
Rumah yang mempunyai dekorasi yang cantik dan kemas pastinya menjadi idaman semua orang. Sudah tentu kita idamkan sebuah kediaman sebegitu.
Menarik mengenai perkongsian puan Shazwani Arifin menerusi kelab Kaki Deco, Kaison, Romantika, Eco & Mr DIY, telah menarik perhatian ramai warganet.
Dekorasi rumah sewa pertamanya dihias cantik bagaikan rumah sendiri! Dalam tempoh 13 jam dipaparkan digroup berkenaan telah mendapat lebih 12K likes.
Jom ikuti perkongsian dekorasi rumah beliau. Moga jadi inspirasi buat mereka yang sedang mencari ilham.
“Rumah sewa pertama kami.”- puan Shazwani Arifin.
Dalam pada itu Shazwani turut berkongsi antara barang-barang yang dibeli.
KAIN LANGSIR.
RAK TV
Dalam pada itu, warganet memuji dekorasi yang kemas dan cantik ini serta menjadikan ia rujukan.
Sungguh inspirasi, cantik!
Sumber: Shazwani Arifin via kelab Kaki Deco, Kaison, Romantika, Eco & Mr DIY,
“Jangan Sembang Pasal Ex Depan Wanita” – Berkelahi Itu Pasti, Dr Say Kongsi Momen Bertelagah Dengan Isteri

Adat resam dalam perhubungan mesti ada perselisihan faham, gaduh-gauh manja gitu. Kan? Begitulah yang dikongsikan oleh pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say yang menyifatkan ini satu perkara yang normal dan sekiranya perkara tersebut tidak berlaku, mungkin ada yang tidak kena dengan perkahwinan tersebut.
Berkongsi dalam perkongsian di Instagram miliknya, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut mendedahkan momen lucu sewaktu dia dan isteri bertelagah gara-gara bercerita tentang bekas kekasih baru-baru ini.
” Mungkin ada yg ingat perhubungan sy & wife perfect, indah belaka takde perselisihan, bahagia sokmo kentut tak bau well let me tell u, perkelahian dalam perkahwinan itu satu KEWAJIPAN.
” In fact ni baru je lepas kelahi sebab sy terjumpa instagram ex sy & sy tercerita kat bini yg “owh ex i dah ada 2 anak sorang boy sorang girl, cukup dah korum” pastu bini mintak tengok ig ex sy pastu die cakap not bad ex u & sy reply “mestilahhh, kalau tak cun bukan namanya ex i” pastu paaap terus muka bini berubah, suara dia menggarau.” tulisnya.
Katanya lagi, setiap pasangan mempunyai cara yang tersendiri untuk menyelesaikan setiap berbalahan yang berlaku di dalam rumah tangga.
” Sy ingat dia chill bila sembang bab2 ex sebab sy chill ja bukak topik ex2 dia but i was wrong. Dan sy hanyalah typical suami yg kalau berkelahi, para suami akan resort to menyepi berdiam diri sebab orang cakap dont fight fire with fire maka bila bini tengah pokpek pompam on fire, sy choose water yakni tak bersuara langsung tapi it made things worst.
” Tapi mujur bini sy jenis persistent, dia tau sy jenis tak cakap mulut maka dia whatsapp sy buat segala luahan hati & sy xtau pasaipa reply whatsapp lagi senang dari cakap depan2 maka sy reply whatsapp dia mintak maaf bagai & here we are enjoying our “we time” together.” tambahnya.
Dalam pada itu, Dr. Saya turut menasihatkan para pasangan yang ingin berumah tangga untuk melangkapkan diri dengan ilmu atau memperbanyak bertanya kepada mereka yang lebih arif.
” Ada yg takut nak kawin takut dapat pasangan yg tak sepadan. Well marriage is like starting a new career/ a new business yg mana theres gonna be uncertainties, akan ada ups & downs cuma what u can do is to equip yourself with knowledge & tanya orang yg lebih arif/ senior in that particular field/ business.
” Sama macam marriage kalau boleh kenal isi hati budi pekerti bf/ gf & reaksi bf/ gf kita masa dia marah & tanya mak ayah kita pasal pasangan kita & from there kita decide yg adakah he/ she “THE ONE” for us. Alhamdullilah as for now & sy harap till Jannah my wife is my perfect fit. Tobat tak sembang pasal exs dah pasni ahaha,” jelasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata terhibur membaca kisah tersebut selain turut mendoakan agar perkahwinan Dr. Say dan isteri akan berkekalan hingga akhir hayat.
Sekadar informasi, selepas hampir lapan tahun mendirikan rurnah tangga, Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura Abas telah pun dikurnia dua orang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aezril dan Sefrel.
Sumber: Instagram Dr. Say
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini
Pisau Sentiasa Tajam Dan Super Power Bila Memotong 5 Langkah Kena Patuhi!

Bila melangkah ke dapur, pisau antara peralatan dapur yang teramatlah penting. Pisau yang tumpul atau sudah tidak elok lagi untuk digunakan boleh buat hati jadi berang ketika hendak memasak.
Apatah ketika pulang daripada kerja dan ini akan menambah sakit hati ketika hendak memasak. Bagaimana memastikan pisau sentiasa tajam dan terjaga dengan cantik walaupun telah lama digunakan. Ada caranya. Cuba petua ini.
Asah Selalu
Pisau yang tajam haruslah diasah permukaannya lebih kerap. Jangan malas kerana inilah cara untuk memudahkan proses memasak anda dengan lebih pantas. Biasakan diri untuk mengasahnya setiap kali hendak digunakan. Biarkan sentiasa tajam.
Pilih Pengasah Sesuai
Ada juga pengasah yang tidak kena dengan jenis pisau yang anda gunakan. Namun ada juga yang lebih senang mengasah pisau menggunakan lesung batu yang digunakan untuk menumbuk sambal. Tidak salah, namun kenalah bijak menggunakannya agar kena pada semua mata pisau. Jika tidak, beli sahaja pengasah jenis bulat dan panjang, khusus untuk mengasah.
Simpan Tempat Kering
Setiap kali selepas menggunakannya, pastikan pisau diletakkan di tempat yang kering seperti di dalam laci atau sebagainya. Selain lebih selamat, ini juga dapat menjaga mata pisau lebih lama. Malah ulu pisau jenis kayu juga tidak mudah reput kerana disimpan di tempat yang kering dan terjaga.
Jaga Dengan Teratur
Selepas digunakan pastikan pisau dibersihkan kotorannya dan dilap dengan kain yang bersih. Ini penting bagi memastikan tiada sebarang kotoran seperti getah yang terlekat di mata pisau, yang pastinya akan membuatkan mata pisau tumpul.
Gunakan Minyak
Jika perlu, ketika membersih atau selepas mengasah mata pisau, sapukanlah sedikit minyak dipermukaannya dan simpanlah kemas di dalam laci. Ini bagi memastikan mata pisau sentiasa tajam dan licin. Harus cuba!
KKM Beri Amaran Penularan Wabak Monkeypox, Dah Merebak Beberapa Buah Negara.

Terbaru menerusi muat naik facebook rasmi KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA memberi amaran mengenai penularan wabak Monkeypox di beberapa negara.
KKM juga berkongsi bagaimana ia menular di kalangan manusia. Lantaran ini KKM cakna mengenai hal ini dan memberi kesedaran orang ramai mengenai wabak baru ini.
Moga kita harus ambil peduli mengenai wabak baru ini,
AMARAN KKM MENGENAI WABAK MONKEYPOX
• KKM ingin merujuk kepada berita penularan wabak monkeypox di beberapa negara benua Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.
• Sehingga 20 Mei 2022, lebih 100 kes telah dilaporkan dijangkiti virus monkeypox, sama ada kes disahkan mahupun yang disyaki.
👉 Dikongsikan cara penularan serta tanda-tanda jangkitan Monkeypox.
• Tempoh inkubasi virus biasanya antara 6 hingga 21 hari dan pesakit akan mengalami gejala selama dua (2) hingga empat (4) minggu.
• KKM juga telah menyediakan Soalan Lazim (Frequently Ask Questions – FAQ) mengenai jangkitan monkeypox yang boleh dimuat turun dari laman Facebook CPRC Kebangsaan di:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1893056120887063&id=187891761403516
RUJUK CARTA BAGAIMANA IA MENULAR DI KALANGAN MANUSIA
Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club