Suami isteri yang berkerjaya tentunya padat urusan seharian. Namun, perlu ada masa luang bersama untuk memastikan rumahtangga kekal bahagia.

Begitulah yang dilakukan oleh Dr ini. Tetap mencari masa untuk menghargai isteri yang sama-sama berkorban untuk keluarga.

‘Dah Lama Tak Makan Berdua Bersama.’ Hargai Pasangan Sementara Masih Ada. 

Mana mungkin aku lupa. Dah lama rasa kami tak makan berdua bersama.

Maklumlah, masing-masing sibuk dengan kerjaya. Kadang aku masuk kerja, dia baru balik kerja. Kadang dia masuk kerja, aku baru balik kerja.

Pendek kata, hanya mampu berselisih bahu. Ini yang kami perlu korbankan demi masyarakat.

Turun saja kereta, aku pimpin tangan dia. Gengam erat tangannya.

Di Mesir, sudah jadi kebiasaan suami pimpin tangan isteri bila berjalan.

Pasangan berusia sebelah kanan pegang tongkat, sebelah kiri pegang tangan isteri. Sumpah sweet!

Bila tengok tangannya, hati aku meruntun. Sebentuk cincin pun tiada. Apatah lagi gelang dan rantai.

Tapi tak sesekali pun dia merungut meminta. Dia faham duit banyak nak guna. Bayar hutang belajar, beli barang dapur, bayar itu,bayar ini.

IKLAN

Pernah sekali, aku betul-betul sengkek. Perlu duit dalam masa yang singkat.Tak tau mana dah nak korek.

“Abang gadailah dulu cincin ni. Lagipun tak selalu pakai”

Aku sebak.

HARGAI ISTERI

‘Dah Lama Tak Makan Berdua Bersama.’ Hargai Pasangan Sementara Masih Ada. 

Aku tekad nak gantikan balik. Tapi duit singgah di akaun bank macam tak ikhlas. Jenguk sekejap, keluar balik.

IKLAN

“Tutup mata”

“Apa main tutup-tutup mata ni”

“Ok,buka mata”

“Ya Allah. Mahal ni”, cincin disarungkan.

Dia tersenyum, bersinar mata puan isteri.

“Oh ya, belum habis lagi. Tutup mata sekali lagi”

IKLAN

Mata ditutup dengan cincin tersarung.

“Ok,buka mata. Selamat Hari Lahir”

“Besarnya gelang ni. Banyaknya duit abang”

Bibirnya diketap berkali-kali menahan air mata dari gugur dan membasahi pipi.

Sepanjang perjalanan pulang, dia tersenyum. Aku cukup bahagia melihat senyuman itu. Aku rela menyorok derita demi senyuman ini.

Kerana dia wanita kedua yang setia dikala aku rebah selain ibuku yang mulia.

Kerana aku yakin apa saja duit yang aku belanja untuk dia dan anak-anak, Allah pastikan murahkan lagi rezeki aku.

Demi dia dan anak-anak, aku sanggup berkorban nyawa!

Kredit: Dr. Ahmad Samhan

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI