
Setiap insan dijadikan berpasang-pasangan antara lelaki dan wanita. Ada yang jodohnya awal, ada pula sebaliknya. Berbeza dengan pasangan pengantin ‘baru’ ini, mereka bertemu jodoh dalam usia yang sudah melebihi separuh abad.
Namun, itulah namanya jodoh. Tak kira mudah mahupun tua, andai Dia sudah menetapkan begitu siapa kita mahu menghalangnya.
Semalam tular kisah pengantin lama yang mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa hidup bersama di bawah ikatan perkahwinan. Kisah pasangan ini dimuat naik oleh Nash Nasrul yang bertindak sebagai jurugambar bagi pasangan lelaki yang berusia 74 tahun manakala pengantin perempuan berusia 67 tahun .
Hari ini dalam sejarah.
Pengantin lelaki(D) 74 tahun
Pengantin perempuan(J) 67 tahun
Bile ditanye mengapa nk kawin,
Jawap pengantin lelaki “saya duduk seorang,lama dah…kena ada peneman utk habiskan sisa hidup saya….ceria,bahagiakan saya hingga saya menhembuskan nafas yang terakhir”
Aku nk menitik air mata bile dengar seorang lelaki yg berpangkat atok ckp camtu…kite ni manusia fitrahnye berpasang pasangan…setiap ape yg terjadi ade sbb dan hikmahnye…semoga panjang umor dan jodoh saya doakan kepade pengantin hari ini..amin
Sumber: Nash Nasrul
Nak Ajar Anak Tentang Adab, Ibu Ayah Pun Kena Buat Sama.

Menghormati orang atau barang milik orang adalah salah satu adab yang mesti menjadi amalan hidup.
Begitu juga cara kita mendidik anak-anak. Jika kita mahu anak-anak hormat kita, kita pun perlu lakukan yang sama.
Begitulah perkongsian yang dipaparkan ini.
Hormat.
Kalau mahu anak hormat kita, belajar untuk tunjuk hormat pada anak anak.
Teringat pada 1 hari, saya sedang bersiap untuk pergi kerja.
Kebetulan, berkenan dengan botol kakak aufa.
Saya pun ambil dan isi air.
Kemudian, Aufa pun ternampak botol airnya yang sudah terisi air.
Lalu, dia pun menegur saya
“Bu, ibu nak bawa botol kakak pergi sekolah ke?”
“Ya kakak”
“Ala, ibu tak beritahu pun kakak nak guna botol kakak”
Alamak, saya terlupa. Biasanya bila saya nak guna apa pun barang dia saya akan minta dulu. Pada saya, sekecil apa pun barang itu saya akan minta.
Bukan apa, bila kita hormat barang anak anak dan iktiraf hak milik mereka, anak anak pun akan belajar hormat barang ibu dan ayah.
Mengajar anak melalui contoh dari tindakan kita itu sebenarnya lebih berkesan berbanding sekadar kata kata nasihat kan?
Lalu, menyedari kesilapan saya ketika itu saya pun meminta maaf dengan kakak Aufa.
“Sorry kakak, ibu tak beritahu kakak dulu. Boleh ibu pinjam botol kakak ni?
“Boleh je ibu, ambil lah. Jaga baik baik tau”
Alhmdulillah.
Berkat saya buat begitu, Aufa sangat menghormati barang saya.
Even telefon pun dia akan minta dulu sebelum tengok kartun.
Bila anak anak rasa dihormati, rasa hormat itu dipulangkan kembali kepada kita, ibu dan ayahnya”
Kredit: Puan Farhan
Seminggu Demam Tak Kebah-kebah, Ibu Ni Kongsi Apa Yang Dilakukannya.

Bila anak demam kita sebagai ibu bapa pasti akan segera mendapatkan rawatan,sama ada bertemu doktor atau bersekali dengan amalkan beberapa petua tradisional agar demam yang dihidapi kembali segera pulih.
Apa yang pasti, setiap antara kita punya pengalaman tersendiri dalam menjaga dan merawat demam anak-anak kita. Jadi kali ini, dikongsikan kisah seorang ibu bernama Fasihah Ibrahim tentang apa yang dilakukan apabila anaknya demam tidak kebah-kebah.
Ini Perkongsiannya;
Bila umar kena tahan wad, ibu jadi orang tak tentu arah. Kata doktor umar kena jangkitan kuman dan dadanya berkahak. Siang malam ibu pantau suhu umar, tapi suhu tetap hampir 40. Ibu risau sebab umur bawah setahun seperti umar tidak bole suhu tinggi2 takut kena sawan tarik nauzubillah. Bila suhu tinggi je, ubat bontot dimasukkan. Dah turun suhu sikit, naik mendadak balik. Ubat bontot lagi. Sehingga umar dah khayal ubat dan tidak aktif seperti biasa.
4hari umar di wad, umar diberi gas setiap 4jam, kata doktor gas itu untuk cairkan kahak dan tidak bahaya kepada umar. (Rujuk video dibawah). Umar sangat behave bila ibu bagi gas tu. Physio jugak datang untuk tepuk belakang umar bagi mencairkan kahak. Ibu juga diajar cara yang betul untuk cairkan kahak (Lihat video). Lagi sekali, Umar tak menangis, malah umar tdo lena. Allah, baiknya Umar sebab tak pernah susahkan ibu sepanjang 4hari di wad. Sangat senang menjaga Umar.
Namun, suhu umar masih tinggi. Malam2 umar gigil. Ibu terus panggil nurse.
Penyelesaiannya ubat bontot lagi. Umar dah penat, umar lena hingga ke pagi. Sehingga satu tahap ibu dah xkuat tengok umar dalam keadaan macam tu. Hampir setiap malam ibu menangis melihat keadaan umar yang terbaring lemah. Badan panas. Tiada kesudahan demam Umar. Allahurobbi.
Umar juga sudah 3x ambik darah disebabkan suhu terlampau tinggi. Alhamdulillah darah umar sangat cantik dan tiada apa apa jangkitan kuman. Lepas tu, Doktor beritahu yang umar bebas jangkitan kuman dan kahak pun sudah tiada. Tapi kenapa umar masih demam panas? Ibu bingung dan buntu. Hari keempat di wad, ibu jumpa doktor, ibu mintak discharge. Sebab ibu sudah tidak sanggup tengok umar dalam keadaan lemah begitu. Tiba masanya ibu ikhtiar cara lain pula. Orang tengok ibu letih dan tak terurus. Tapi ibu sanggup letih menjaga umar, daripada apa2 terjadi kepada umar. Tdo out, makan out. Orang cakap baru anak sorang, Ya, sebab ibu anak seorang, ibu harus risau. Ibu tiada pengalaman.
Petang hari keempat, umar sudah discharge. Kawan2 nasihatkan ibu untuk bawak Umar berurut dan Cari Air penawar. Ibu akur. Lepas maghrib, ibu ke rumah tukang urut yang ibu panggil sebagai Wak. Wak pakar urut traditional. Sewaktu ibu ke rumah Wak, Umar masih demam panas. Bila wak sentuh umar, wak mengeleng2 kepala, katanya belakang umar sudah lama terseliuh. Bila disentuh kaki umar, sejuk. Katanya ini Demam urat.
BARU IBU TAHU..
Dulu ibu xtahu yang bayi pun ada demam urat. Kata Wak, bayi demam urat jika dia ada jatuh katil, cubaan untuk berjalan lepastu jatuh, orang sekeliling pegang cara salah dan sebagainya. Belikat umar sudah lama terseliuh. Mungkin cara pegangnya salah. Sebab itulah demamnya tiada surut. Wak juga beritahu ibu, part yang paling penting adalah perut. Jika kita urut seseorang, tetapi tidak urut di perut, tiada gunanya. Kerana perut adalah mesin badan. Begitu juga dengan bayi. Kena jaga perutnya. Masa diurut umar menangis tapi xkeluar airmata.
Seusai isyak, ibu jumpa salah seorang ustaz di situ. Ramai ibu bapa datang bawak baby untuk jumpa dengan ustaz. Ustaz pakar dalam mengubat org dewasa dan kanak2. Bila tiba giliran umar, sebelum ibu sempat beritahu ustaz apa apa, ustaz ajukan beberapa soalan:
1) Dia (umar) asyik nak tdo je ke?
2) Bila masuk je waktu petang, badannya mula panas sampai ke malam?
3) Dia jadi macam pemalas?
4) Dia asyik merengek2 jika terjaga dari tdo?
5) Dia sekarang dah pandai meniti2 nak berjalan?
Ibu angguk. Semua yang ustaz tanya itu betul. Ustaz senyum tapi xberitahu ibu apa2. Ustaz teruskan baca ayat. Kata ustaz memang belikat kiri umar terseliuh. Tapi, ada “something” juga. Ustaz tanya ada bawa umar keluar waktu senja ke? Kata ibu, ada. Pergi Rembau cari durian. Bila selesai, ustaz nasihat beberapa perkara:
1) Bila maghrib jangan bagi anak kecil keluar rumah. Tahan anak, biar duk dalam rumah saja.
2) Tutup semua pintu2 dan tingkap2 bila menjelang maghrib. “Benda” tu suka masuk ikut tingkap pintu terbuka. 3)Sebelum tdo, bapa tolong bacakan ayat qursi sambil pegang ubun2 anak.
