Sekarang ni dah tak macam dulu. Bila teringin makan apa-apa, kena pergi tempat tertentu semata-mata nak cari apa yang kita nak. Misalnya macam scone ni yang dahulunya kalau nak makan je mesti kena naik Cameron. Tapi sekarang tak…. Yang ada jual kat Cameron tu boleh dapat kat semua tempat. Syaratnya, hanya hubungi agen-agen mereka.

Tapi…. Itu tak hebat. Yang hebatnya, bila teringin buat sendiri je! Sekarang ni kalau teringin, cari resipi tupppp siap. Haaa lagi terbaik! Jimat pun jimat kan. Misalnya macam rakan kita ni Dee Diana Haser yang berkongsi resipi Scone, dari tak rasa nak makan bila tengok terus craving. So… dari gigit jari je teringin. Jom selongkar dapur cari bahan. Letsss!

Skoni angan² cameron

Bahan-bahannya :-

– 2 + 1/2 cawan tepung gandum
– 1 sudu makan baking powder ( ni penting nak bagi skon tu kembang elok naiknya)
– 2 sudu makan gula.( Suka manis buh lebih cikit )
– 120 gm butter sejuk bole..tak sejuk pun bole ( majerin pelangi yang murah tu bole… )
– 1 cawan susu full cream (sejuk)
– 1 butir kuning telur untuk sapuan.

Dah Macam Duduk Kat Cameron! Waktu Hujan Ni Makan Scone Buatan Sendiri Ditemani Teh O Panas, Memang Ngam

IKLAN

Cara-caranya :-

1. Campur butter,tepung dan gula..Gaul @ ramas² je sampai jadi serdak.

2. Masukkan susu…uli smpai jadi doh ..x pyh lama..sekejap aje.

IKLAN

3. Canai rata..lipat kiri kanan…canai lagi..( buat 2-3kali),lepas tu canai 1/2 inci dan terap dengan acuan…kalau xde acuan,bulat2 kan je..pastu tekan cikit.

4. Sapu kuning telur dan bakar dengan suhu 220″ – 15 minit ( bergantung kepada oven masing²).

Bahan untuk Jem strawberry :-

IKLAN

– 1/2 kg strawberry dicincang.
– 1 cwn gula
– 1 biji perahan limau nipis
– 2 cwn air
– 2 sudu makan tepung jagung dibncuh dgn sedikit air untuk memekatkn jem

**Cara2: masak semua hingga pekat..kacau selalu

Dah Macam Duduk Kat Cameron! Waktu Hujan Ni Makan Scone Buatan Sendiri Ditemani Teh O Panas, Memang Ngam

Nak barang dapur yang super murah ? Meh tengok kat sini !

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI