Keluar bersama keluarga dan anak-anak itu merupakan antara detik yang cukup menggembirakan malah menjadi aktiviti yang mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Lazimnya melakukan riadah bersama-sama orang tersayang pada waktu yang terluang  terdapat banyak perkara boleh kita lakukan. Selain pergi ke taman rekreasi, pergi ke pusat membeli belah untuk ‘cuci mata’ dan sebagainya, anda juga boleh lakukan seperti keluarga Diana Amir ini, bermian ice skating.

“Dah Macam Elsa Versi Muslimah…”-Peminat Teruja Lihat Diana Amir & Keluarga Bermain Ice Skating!

Aktiviti ini telah mencuri tumpuan wargamaya apabila Diana Amir selepas tampil berniqab pada awal tahun lalu, pelakon dan pengacara ini telah memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dirinya bermian ice skating sambil ditemani suami dan tiga cahaya matanya iaitu Khaulah Al Azwar, Khadija Azzehra, dan Muhammad Khalid Al Habib.

Rakaman yang dimuat naik di laman IG milik Diana itu mendapat perhatian ramai apabila di dalam rakaman tersebut Diana dilihat turut beriadah meluncur ais bersama anak-anaknya.

Apa yang lebih mencuri perhatian umum, apabila Diana yang mengenakan pakaian jubah hitam dan berniqab begitu asyik meluncur ais.

Ads

“Dah Macam Elsa Versi Muslimah…”-Peminat Teruja Lihat Diana Amir & Keluarga Bermain Ice Skating!

Biarpun bejubah dan berniqab, Diana mengakui itu kali pertama dia meluncur ais dengan berpakaian begitu. Diana turut mengakui pandangannya jauh lebih jelas walaupun wajahnya berniqab.

Ads

Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan dan antaranya adalah seperti :

“masyaAllah kak…dh macam Elsa versi Muslimah sy tgk…wlpn tutup likup tp nmpk sgt indah di mata ❤️ flowy kain tu main peranan 😆😆”

“Eee best nya main ice skating,, kita ni main xpandai asik jatuh gedebuk je.. hahahha”

Ads

“terornyaaa, proud muslimah❤️🙌😍”

“Diana amir saya cemburu dengan awak.. Tengok keazaman awak, istiqomah awk menjadi hambar Allah yang taat saya saya cemburu dan kagumi.. Mudahan saya juga Allah bantu beri keazaman serta istiqomah yang sama”

Sumber : Ig Diana Amir

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI