Setuju tak selain dari keselesaan susun atur di dapur, peti sejuk yang teratur juga jadi punca untuk ambil mood nak masak. Kan? Bila tengok peti sejuk yang barangnya tunggang langgang dalam tu, terus tak ada idea nak masak, silap-silap boleh stress mikir!
Lebih-lebih lagi bila nak masak dalam keadaan yang tergesa-gesa, ye la tugas mak ni bukan boleh fokus satu kerja je, mana nak jenguk anak lagi. Bagi ibu yang bekerjaya pula, dah penat kat ofis, balik kerja terus masuk dapur nak masak cepat-cepat untuk makan malam.
So tak nak stress tengok peti sejuk tu, ibu boleh la guna tip susun atur peti sejuk ni perkongsian dari Deco Viral. Boleh praktikkan weekend ni, gadai la masa sikit untuk mengemas peti sejuk supaya hari yang sibuk kita tu, sejuk je mata memandang seperti sejuknya peti sejuk kita. Gitu! Jom semak tipnya!
Susun Atur Dalam Peti Sejuk
Seperti yang dijanjikan, hari ni saya berkongsi tips susun atur di dalam peti sejuk.
1. Tiada kotoran dibawa masuk dalam peti sejuk. Contohnya, sayur perlu di bersihkan akarnya yang masih mempunyai tanah.
Ads
2. Simpan bahan mentah dalam bekas yang sesuai dan bersih.
3. Bahan mentah contohnya ikan dan daging di siang dan dibersihkan dahulu serta dipotong pada saiz yang lebih kecil supaya tidak dinyahbeku berkali-kali.
4. Labelkan bahan mentah. Jika perlu, letakkan tarikh bila kita beli. Amalkan “first in, first out”.
Ads
5. Asingkan tempat simpanan makan siap dimakan “ready to eat food (RTE) ” dan bahan mentah. Letakkan RTE ini di rak bahagian atas dan bahan mentah yg belum dimasak di rak bawah untuk elakkan pencemaran silang berlaku.
6. Tin susu sejat yang telah dibuka, jangan disimpan terus ke dalam peti sejuk. Tukar ke bekas lain yg bertutup. Tin akan berkarat.
7. Daging, ayam, ikan dan hasilannya perlu di susun di ruangan sejuk beku dengan baik. Jangan terlalu padat supaya semua bahan mentah ini akan sejuk sekata.
Ads
8. Begitu juga pada ruangan dingin. Jangan terlalu banyak barang disimpan. Rancanglah pembelian barangan anda.
9. Selalulah keluarkan makanan RTE yang disimpan seeloknya jangan melebihi 2 hari.
10. Pastikan suhu di ruang sejuk beku dan dingin pada suhu yang betul.
11. Pastikan anda tidak selalu buka dan tutup peti sejuk ini dikhuatiri suhu akan bertambah (naik) dan makanan RTE tiba-tiba berkurang.
Sumber : Sazly tulih, Puan Fazilah Ali via Deco Viral
Rambut bercabang dan kering membuatkan wanita berasa hilang keyakinan diri meskipun berhijab. Jika sudah pelbagai produk sudah dicuba namun tidak jua berkesan, apa kata cuba pakai masker kacang soya yang dicampur dengan yogurt.
Percaya atau tidak, kalau anda rajin pakai masker kacang soya dan yogurt ini, hasilnya rambut anda akan jadi lebih sihat dan senang diurus. Tiada lagi masalah rambut bercabang!
Rambut Bercabang & Kering?
Petua ini dikongsikan Norafiza Mahmud atau lebih dikenali sebagai Cik Oya secara ringkas untuk selesaikan masalah rambut kering dan bercabang. Lembut, senang diurus dan suami pun suka.
Langkah 1
Mula-mula anda cuci rambut dahulu bersama lemon sebiji. Ini untuk membuang minyak serta kotoran di kulit kepala.
Langkah 2
Kemudian tonyoh kulit kepada menggunakan halia kisar. Ini untuk rambut gugur atau hendak melebatkan. Kulit kepala juga akan sihat dan segar.
Untuk langkah kedua dan ketiga, anda boleh selangkan sehari. Anda boleh lakukan sebulan 2 kali. Hendak cantik perlu rajin serajin rajinnya.
Cuba Amalkan Pakai Masker Kacang Soya Campur Yogurt
Anda boleh lakukan rawatan masker rambut ini untuk lembutkan rambut dan senang diurus. Sediakan bahan-bahannya dahulu.
BAHAN:
Kacang soya
1 1/2 sudu minyak zaitun asli
4 sudu besar Yogurt (Kalau rambut anda pendek, cukup pakai 2 sudu)
2 sudu besar castor oil (minyak kastor)
*Guna kacang soya dalam segenggam dan rendam seperti ini.
*Kemudian kisar kering sehingga halus.
