan lemak-lemak.
5.Mengurangkan masalah bau badan
6.Mengatasi masalah kemaluan berbau.
TIP EKSTRA:
1. Awas,minum SEBULAN SEKALI SAHAJA selepas datang bulan.
(Penggunaan Buah Manjakani,Daun Sireh,Kunyit Hidup yang berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid atau monopouse).
2.Boleh diminum oleh anak dara mahupun yang telah berkahwin.
3.Boleh diamalkan jika mengalami period yang tidak teratur
4.Bagi Ibu menyusu, ia mengikut kesesuaian bayi.
5.Tidak sesuai untuk IBU MENGANDUNG.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wanita mana yang tak suka bila mana apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Demikian kisah wanita ini yang sudah lama ingin memilik pantri-nya sendiri.
Hasil kerja tangan suami tersayang, akhirnya apa yang dihajati tercapai. Perkongsian tersebut dimuat naik di laman Facebook Esm Shafizawati Bt Nazirrudin beserta beberapa keping gambar menunjukkan proses pembuatan pantri itu beserta dengan hasilnya. Menurut Shafizawati, suaminya menggunakan ruang bilik stor bawah tangga untuk membuat pantri berkenaan yang mengambil masa 4 hari.
Dalam perkongsian tersebut, dia menujukkan gambar sebelum dan selepas pantri yang diimpikannya itu disiapkan. Memang cantik dan kemas kerja tangan suaminya! My Dream Pantry
Sis share masa proses dulu ye. Esok sis share yang dah siap letak barang.
Asalnya ni bilik store bawah tangga. Bila sebut store paham je la kan..banyak barang yg nak kena 5s. So malam ni tak boleh tido, kena kemas sampai siap.
Alhamdulillah. Dapat dah pantry..yeayyy. Terima kasih bang haji. My Dream Pantry Alhamdulillah, selama 4 hari bertungkus lumus dari sesi presentation, membeli meterial, proses buat dan menyusun akhirnya yang diidamkan ada depan mata. Walaupun dapat pantry bawah tangga tapi sis rasa seperti wanita terbahagia. Terima kasih suamiku.
#Alhamdulillah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Majlis ini sekadar untuk mengeratkan dan mentautkan kembali kasih yang ada. Disebabkan itulah majlis keluarga ini diberi nama majlis TAUTAN KASIH. Tanggal 14 Julai 2018, impian keluarga besar ini berjaya direalisasikan.
Program untuk mengadakan majlis keluarga Tautan Kasih ini dirancang dalam masa 5 bulan. Organisasi dipilih dari kedua-dua rumpun keluarga Bagan Datuk dan Kuala Selangor.
Seramai 19 orang dikalangan generasi kedua dan ketiga telah dilantik untuk merealisasikan majlis keluarga ini. Mesyuarat diadakan beberapa kali dalam setiap bulan bagi memastikan semuannya berjalan dengan lancar.
Menurut kata Pengerusi Majlis Tautan Kasih ini, En Zainal b. Hj Mohamad, dalam mendapatkan kerjasama dari semua ahli keluarga, ia tidak sesukar yang dibayangkan walaupun jumlah ahli keluarga hampir 700 orang. Ini kerana pihak urusetia hanya berhubung dengan wakil setiap 12 induk sahaja.
“Perjumpaan 2 rumpun Bagan Datuk dan Kuala Selangor ini merupakan yang pertama kali dibuat. Manakala perjumpaan bagi induk-induk sendiri selalu dilakukan terutamanya pada Hari Raya Aidilfitri, Hari Keluarga dan kejohanan sukan.
“Keluarga yang terlibat adalah dari 12 induk keluarga (generasi pertama) iaitu 6 induk dari rumpun Bagan Datuk dan 6 induk dari Kuala Selangor. Bancian telah dilakukan dan urusetia telah mendapat data dari setiap ahli keluarga. Jumlah keseluruhan 700 orang ahli dan kehadiran hampir 500 orang dari generasi pertama hingga ke generasi ke 5 Allahyarham Raden Hj Mahmud.
“Pihak urusetia telah sebulat suara memilih Hotel De Palma, Ampang kerana lokasi yang terletak berhampiran dengan tempat tinggal majoriti pihak urusetia. Ia dapat memudahkan semua persediaan dijalankan dengan sempurna dan menjadi titik tengah saudara mara yang hadir dari Utara dan Selatan tanahair,” jelas Asyikin Malek kepada penulis tatkala ditanya lanjut mengenai Majlis Tautan Kasih tersebut.
Beri impak positif pada keluarga
Pelbagai aktiviti telah dirancang dengan teliti dan berlangsung dengan jayanya sepanjang majlis tersebut. Di sebelah pagi antaranya adalah ucapan-ucapan dari wakil keluarga kedua belah pihak yang menerangkan susur galur keturunan keluarga , perasmian dan ucapan dari Penaung iaitu satu satunya generasi pertama yang masih ada iaitu Nenda Hjh Asiah bt. Raden Hj Mahmud, seisi bergambar dan temubual dengan pihak media.
“Tidak dilupakan pada mereka yang telah pergi, majlis tahlil turut dibuat selepas solat Zuhur.
Di sebelah petang pula, dimulakan dengan acara pakaian beragam untuk kanak-kanak berusia 6 tahun kebawah (majoriti terlibat adalah dari generasi ke 4 & 5), persembahan veteran dan harapan dari kedua belah rumpun, juga persembahan berkumpulan.
“Yang menariknya persembahan zapin mendendangkan lagu ” Bagan Datuk” menambahkan keceriaan majlis Tautan Kasih ini. Kesemua yang terlibat dalam aktiviti ini adalah dari generasi kedua hingga ke 5. Turut menghiasi majlis adalah dengan adanya permainan-permainan menarik selingan persembahan-persembahan tersebut.
“Aktiviti telah disambung kemalam nya menerusi Program Kejohanan Bowling Tautan Kasih di Ampang Superbowl Ampang Point, Ampang. Penyertaan seramai 120 orang untuk kejohanan tersebut dari keluarga Bagan Datuk dan Kuala Selangor.
“Alhamdulillah bab sumbangan dan hadiah tiada masalah kerana pihak urusetia telah menyediakan cenderahati pada mereka yang terlibat, untuk penaung keluarga, hadiah-hadiah kepada peserta persembahan dan pertandingan. Tidak ketinggalan dengan hadiah cabutan bertuah yang banyak. Ini memberikan satu semangat positif dikalangan tetamu yang hadir dan menjadikan majlis penuh meriah dan ceria.
“Apabila berkumpul dalam satu majlis besar seperti ini, sudah pastinya memberi impak yang sangat baik kepada seluruh ahli keluarga untuk setiap peringkat umur. Kasih sayang kekeluargaan yang dicurahkan dari dulu dapat dilihat dan terpancar disetiap wajah ahli keluarga yang hadir.
“Generasi bawah dan yang baru kebanyakan tidak mengetahui betapa ramainya ahli keluarga mereka dan ada juga yang tidak mengenali satu sama lain. Dengan adanya majlis seumpana ini memberi kesedaran bahawa masing-masing mempunyai pertalian keluarga yang sangat ramai.
“Juga dapat diketahui ada yang pernah belajar di Universiti yang sama, tinggal di blok asrama yang sama dan mengambil jurusan belajar yang sama dan tidak sangka selepas graduasi baru tahu ada pertalian saudara. Inilah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan,” ujar Asyikin sambil memberitahu majlis ini juga, persatuan keluarga iaitu Persatuan Tautan Kasih Raden Hj Mahmud untuk kedua rumpun terbentuk bagi memastikan hubungan ini terjalin selamanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...