
Bergelar majikan tidak bermakna anda tidak boleh bergaul dan berbuat baik dengan orang bawahan. Bagi selebriti yang sorang ni, rupa-rupanya sangat prihatin dan baik dengan pembantu rumahnya.
Datin Paduka Eina Azman semalam memuat naik perkongsian menunaikan umrah di tanah suci Makkah bersama seluruh ahli keluarganya. Malah, dia juga turut membawa bersama bibik mengerjakan umrah.
Dengan penuh rasa syukur, Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 24, berkongsi momen tersebut menerusi Instagram (IG) miliknya.
“Assalamualaikum, Alhamdulillah tahun ini ada rezeki lebih untuk pergi ke umrah bersama keluarga. Bersama suami, Abu, mummy, kakak, anak-anak dan bibik Mega untuk menunaikan ibadah umrah.
“Dah lama sangat nak pergi ke umrah. Alhamdulillah hari ni dapat pergi bawa mummy dan abu Eina. Doakan kami semua mendapat umrah yang mabrur,” kongsinya menerusi kapsyen.
Dalam pada itu, rata-rata rakan selebriti dan warganet mendoakan semoga urusan Eina dan keluarganya dipermudahkan serta mendapat umrah yang mabrur.
“Muntah & Pengsan Dalam Tandas.” Turun Darah Lepas Bersalin, Ardell Dedah Jumpa Bayi Lepas 3 Hari Melahirkan!

Selepas menahan sakit lebih 16 jam. pelakon Ardell melahirkan bayi sulungnya pada 5 Jun yang lalu. Menurut suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa, Ardell melahirkan anak mereka secara normal pada pukul 2.22 pagi.
Kegembiraan Ardell Aryana bergelar ibu bagaimana pun tidak dapat diraikan bila mana dia hanya dapat berjumpa bayinya selepas tiga hari melahirkan.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Ardel. Menurutnya, sebaik sahaja bersalin dia mengalami muntah-muntah dan pengsan selepas kejadian turun darah.
“Hari ke 3 baru dapat merasa dalam dakapan Umi (Ardell). Selepas je selamat melahirkan saya Umi muntah terus pengsan.
“Keesokkan harinya Umi cuba bangun nurse mandi kan Umi muntah lagi kemudian Umi pengsan terus dalam tandas sebab Umi turun banyak darah tapi Umi tetap juga kuat,” tulisnya.
Ardell berkongsi pengalaman tersebut di akaun Instagram (IG) anaknya @babyadhwardell.
Difahamkan IG tersebut diwujudkan bagi menceritakan perjalanan serta perkembangan anak mereka.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video ketika saat berada di hospital melahirkan anak pertamanya pada 5 Jun lalu.
Pun begitu, Ardell kini dilaporkan semakin sihat.
“Alhamdulilah hari ini Umi saya dah semakin kuat tak pengsan lagi dapat duduk dalam dakapan umie sekejap semalam dan pagi tadi .
“Get well soon umie. Baby dan abie doakan,” katanya.
View this post on InstagramA post shared by @ babyadhwardell on
Sementara itu nadzmi dalam satu perkongsian di laman instagramnya tidak dapat menahan rasa sebakdan gembira dengan kelahiran bayi sulung mereka.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tido tak lekang dengan mendoakan kami Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua. Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini , 5 June 2020 , Pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam.
“Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih , Sayu , Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri. Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua.
View this post on InstagramA post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on
Suami Bawa Pusing-Pusing Naik Kereta Pun Bahagia. Rupanya Ini Yang Isteri Nak.

Bahagia itu ‘ simple’ buat seorang isteri. Tak perlu kekayaan semata tetapi belaian dan perhatian dari seorang suami.
Biarpun suami hanya melakukan perkara yang biasa-biasa itu cukup bahagia buatnya.
Begitulah yang diminta oleh seorang isteri kepada suaminya iaitu menbawanya bersiar- siar dengan kereta.
Katanya itu me time untuk isterinya. Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian ini.
Isteri saya kaki kereta, tahap hard core. Saya ok je sentiasa menyokong. Tak salah pun dia minat kereta.
Tapi bukan kaki kereta macam orang lelaki. Dia lain.
Dia obses naik kereta. Yang kena drive adalah saya, bukan dia. Hampir setiap hari. Jalan-jalan tanpa destinasi. Nampak jelas kegembiraannya.
Kalau mood tengah tak ok, ajak naik kereta. Setel terus
Dia mula minat naik kereta sejak jadi surirumah sepenuh masa dari tahun 2016. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10227667728059138&id=1245072773 Ni sebab kenapa dia berhenti kerja sebagai pensyarah.
Me time
Pusing-pusing naik kereta ni aktiviti yang bermanfaat sebenarnya. Macam me time bagi dia. Banyak boleh borak, slow talk, boleh bagi tazkirah secara santai sampai tertidur hahaha
Kepada para suami, merondalah membawa tulang rusuk mu, ia bagai pergi melancong dengan bajet murah
Ada tak orang lain suka naik kereta tanpa destinasi macam ni?
Sumber: Mohd Yazid Ismail
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Tak Pakai Tepung Pun Boleh Buat Cucur Yang Sedap, Guna Lebihan Roti Je. Mudah & Rangup, Cicah Sos Memang Padu!

Siapa kata nak buat Cekodok atau Cucur kena ada tepung, guna roti je dah boleh dapat cucur yang sedap dan menyelerakan.
Nak tahu caranya jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Mas Cotek. Resipi yang cukup simple tapi sedap. Boleh cuba untuk minum petang nanti.
CEKODOK ROTI GARDENIA..byk sgt aih iklan lalu lalang,lambat opah nk bersarapan..yesss!!! kasi peghabeh roti yg nk expired tu hah…ni kalau ada kuah kacang aje sedap giler abadi ni😋😋..ate x mandang..sos2 ni opah x gemo sgt..mkn jugak le…moh kite.
Bahan-bahan
12 keping roti kosong Gardenia Belian Online DISINI
1 biji bawang besar di cincang Belian Online DI SINI
2 cili merah dicincang Belian Online DI SINI
sedikit daun sup/ daun bawang dihiris halus
2 biji telur Belian Online DI SINI
1 sdt serbuk lada putih
1 sdt maggi secukup rasa Belian Online DI SINI
Garam secukupnya Belian Online DI SINI
Nota:
Boleh tambah udang, ikan bilis, kentang, lobak dll jika suka. Pelbagaikan rasa.
Cara membuat:
– Roti digunting atau disiat-siat menjadi kepingan kecil.
– Satukan semua bahan.
– Gaul sehingga sebati.
– Panaskan minyak.
– Bulat-bulatkan terus masuk ke dalam minyak panas.
– Goreng hingga keemasan.
– Hidang bersama sos dll.
– Enak dimakan begitu sahaja.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club