“Dah Lama Doa Untuk Ke Sana.” Terharu & Syukur Anak Cemerlang UPSR, Aidid Marcelo Bawa Isteri & Anak Tunai Umrah.

Share

Orang kata isteri diuji saat suami susah, manakala suami pula diuji ketika dia senang. Tatkala suami susah, isteri adalah pendorong utama yang menguatkan semangat. Demikianlah dengan pasangan suami isteri ini.

Dalam satu perkongsiannya di laman instagram, Aidid melahirkan rasa terharu dan bersyukur dengan pencapaiannya anaknya yang mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Justeru, dia bersama isteri dan anak, Nailina Marcello berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah bersama isterinya, Norzie Pak Wan Chek serta anaknya itu.

“Tiada apa yang lebih berharga bila rezeki dipanggil untuk ke Tanah Suci kali ini dapat bersama isteri dan anak dara saya.

“Alhamdulillah @nailinamarcello 5A 1B UPSR, bolehlah minta doa seterusnya di depan Kaabah insya-ALLAH.

“Bestnya rasa macam impian jadi kenyataan sebab dah lama dah doa untuk ke sana bersama isteri.

“Insya-ALLAH saya akan kongsikan info dan tips apa sahaja yang saya ada ketika di sana nanti,” luahnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mei 2005 dan dikurniakan 4 orang anak.