Ibu baba angguk. Alhamdulillah,Malam tu, Umar tdo dengan lena sekali. Bila bangun, alhamdulillah demam sudah kebah. Umar dah tak demam!! Allahuakbar..Umar juga semakin hari semakin aktif dan kembali kepada umar yang dahulu. Yang suka senyum, yang suka main, suka bercakap. Allahuakbar, ibu menangis melihat perubahan positif umar kerana ibu sangat rindukan gelak tawa umar.
Ibu tidak putus2 mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya, umar sudah kembali pulih. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah la Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Maafkan ibu Umar kerana Umar demam semiggu. Sesungguhnya ketahuila ibu sudah ikhtiar yang terbaik untuk Umar.
sumber : Fasihah Ibrahim
Bagaimana Nak Ajar Anak Suka Solat Agar Mereka Melakukan Dengan Mudah Dan Rajin. Ikuti Tip Ini.

Mendidik dan mentarbiyyah anak-anak untuk solat tidak semudah kita jangkakan. Oleh itu, ibu bapa perlu tanamkan sifat rajin dalam diri anak untuk solat, menjadi anak yang soleh dan sabar.
Terdapat pelbagai cara untuk tanamkan sifat suka solat dalam diri anak. Ikuti cara ini dan moga mendapat menfaat bersama.
1) Ajar anak suka dengar azan
– Sewaktu azan, suruh anak diam, dengar dan menghayati sama-sama.
– Kuatkan suara ketika menjawab azan supaya anak dapat dengar.
– Jelaskan kepada anak anda tentang azan iaitu panggilan untuk solat.
– Ketika mahu solat, suruh anak anda yang azan atau iqomah. Ini dapat menaikkan semangat mereka untuk solat.
2) Ajak anak cara berwuduk
– Sebaik sahaja azan, cepat-cepatlah ajak anak anda berwuduk bersama-sama.
– Tampalkan poster wuduk yang menarik minat anak anda di bilik air. Boleh sahaja gunakan karakter animasi yang digemari anak anda. Pasti hari-hari mereka mahu lihat dan belajar untuk wuduk.
3) Ajar anak sejak dari kecil
– Biasakan solat depan anak.
– Latih anak anda pergerakan solat ketika mereka bermain. Contohnya ajak mereka bersenam tetapi dengan gaya bersolat.
4) Memberi pujian
– Tingkatkan kecintaan anak anda tentang solat dengan memberi pujian.
“Alhamdulillah, hari ini abang solat. Bagus anak mama ini. Mama dan abah sayang abang. Allah lagi sayang abang.”
– Tambahkan lagi dengan pelukan kasih sayang agar anak anda rasa lebih dihargai.
5) Dengarkan bacaan dalam solat
– Lafazkan bacaan ketika solat dengan sedikit kuat dan dapat didengari dengan jelas oleh anak anda. Ayat-ayat al-Quran sememangnya boleh memberi ketenangan dan perhatian untuk anak lebih fokus mengikuti setiap pergerakan solat.
– Tapi perlu diingatkan, pilihlah ayat-ayat yang lebih pendek agar anak anda mudah fokus dan tidak mengganggu perhatian mereka.
6) Solat Berjemaah dan ajak ke masjid
– Biasakan diri untuk solat bersama-sama. Dan paling terbaik jika ajak anak anda ke masjid.
– Tanamkan perasaan cintakan masjid dan menjaga tingkah laku ketika berada di dalam masjid. Jika mereka sukar untuk mengawal diri, jangan marah. Nasihat dengan lemah lembut.
7) Sediakan ruang solat khas di rumah
– Tampal poster-poster solat berwarna-warni yang dapat menarik minat anak anda untuk selalu masuk ke ruangan solat.
8) Hadiahkan kelengkapan solat
– Alangkah seronoknya anak anda apabila menerima hadiah kelengkapan solat yang cantik dan berwarna-warni. Ia dapat mendorong anak anda lebih bersemangat dan seronok untuk solat setiap hari.
– Anda juga boleh mengajak anak anda untuk beli kelengkapan solat mengikut pilihan kesukaan mereka. Semoga usaha mendidik anak akan lebih berkesan jika anak anda menggunakan pakaian solat kegemaran mereka sendiri.
9) Betulkan Cara Solat Anak Anda
– Tegur dan ajar cara solat anak anda dengan berlemah lembut dan berhemah.
– Sentiasa perbetulkan dan ajar cara solat anak anda untuk dia solat dengan betul.
10) Selalu berdoa untuk anak
– Jangan pernah berhenti berdoa untuk mendapatkan anak-anak yang soleh dan solehah yang mudah diajak solat dan cintakan solat.
Sumber:www.khalifahdidik.com