Usahawan dan selebriti popular tanah air, Noor Neelofa dan suaminya Haris Ismail (PU Riz) akan menunaikan umrah bersama anak mereka iaitu Muhammad Bilal.
Menerusi laporan Astro Gempak, Neelofa dipercayai bakal berangkat hari ini. Tambah Neelofa, dia sudah membuat persediaan dari segi ubat-ubatan dan vaksin yang lengkap buat anak putera sulungnya itu.
“Teruja dan pada masa yang sama rasa gementar sebab anak masih kecil. Apapun kita kena pastikan dia dah menerima vaksin dan suntikan yang lengkap untuk umur dia.
“Saya sediakan ubat yang sesuai dengan umur dia. Ubat batuk, demam dan lain-lain dah minta dekat doktor. Selain itu, doa banyak-banyak.” katanya.
Ujar PU Riz pula, dia dan isteri sudah lama menyimpan hasrat untuk membawa Bilal ke Tanah Suci.
“Doa Allah beri kesihatan yang baik. Kami gembira sebab memang ada hasrat nak bawa Bilal. Ikutkan trip ni nak bawa ramai keluarga. Tapi sebelah isteri ramai yang turut serta.
“Doa la sebab anak kan, biasa bila situasi di luar negara ni ramai orang masuk.. berjuta orang keluar masuk. Kita doakan Allah berikan kesihatan yang baik la.
“Kami memang gembira sebab dah ada hasrat nak bawa. Ikutkan trip ni nak bawa ramai ahli keluarga side Neelofa akan ramai turut sama.
“Saya punya ahli keluarga pun ada juga. Jadi, kita sangat gembira sebab dapat bina kenangan di Makkah dan Madinah,” kata Haris.
Sumber: Astro Gempak