
Bahagia tak terkira kan apabila impian kita menjadi kenyataan? Bertambah seronoknya apabila impian itu direalisasikan oleh orang yang tersayang, iaitu suami tercinta!
Itulah yang dibuat oleh penyanyi dan pelakon, Nubhan yang membuat kejutan untuk isterinya dengan menghadiahkan sebuah klinik gigi sendiri.
“Alhamdulillah… impian isteri saya @drfietawfek dah tercapai! Dia nak sangat klinik gigi sendiri… mungkin rezeki baby baru ni 😆”, katanya dalam posting di instagram
Tambahnya, sebagai suami, dia akan sentiasa menjadi tulang belakang depan kiri dan kanan isterinya dan merealisasikan impian orang tersayang adalah satu kebahagiaan buatnya.
Kejutan yang dibuat juga mendapat sokongan dari rakan-rakan yang datang memeriahkan lagi suasana termasuklah penyanyi yang berduet bersama Nubhan dalam lagu Sekali Lagi iaitu Siti Nordiana.
kejutan TERBESAR utk wife sempena melahirkan baby ke 3🌹❤️ 🎉🎉🎉
Akhirnya impian isteri saya nak ada klinik gigi sendiri tercapai 🤲🏻
saya rasa saya suami yang berguna bila dapat tunaikan impian isteri😂
Terdahulu, Afifah Tawfek nekad dengan keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai dooktor gigi untuk menjadi surirumah sepenuh masa.
Nubhan dan Afifah berkahwin pada 29 Ogos 2015 dan telah dikurnakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, Ahmad Aafan dan Afzan.
Sumber : instagram Nubhan Ahamad
“Tak Kekok Basuh Baju, Tak Janggal Basuh Berak Tukar Lampin. Ni Baru Imam Sebenar, Our Real Hero. Deep Perkongsian Ni!

Hidup berpasangan itu fitrah semula jadi, dan yang pasti setiap satu ada pasangannya. Perkahwinan adalah ikatan yang menyatukan dua jiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan.
Namun kehidupan berumah tangga kena saling memberi dan menerima. Begitu juga dalam hal tanggung jawab kepada anak. tidak boleh hanya satu pihak sahaja yang melaksanakannya.
perkongsian Dr bernama Farhanah Ibrahim mungkin perkara biasa yang sering dialami oleh kaum wanita begelar ibu. Tambah-tambah lagi yang bergelar suri rumah.
Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
IMAMKU
Bayangkan situasi ni…
Pada suatu petang…
Suami pegi masjid untuk Maghrib. Sebelum ke masjid, Alhamdulillah sempat masakkan nasi.
Si isteri pulak elok-elok azan maghrib, selesai masak lauk dan sayur.
OK, masa untuk solat!
Sementara tu bagi anak-anak makan buah, kengkonon nak bagi leka sementara masuk toilet.
Masuk bilik air, baru nak pee pee…
“Ummiiii, adik tumpahkan buah atas katil”
Ok, tak urgent. Sambung pee pee. Baru nak ambik wudhuk…
“Ummiiii, angah kacau lauk atas dapur”
Ok, ni urgent. Bahaya takut main dapur gas. Keluar-keluar tengok si anak teruna dah panjat atas kerusi, tengah pegang senduk kacau kuali. Kuali penuh air yang dia tuang ke dalam minyak bekas goreng ayam!
Dah settle yang ni, masuk semula toilet nak ambik wudhuk.
“Ummi, angah letak plastik atas kepala adik”
Ok, emergency. Keluar balik toilet. Tengok diorang seronok main bungkus plastic bag kat kepala.
“Jangan buat lagi macam ni, boleh MATI tau!”
Suara si ummi dah start pitching tinggi.
Pastu masuk toilet balik.
Tengok-tengok pukul 8.03pm baru nak solat maghrib. Huhuuu nanges.
Then encik hero pun balik dari masjid.
Rasa macam ada pasukan bomba dan penyelamat mai rescue?
Si sulung reporter tadi cerita balik semua kejadian.
