Orang kata isteri diuji saat suami susah, manakala suami pula diuji ketika dia senang. Tatkala suami susah, isteri adalah pendorong utama yang menguatkan semangat. Demikianlah dengan pasangan suami isteri ini.
Dalam satu perkongsiannya di laman instagram, Aidid melahirkan rasa terharu dan bersyukur dengan pencapaiannya anaknya yang mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.
Justeru, dia bersama isteri dan anak, Nailina Marcello berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah bersama isterinya, Norzie Pak Wan Chek serta anaknya itu.
“Tiada apa yang lebih berharga bila rezeki dipanggil untuk ke Tanah Suci kali ini dapat bersama isteri dan anak dara saya.
Ads
“Alhamdulillah @nailinamarcello 5A 1B UPSR, bolehlah minta doa seterusnya di depan Kaabah insya-ALLAH.
“Bestnya rasa macam impian jadi kenyataan sebab dah lama dah doa untuk ke sana bersama isteri.
Ads
“Insya-ALLAH saya akan kongsikan info dan tips apa sahaja yang saya ada ketika di sana nanti,” luahnya.
Zaman serba mencabar dengan pelbagai pengaruh media sosial dan gajet, pastinya sukar untuk mendidik anak suka membaca Al-Quran. NamunjJika jiwa mereka didik untuk mencintai Al-Quran sejak kecil ia menjadi mudah.
Bagaimanapun, masih belum terlambat untuk kita mendidik anak-anak suka membaca Al-Quran setiap hari. Pasti ada caranya. Apa yang pasti kita perlu istiqomah dalam semasa mendidik anak-anak.
Ikuti perkongsian ibu ini yang pernah tular apabila anaknya mahir membaca Al-Quran. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang hebat mendidik anak-anak.
Dengan itu, ikuti perkongsian ilmu oleh puan Siti Aminah Sulaiman bagaimana mendidik anak suka membafca Al-Quran.
Sebenar tak susah nak dapat anak yang ‘ketagih’ baca Al Quran. sepanjang pengalaman saya menjagar anak-anak hafaz Al Quran. Saya lihat ada beberapa faktor yang menjadikan anak itu MUDAH untuk dididik cinta Al Quran
Saya kongsikan apa yang perlu kita buat suapaya mudah nak ajar anak SUKA baca dan hafaz al Quran:
1) BIAH AL QURAN
Saya perasan anak-anak saya ni, bila time saya rajin baca Quran. Mereka pun rajin ambil sendiri al Quran nak baca. Tak perlu saya suruh2 atau paksa lagi.
Tapi kalau time saya sendiri tak sentuh al Quran, memang liat nak suruh anak baca Al Quran. Ini yang saya belajar dari pengalaman 8 tahun mengajar anak hafaz al Quran dirumah
Betapa pentingnya mewujudkan suasana al Quran itu dirumah. ini yang dipanggil BIAH AL QURAN. Anak-anak perlu melihat ibu atau ayah mereka sentiasa istiqamah membaca al Quran
Tanpa sedar anak akan terdorong untuk menjadi ‘RAJIN’ membaca al Quran. Adakah kita sudah membaca al Quran hari ini?
2) HIDUP TANPA TV
Part ni paling susah. Jujurnya saya memang ‘hantu’ TV dari kecik lagi. Cakap je apa-apa cerita mesti saya akan melekat depan tv, drama sambung-sambung lagi saya suka
Tapi saya perasan bila saya cuba ajar anak saya al Quran, TV menjadi satu masalah BESAR
Saya susah nak fokus ajar anak dan masa saya menjadi sangat singkat bila ada TV sebab ada je cerita yang saya nak tonton
Akhirnya saya buat keputusan untuk potong siaran di rumah dan itu berlaku 5 tahun yang lepas.
Alhamdulillah rupanya ianya pengorbanan yang berbaloi. Saya punyai lebih banyak masa untuk mengajar anak dan saya juga punya masa untuk diri sendiri belajar al Quran.
3) SENTIASA ISI GELAS ILMU
Untuk berjaya dalam mendidik anak,perlu sentiasa mengisi gelas ilmu. Bagaimana kita nak tumpahkan ilmu pada anak jika gelas kita sendiri kosong
Saya sedar diri saya yang serba serbi kekurangan ilmu al Quran, lalu saya terus ambil pakej kombo 10 kelas untuk belajar Ibrah al Quran dengan uztaz Syaari Ab Rahman. Mulai tahun ini dan seterusnya akan menyaksikan saya menjadi pelajar al Quran bersama dengan anak-anak saya
Lebih banyak kita belajar, lebih banyak rupanya kita tak tahu. Jangan malu mengakui kelemahan diri, terus belajar untuk tambah ilmu.
Gambar hiasan
4) DOA
patut saya letak ini kat atas sekali. Ini paling penting! Saya mula dengan berdoa dulu pada Allah supaya Allah tunjukkan jalan bagaimana nak jadikan anak saya cinta AlQuran, dan Allah Maha Baik memang tak pernah hampakan hambaNya
Lambat atau cepat Dia akan beri, pada waktu yang paling sesuai. Berdoalah wahai ibu ayah
Jangan berharap pada manusia, tapi letak harapan spenuhnya pada Allah. Pelbagai keajaiban akan berlaku dengan izinNya.
