Setuju tak selain dari keselesaan susun atur di dapur, peti sejuk yang teratur juga jadi punca untuk ambil mood nak masak. Kan? Bila tengok peti sejuk yang barangnya tunggang langgang dalam tu, terus tak ada idea nak masak, silap-silap boleh stress mikir!

Lebih-lebih lagi bila nak masak dalam keadaan yang tergesa-gesa, ye la tugas mak ni bukan boleh fokus satu kerja je, mana nak jenguk anak lagi. Bagi ibu yang bekerjaya pula, dah penat kat ofis, balik kerja terus masuk dapur nak masak cepat-cepat untuk makan malam.

So tak nak stress tengok peti sejuk tu, ibu boleh la guna tip susun atur peti sejuk ni perkongsian dari Deco Viral. Boleh praktikkan weekend ni, gadai la masa sikit untuk mengemas peti sejuk supaya hari yang sibuk kita tu, sejuk je mata memandang seperti sejuknya peti sejuk kita. Gitu! Jom semak tipnya!

Susun Atur Dalam Peti Sejuk

Seperti yang dijanjikan, hari ni saya berkongsi tips susun atur di dalam peti sejuk.

1. Tiada kotoran dibawa masuk dalam peti sejuk. Contohnya, sayur perlu di bersihkan akarnya yang masih mempunyai tanah.

IKLAN

2. Simpan bahan mentah dalam bekas yang sesuai dan bersih.

3. Bahan mentah contohnya ikan dan daging di siang dan dibersihkan dahulu serta dipotong pada saiz yang lebih kecil supaya tidak dinyahbeku berkali-kali.

4. Labelkan bahan mentah. Jika perlu, letakkan tarikh bila kita beli. Amalkan “first in, first out”.

5. Asingkan tempat simpanan makan siap dimakan “ready to eat food (RTE) ” dan bahan mentah. Letakkan RTE ini di rak bahagian atas dan bahan mentah yg belum dimasak di rak bawah untuk elakkan pencemaran silang berlaku.

6. Tin susu sejat yang telah dibuka, jangan disimpan terus ke dalam peti sejuk. Tukar ke bekas lain yg bertutup. Tin akan berkarat.

7. Daging, ayam, ikan dan hasilannya perlu di susun di ruangan sejuk beku dengan baik. Jangan terlalu padat supaya semua bahan mentah ini akan sejuk sekata.

8. Begitu juga pada ruangan dingin. Jangan terlalu banyak barang disimpan. Rancanglah pembelian barangan anda.

9. Selalulah keluarkan makanan RTE yang disimpan seeloknya jangan melebihi 2 hari.

10. Pastikan suhu di ruang sejuk beku dan dingin pada suhu yang betul. 

11. Pastikan anda tidak selalu buka dan tutup peti sejuk ini dikhuatiri suhu akan bertambah (naik) dan makanan RTE tiba-tiba berkurang.

Sumber : Sazly tulih, Puan Fazilah Ali via Deco Viral

Nak cari perkakas dapur yang mudah hanya di hujung jari? Jom tengok di sini!

Jom sertai telegram Keluargagader Club di : https://t.me/joinchat/MXgdvkjQkaZSiF4cd4FkYA