Penggunaan baja organik yang digunapakai oleh petani atau peladang yang mengusahakan tanaman dilihat sesuatu usaha yang harus dipuji bagi memastikan penjagaan alam sekitar terpelihara. Bahkan penggunaan baja atau racun organik ini turut dipraktikkan oleh isi rumah yang menanam pokok di halaman rumah sebagai hobi mengisi masa lapang.
Lebih menarik lagi, bila menggunakan baja atau racun organik ini kita dapat mengurangkan kos apabila bahan-bahan yang digunakan mudah diperolehi dengan menggunakan bahan-bahan harian di dapur.
Ini sepertimana apa yang dikongsikan oleh Syamimah Binti Ismail di salah satu group tanaman di media sosial.
Racun organik DIY
Kepada sesiapa yang ada menanam cili, tomato dan terung mesti geram tengok lalat putih atau afid yang menyerang. Habis rosak daun dibuatnya. Lama kelamaan pokok akan mati.
Jadi jom hari ni belajar buat Racun Organik DIY. Hanya gunakan bahan2 dapur je. Dijamin SELAMAT sebab organik. Mudah, murah dan senang dibuat;
Bahan-bahan: 1 labu bawang putih, 6 biji cili padi, 300ml air
Cara buat :
Langkah 1 : Campurkan bahan-bahan tadi dan kisar.
Ads
Langkah 2 : Peram bahan yang dikisar tadi selama 24 jam. Tutup dengan kain untuk elak serangga masuk.
Langkah 3 : Selepas 24 jam, tapi bahan-bahan tadi dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh ditabur pada tanaman.
Ads
Langkah 4 : Siap untuk digunakan dan boleh simpan di dalam bekas dan letakkan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
Cara Penggunaan: campurkan tiga bahan berikut iaitu 60ml pati ke dalam 1 liter air dan masukkan juga 1 sudu minyak masak dan 1 sudu teh sabun pencuci tangan. Disarankan spray pada lewat petang pada bahagian bawah daun.
Sedikit tips untuk semburan :-
1. Spray time lewat petang. Dlm pukul 6 petag ke atas. Sebab sifat semulajadi serangga perosak AKTIF pada waktu malam. Jadi spray waktu lewat petang adalah paling sesuai.
2. Fokus spray pada bahagian bawah daun. Sebab kat situ lah tempat ‘mereka’ berhimpun.
3. Gunakan nozzle spray yang paling halus. Ataupun yang berkabus adalah lebih baik.
4. Spray seminggu sekali. Sekiranya pokok diserang teruk, spray selang 2 hari sehingga serangga hilang.
5. Apabila pokok dah masuk peringkat berbuah, spray lebih kerap (3 kali seminggu). Sebab pada peringkat ini, pokok akan lebih kerap diserang perosak.
Alhamdulillah lama dah guna resepi ni. So far memang BERKESAN untuk menghalau serangga perosak. Yang penting rajin spray.
Musim panas menyebabkan anda mungkin menggunakan penyaman udara atau aircond lebih dari kebiasaan. Namun, jangan hanya pandai guna sahaja. Jika mahu memastikan ia berada dalam keadaan yang baik, tahan lama dan sentiasa sejuk, unit penyaman udara mestilah diselenggara selalu.
Walaupun ia masih berfungsi dengan baik, penyelenggaraan dan servis adalah penting untuk memastikan ketahanan dan kebolehupayaan penyaman udara dalam memberi kesejukan mengikut kapasiti awal.
Untuk anda yang ingin membersihkan sendiri penyaman udara, lakukan teknik ini.
• Selepas mengggunakannya di malam hari, JANGAN matikan terus, sebaliknya lakukan langkah berikut jika mahu bersihkan penyaman udara anda sendiri.
• Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan kelajuan kipas ke tahap paling tinggi.
• Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
• Kemudian barulah matikan aircond.
Mengapa tetapkan ke mode “Fan”?
• Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat. Dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) dan udara bertiup.
• Ia akan mengeringkan kelembapan dalaman unit penghawa dingin anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran dan kelembapan)
Pesanan : Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lazimnya setiap pagar rumah pasti kita akan kunci dengan mangga untuk elakkan kawasan rumah kita dimasukki oleh orang yang tidak diingini, atau lebih tepat sebagai langkah keselamatan. Pun begitu, bilamana padlock atau mangga yang diperbuat daripada besi bila sentiasa berhujan dan berpanas setiap hari, tentunya akan menyebabkan ianya cepat berkarat.
Bila terjadi begitu, bukan sahaja keadaan fizikal mangga nampak berkarat malah terjadi juga mangga tidak berfungsi dengan baik. Tersekat-sekat untuk dibuka malah lebih teruk lagi lama kelamaan boleh menyebabkan kita anak beranak tidak dapat keluar atau masuk ke dalam rumah dek kerana pintu pagar tidak boleh dibuka, akibat sistem padlock yang telah rosak.
Tidak mahu kejadian seperti itu terjadi, adalah lebih baik kita ambil langkah keselamatan dengan mengambi idea daripada perkongsian Soberry Msy di page Kelab Kaki D.I.Y. Cara yang dikongsikan itu hanya menggunakan bahan-bahan terbuang sahaja dan pastinya tanpa modal.
Nak tahu bagaimana, ikuti perkongsiannya ini.
Perkongsian saya kali ini simple aje, kawan-kawan duduk rumah taman, belakang jarang keluar, pad lock kadang karat susah nak bukak sebab dia berhujan dan panas.. Ini penyelesaiannya bahan terbuang sahaja.
Botol air mineral potong.
Sebelum masuk.. Hehe nak lagi tahan lama spray wd40 siap-siap kemudian tutup.
Di sebalik kegembiraan anak-anak dapat pakaian baru, beg sekolah, kasut dan sebagainya ketika melangkah ke sekolah, namun ada lagi insan yang serba kekurangan. Jangankan nak beli yang baru, yang lama pun terpaksa dikongsi.
Tetapi niat untuk belajar dan menimba ilmu tetap ada dan itu yang patut dipuji dan dijadikan contoh buat anak-anak yang lain.
Seorang guru menerusi catatannya berkongsi pengalaman seorang pelajar yang berkongsi kasut dan seluar milik abangnya kerana tidak mampu beli yang baru.
Kisah yang cukup menyentuh hati ini dikongsikan menerusi facebook Mohd Nasir Mohd Zain yang juga merupakan seorang guru.
Mengalir air mata bila lihat ada lg yg dhaif. Lihat dari jauh kenapa budak ni jalan tak amgkat kaki.. dan tangan pegang seluar.. bila panggil dan pergi dekat..tanya dia awat tak angkat kaki : kasut besar ustaz kasut sape ni: kasut abg sek men
awat pegang seluar: takut terjatuh seluar abg
emosiku dijentik pg ni..
Kasut dan seluar pakai milik abg yang dah ke sek men. Kita bawa dia ronda2 dan belikn semua baru.
Ada nampak keceriaan diwajah.
Azam 2019
Membahagiakn seramai mungkin orang.
Itu antara catatan yang dimuat naik guru ini. Rata-rata yang membaca mengakui cukup tersentuh hati dengan sikap prihatin guru berkenaan yang membantu budak ini untuk menceriakan zaman persekolahannya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.