“Dah Lama Teringin Tapi Belum Terlaksana…” Siti Sarah Mohon Diberi Hidayah Untuk Terus Bertudung.

Share

Jika sebelum ini dia hanya memakai tudung setiap kali menjelang Ramadan. Namun, baru-baru ini, penyanyi bersuara lantang ini memilih untuk berhijab usai pulang dari menunaikan umrah.

Menerusi laman Instagram Siti Sarah Raisuddin berkongsi foto terbaharu dia bertudung dan itu mendapat pujian peminatnya.

Rata-ratanya mengatakan penyanyi lagu Semakin ini kelihatan manis berhijab dan mereka berharap imej tersebut akan dikekalkan.

Isteri kesayangan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu mengakui tidak gemar bercerita hal tersebut kerana ia terlalu peribadi buatnya.


“Memang keputusan untuk kekal bertudung di ambil selepas saya pulang daripada mengerjakan ibadah umrah sebelum raya tempoh hari.

“Sebelum itu memang sudah timbul keinginan untuk berbuat demikian. Cuma belum terlaksana dan saya anggap biarlah hidayah itu datangnya dari Yang Maha Esa.

“Sejak dulu lagi saya dah biasa dengan jeans dan tshirt, jadi bila pakai tudung kena pandai suai padankan. Sebab itu saya tak suka lilit-lilit yang terlalu sarat rasa macam “Sarah di mana” bila tengok muka sendiri.

“Awal-awal memang susah nak pakai, ambil masa berjam-jam. Pernah waktu nak keluar berbuka suami dah tunggu dalam kereta saya saya belum siap sehingga akhirnya kami berbuka dalam kereta.

“Waktu tu saya tengok muka Shuib macam nak marah tak marah. Tapi lebih kepada tak marah sebab dia adalah penyokong kuat saya dalam apa yang saya lakukan termasuklah memilih untuk berhijab,” seloroh Sarah lagi.


Kekalkan gambar tidak bertudung
Ditanya mengenai komen sesetengah netizen berkenaan gambar lamanya yang masih kekal dalam Instagram walaupun tidak bertudung, jelas Sarah itu akan dikekalkan.

“Inilah diri saya dan buat apa nak padam sedangkan kalau orang google pun boleh jumpa gambar-gambar saya tak bertudung. Sebab itu saya pilih untuk kekalkan kerana itu adalah sejarah saya sebelum ini.

“Sebagai penghibur, saya tetap kena menghiburkan orang dan kerana itu saya perlu menjaga adab-adab dalam berpakaian. Sebab tu saya rasa macam tak layak untuk pakai tudung.

“Tetapi bukan nak kata sekarang saya layak, cuma saya mahu nak pakai tudung tu lahir dari hati saya sendiri dan bukan atas paksaan orang lain.

“Selepas balik umrah saya memang tak jumpa orang sangat, duduk di rumah sahaja. Sebelum tu pergi satu event tapi dalam tu saya rasa kekok. Daripada situlah saya memilih untuk duduk di rumah sahaja. Sehinggalah bila nak tampil dengan showcase barulah saya kembali menjadi diri sendiri.

“Hanya orang yang mengalami situasi begini yang faham. Penerimaan anak-anak okey takde masalah. Cuma yang kecil tu dia sudah set kalau orang bertudung bermakna akan keluar jadi dia nak ikut. Anak perempuan pun sama, dia jadi terikut-ikut untuk pakai tudung,”cerita Sarah yang sibuk dengan urusan bisnes dan juga menyanyi.

 

 

Sumber gambar: IG sitisarahraissuddin