“Ok takpa, nanti kita basuh”
“Ok takpa, nanti baba tukar cadar”
Penuh tenang, si baba pun terus tukar cadar, tekan mesin basuh.
Pastu senduk nasi, hidang lauk.
Tukarkan pampers, mandikan si kecik dan suapkan makan.
Ummi habis solat maghrib, makan together.
Habis makan, elok-elok azan Isyak.
Encik hero pun ambik wudhuk dan pi masjid semula.
Ada suami yang spend masa kat masjid, dari sebelum maghrib sampai lepas kuliah isyak.
Bagus, memang bagusss.
Tapi rupanya isteri dia kat rumah solat maghrib dekat pukul 8.30pm sebab uruskan anak-anak. Yang accident terkencing atas lantai, yang terberak sampai bocor atas sofa, yang bagi pecah pinggan, bagi tumpah air. Yang teriak lapaq susu lagi. Maklumlah, anak 4 orang setahun sorang kan!
Suami khusyuk je dengar kuliah isyak kat masjid. Sampai mengalir-ngalir air mata.
Tapi rupanya si isteri kat rumah pun menitis air mata sebab nak kencing pun kena tahan, kena bagi makan anak-anak yang mengamuk kelaparan, bagi menyusu baby yang meraung kehausan…
Suami kat masjid, habis kuliah sembang pulak. Siap bergurau dengan member, “wei, hang bila nak tambah tentera, aku ni nak masuk 5 dah tahun ni tau”
Padahal suami tu tak tau, masa bukak buku pink, isteri siap cakap kat Dr nak gugurkan kandungan sebab tak bersedia. Penat tak terhingga.
Balik masjid, suami goyang kaki atas sofa tengok TV, siap order teh O panas kat isteri.
Padahal isteri tadi dahlah belum mandi, baju bau susu masam, ketiak bau ikan kering, isyak pun takdan solat lagi.
Hmmmm
Jangan silap pahammm. Pegi masjid tu dituntut, sampai Nabi nak bakar rumah lelaki yang tak berjemaah kat masjid.
Tapi islam bukan hanya pada kuliah masjid semata. Bukankah Islam juga ajar berlaku ihsan dalam setiap aspek kehidupan? Ilmu dan praktikal perlu seiring. Dah dengar kuliah, balik tu santunilah juga keluarga, tolong-menolong dan kerjasama dalam kerja-kerja rumahtangga, tak gitu?
Syumul kan islam?
Jangan salah pahammm. Solat berjamaah di masjid tu tersangatlah awla.
Tapi islam juga ajarkan fiqh aulawiyat. Kalau dah anak setahun sorang kecik-kecik tu, paham-paham jelah ribut kat rumah tu macamana. Pertimbangkanlah sebaiknya, kalau perlu skip kuliah ke, atau boleh balik kejap antara maghrib dan isyak, usahakanlah mana yang perlu, utamakan yang wajib dulu.
You know your family and kids better.
Jangan lupa, abam kemain bersiap berhias berminyak-atar bagai nak ke masjid tu, buatlah jugak persiapan apa yang patut bagi isteri jugak boleh solat awal waktu kat rumah. Dah nak petang tu, jangan isteri je sibuk masak nasi, goreng lauk cuci pinggan kemas dapur, angkat baju kat ampaian, mandikan basuhkan berak anak, etc etc.
Takkan derma sperma je bang, ni sperma dah jadi anak-anak ni, tolonglah mengasuh sekali buat apa yang patut. Hehe
Takpun, kalau abam mampu, apa kata hadiahkan pembantu rumah kat isteri.
Tak boleh bibik, #vivix pun boleh. Eh
Lagi satu, nak anak setahun sorang tu boleh, tapi kalau isteri tak mampu physically dan emotionally, dan abam pun macam tak membantu sangat, takdenye dosa family planning tu bang. Bukannya membunuh pun.
Jangan sampai kemurungan bini abam nanti. Kakhana baru je jumpa sorang isteri yang 3x mai klinik insist nak gugurkan kandungan dia.
