Sejak akhir-akhir ini anak pelakon Rozita Che Wan telah meraih perhatian wargamaya apabila sering tampil menawan.
Mewarisi kecantikkan ibunya, Aaisyah Dhia Rhana sekali lagi membuatkan ramai teruja melihatnya menerusi Instagram milik ibunya.
Bagaikan seorang puteri Aaisyah Dhia Rhana tampil dengan solekan dengan pakaian ala hindustan.
Dapatkan Bantal Nunha Moon Pillow dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi kapsyen, Rozita Che Wan atau atau lebih mesra disapa Che Ta akur anak sejak kecil suka berhias.
Katanya jika dilarang anaknya akan merajuk dan menangis. Namun sebagai ibu, Che Ta mengambil pendekatan tidak menyekat minat anaknya.
Baginya jika itu memberikan kegembiraan buat anaknya itu sudah memadai buat dirinya.
Baca Juga: [VIDEO] “Dah Sampai Panggilannya. Saya Berdoa Mana Yang Terbaik Buatnya.” – Fizz Fairuz Luah Syukur.
“Hampa ghasaaa, kalau anting anting sebesaq planet tu dia pandai dahhh pakai sendiqiiiiiiii, dia cakap “mommy meh Aaisyah pakai sendiqi” – dengan loghat kedah dia yang tak berapa nak kedah tu
“Dia memang suka melaram dari kecik hampa, kami nak larang pun dah memang dia suka melarammmmmm, karang kami tak bagi dia nangis merajuk, satu hapah tak gunaaaaaa. Kami pulak yang pening nak pujuk
“Biaq p laaa dia, janji dia happy hampaaaa, kalau anak hampa nak bergaya sakan pun takdak sapa nak larangg, janji depa gembiraaaa, kita pun senang hati dakkkk?
Terdahulu, Che Ta dan aktor Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.
Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24.
Dalam pada itu meninjau di ruangan komen ada rakan artis dan para wargamaya memberi pujian melihat gaya anak tunggal Che Ta dan Zain Saidin ni. Malah ada yang mengelarkan Aaisyah sebagai ‘mini che ta’ dan Aishwarya Rai Malaysia.
Sumber: Instagram rozitachewan1
Baca Juga: 10 Tahun Akan Datang Harga Durian Menjunam? Pensyarah Ini Tunjukkan Kronologinya.
Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club