CARA-CARA:
1. Campurkan minyak zaitun, yogurt dan minyak kastor. Kacau sebati.
2. Sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 15 minit.
3. Selepas itu anda boleh membilas rambut dengan lemon.
Berikut produk tambahan penjagaan rambut yang Cik Oya amalkan:
Pernah dengar tak orang dulu-dulu cakap kalau tangan perempuan itu terasa kasar, tandanya rajin buat kerja rumah. Anda setuju atau tidak? Sekarang cuba pula rasa kulit tangan anda, bagaimana?
Jika terasa kering dan kasar ada baiknya anda segera lakukan beberapa cara ini untuk merawat kulit tangan anda. Agar kulit tangan yang kasar bertukar menjadi lembut, halus dan mulus. Nah, selepas ini buatlah seberapa banyak sekali pun kerja-kerja rumah, pasti tidak sedikit pun menjejaskan kelembutan kulit tangan anda. Selamat mencuba!
Gunakan hampas serbuk kopi untuk menghaluskan kulit tangan. Caranya mudah sahaja iaitu dengan meramas hampas kopi tersebut. Gosok perlahan-lahan pada tangan dan jadikan seperti scrub. Dikatakan kopi mengandungi khasiat yang boleh membuang sel-sel kulit mati. Kopi juga dapat menghaluskan dan melembapkan kulit. Kopi turut berfungsi dapat menghilangkan bau yang tidak enak di telapak tangan.
2. Kelapa parut mempunyai kadar kelembapan yang tinggi dan dapat membantu mengatasi masalah kulit kering. Jadi anda boleh lulurkan kelapa parut pada bahagian tangan mahu pun keseluruhan kulit badan jika mahu.
3. Campurkan 4 sudu minyak zaitun dalam semangkuk air suam. Kemudian rendam tangan anda selama 10 hingga 15 minit. Cuba amalkan 3 kali seminggu. Pasti kulit akan lebih lembap dan lembut.
4. Penggunaan minyak aroma terapi juga boleh membantu untuk melembutkan kulit tangan. Pilih la minyak aromaterapi yang anda suka untuk mengurut tangan. Cuba buat setiap hari. Urutan yang lembut boleh menghilangkan keletihan dan lenguh tangan serta melancarkan peredaran darah.
5. Meramas beberapa biji limau nipis yang telah dipotong boleh membantu menjadikan kulit lebih halus. Ini kerana limau nipis dikatakan bertindak menanggalkan sel kulit mati. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu.
6. Ambil lidah buaya dan buangkan kulitnya. Kemudian gunakan jeli lidah buaya untuk diratakan pada keseluruhan telapak tangan. Urut secara lembut dan lakukankan secara rutin. Bukan sahaja kulit tangan akan menjadi lebih lembut malah kulit lebih bersih dan berseri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mengamalkan air rebusan pelbagai campuran daun-daunan herba memang baik. Pun begitu bukan semua orang dapat menerima air rebusan seperti halia, kunyit, serai dan sebagainya dalam menu harian sihat mereka.
Rasa pahit dan kurang enak buat ramai wanita di luar sana berfikir beberapa kali untuk meneruskan amalan sihat ini. Daripada tidak langsung mengamalkan sebarang makanan tambahan yang sihat, ada baiknya wanita di luar sana mencari jenis makanan yang disukai mereka. Asalkan ia masih lagi sihat dan berkhasiat.
Jus Kurus daripada buah ini pastinya menjadi penyelamat kepada mereka yang kurang geram rasa yang pahit dan kurang enak. Jus daripada buah-buahan yang dihasilkan oleh saudari Mar Ziana di facebooknya ini memang superb! Dah la baik untuk menguruskan badan, sedap pulak tu. Jom kita ikuti langkah yang dikongsikannya.
Hari tu Mar ada share Air Kurus Viral tapi ramai yang susah nak telan air serai, kayu manis dan sebagainya padahal sedap je minum. Mungkin citarasa kita tak sama kan. Resepi ni best minum time sejuk.
So musim panas ni syok jugak la kalau layan. So Mar cuba buat semalam. Hari ni hari kedua cuba minum. Dia punya detox tu…syok ooo.
Simple je bahan dia tapi guna kos mahal sikit untuk beli buah.
Bahan-bahan:
1 biji epal hijau
1 biji sunkist
1 lobak merah
1 inci halia
1 cawan air sejuk
1 sudu madu -kalau nak tambah masa minum.( mar tak tambah sebab manis sunkist tu pun dah sedap ja minum)
Caranya:
1. Masukkan semua bahan kecuali madu dan blender sampai halus.
2. Tak payah tapis, minum guna sudu, minum hempas buah tu barulah kenyang lama sikit. Lagipun banyak khasiat buah pada hampasnya. Rugi la kalau tapis.
3. Minum 1 cawan setiap hari, baki simpan dalam peti sejuk.
4. Sebaiknya minum masa perut kosong, sebelum sarapan atau sebelum makan tengahari.
Selamat mencuba.
Sumber: Mar Ziana
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.