Apapun, TQ baba!
Walaupun pegi masjid, tapi tak tinggalkan isteri dan anak-anak kat rumah terkontang-kanting.
Tak kekok basuh baju lipat kain.
Tak janggal basuh berak anak tukar lampin.
Tak kisah masak nasi basuh pinggan.
To me, macam ni barulah IMAM SEBENAR, our real HERO.
Terima kasih mak & abah mertuaku sebab didik anak mak abah jadi suami dan baba yang baik! Doakan kami dapat didik anak-anak jadi pasangan dan imam yang baik juga, untuk keluarga dan untuk ummah❤️
Sumbetr: FB Farhanah Ibrahim
“Semuanya Tepat Pada Waktunya” Alyah Sifatkan Anak Sebagai Hadiah Dari Allah!

Penyanyi Alyah menyifatkan kehadiran anak angkatnya, Nur Izzara adalah hadiah dari Allah buatnya dan suami.
Malah katanya lagi, kehadiran anak kesayangan itu dalam keluarga mereka tepat pada waktu dan ketikanya.
Bahkan penyanyi bersuara merdu itu turut dilihat berkongsi pelbagai video bersama buah hatinya.
Terbaru Alyah memuat naik video dia meluangkan masa bersama suami dan anaknya. Paling tersentuh pastinya kapsyen pelantun lagu Kisah Hati itu yang menyifatkan puterinya sebagai pemberian terindah daripada Allah SWT.
“Hadiah dari Tuhan. Tiada yang terlambat, tiada yang terlewat.
“Semuanya tepat pada waktunya kerana Dia maha tahu bila dan bagaimana,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan kebahagiaan Alyah dan suami serta anak mereka.
Malah Tok Ram juga turut dipuji kerana setia melayani buah hatinya malah sikap penyayang yang ditunjukkannya dipuji ramai.
Terdahulu, Alyah dan Datuk Ramli MS mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013. Alyah mencuri perhatian apabila berkongsi foto ketika majlis cukur jambul dan aqiqah Nur Izzara menerusi Instagram.
Menarik: “Tak Ada Nanti Boleh Tengok Balik, Mua Bellaz Mahu Simpan Kenangan Dengan Anak-Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Pokok Durian Belanda Asyik Gugur Putiknya. Buat Begini Agar Lekat Buahnya!

Menanam pokok durian belanda di laman rumah, diharapkan bila berbuah kelak bolehlah seisi keluarga menikmati hasilnya. Bukan sahaja buahnya enak dimakan, bahkan bila dijadikan jus minuman rasanya memang menyegarkan.
Malah daunnya juga dikatakan bila direbus boleh memberi kebaikan pada kesihatan tubuh badan.
Jadi tidak hairanlah, ramai antara kita akan cuba menanam pokok durian belanda di laman rumah untuk mendapatkan manfaatnya.
Pun begitu, jika ada yang mengalami masalah pokok durian belanda tidak lekat buahnya, bolehlah ikuti perkongsian daripada Nik Fauziah Adnan yang dikongsikan di Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri.
Ini perkongsiannya.
Salam. Ahli kelab. Ada ramai yang bermasalah pokok durian belanda berbunga lebat dan besar tapi sebaik bunganya merekah tu gugur putik jadi lebam dan ikut gugur.
Tip agar banyak bunga dan putik kekal hingga jadi buah… tiru macam akak:
1. Pagarkan keliling pangkal pokok dengan batang pisang dalam jarak lebih kurang 1 kaki.
2. Tabur baja (npk biru atau tahi kambing atau tahi ayam.
3. Timbuskan dengan tanah pasir (semba, bahasa Perak) seperti akak buat tu.
4. On the top of semba, tutup dengan kulit kelapa @sabut.
5. Bagi nafkah zahir batin iaitu siraman setiap hari pembajaan setiap minggu dan semburan serangga perosak jika ada.
*selamat berdurian belanda, baca doa makan bila berkenuri dengan anak beranak*
Sumber : Nik Fauziah Adnan Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club