VIDEO ANAK MEMBACA AYAT AL-QURAN
Ini antara amalan saya dalam mendidik Muiz dan Nur Solehah. Moga ada manfaat bagi yang membaca
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rutin penjagaan kecantikan akan lebih sempurna apabila kita turut mengamalkan penggunaan aloe vera atau juga dikenali sebagai pokok lidah buaya. Gel aloe vera ini cukup popular dan menjadi antara ubatan herba yang digunakan di seluruh dunia sejak dahulu hingga kini.
Jika ingin disenaraikan kebaikan gel aloe vera ini sebenarnya ia dapat membantu mengatasi 10 masalah kecantikan wanita yang cukup luar biasa. Nak tahu bagaimana caranya? Jom semak satu persatu.
Masalah 1 : Kulit Gelap Akibat Sunburn
Ambil bekas dan isikan dengan gel aloe vera kemudian bekukan di dalam peti sejuk. Setelah beku, ambil ais batu tersebut dan sapu rata pada bahagian kulit yang gelap (sunburn). Cara ini selain dapat memulihkan kulit untuk kembali berseri malah turut memberi pengalaman yang cukup menenangkan dan segar pada diri.
Masalah 2 : Rambut Berkelemumur
Campurkan 2 sudu makan jus lemon dengan 2 sudu makan gel aloe vera. Gaul rata dan kemudian sapu rata pada bahagian kulit kepala. Biarkan selama 30 minit dan kemudian dibilas.
Masalah 3 : Wajah Berjerawat
Sapukan gel aloe vera pada wajah yang telah dicuci bersih. Sebaiknya lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman. Esok paginya cuci bersih. Ia adalah ubat semula jadi yang cukup berkesan ‘melawan’ jerawat!
Masalah 4 : Iritasi Kulit Selepas Bercukur
Jika berlaku iritasi atau rasa gatal-gatal dan kulit kering selepas bercukur. Sebaiknya terus oleskan dengan gel aloe vera untuk meredakan rasa tidak selesa tersebut.
Masalah 5: Rambut Kering, Kusut & Tidak Bermaya
Ambil gel aloe vera dan sapu rata pada keseluruhan rambut. Kemudian barulah disikat rapi. Kesannya rambut lebih lembut dan terurus rapi.
Masalah 6 : Stretch Marks
Terutamanya wanita yang telah melahirkan anak akan ada stretch marks pada bahagian perut, paha atau pun lengan. Oleh itu, ambil gel aloe vera dan sapukan secara rutin setiap hari bagi merawat kesan stretch marks tersebut.
Masalah 7 : Tumit Kaki Kering
Campurkan bersama 4 sudu makan gel aloe vera dan 2 sudu jus lemon. Gosokkan pada keselurhan kaki dan berikan tumpuan pada bahagian tumit. Gosok anggaran 10 minit pada bahagian tersebut sebelum dicuci dengan air suam.
Masalah 8 : Kulit Berkedut
Aloe vera mengandungi asid malic yang dapat membantu mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit dan sekali gus dapat mengekalkan kulit daripada terhidrat. Oleh itu jangan pernah meninggalkan untuk sapu rata gel aloe vera pada wajah setiap hari untuk awet muda!
Masalah 9 : Lingkaran Hitam Bawah Mata
Campurkan 2 sudu teh gel aloe vera dengan 1 sudu minyak badam. Gaul rata dan kemudian sapukan secara membulat pada bahagian mata setiap malam sebelum tidur.
Masalah 10 : Rambut Nipis
Gandakan pertumbuhan rambut dengan menggunakan gel aloe vera yang disapu rata pada bahagian rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 1 jam dan kemudian bilas dengan air suam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kehilangan insan yang disayangi sekelip mata bukan sahaja mengejutkan, malah memberi kesan mendalam buat ahli keluarga. Apatah lagi, anak-anak masih kecil dan memerlukan perhatian ibu bapa.
Baru-baru ini sepasangan suami isteri meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Pemergian mereka berdua sekali gus membuatkan 7 beradik kehilangan tempat berpaut. Lebih memilukan anak-anak masih kecil dan kini di bawah jagaan datuk dan nenek mereka.
Terbaru, kisah anak-anak ini dimuat naik dalam satu perkongsian di facebook. Menurut saudari Hajar Jaafar, anak-anak ini memerlukan bantuan daripada orang ramai. Justeru dia memohon sekiranya terdapat individu bermurah hati bagi menghulurkan bantuan terutama dalam bentuk yuran dan pakaian sekolah.
DERMA KILAT (UPDATED)
Waris terdekat, kakak mangsa shaidah binti idris 011-31410147 Bank Islam : 13044020915749
Gaisss, ingat posting pasal 7 beradik yang kehilangan ibubapa sebab kemalangan jumaat lepas? Ni 5 orang anak mereka, lagi 2 orang di hospital. Hajar nak ziarah yang di hospital dan jumpa waris mereka rabu pagi ni.
Cadangan hajar sebenarnya nak kumpul tabung untuk Yuran setahun dan persiapan awal sekolah mereka seperti baju dan alat tulis. Semoga sesama kita Hulurkan bantuan buat mereka
Jika ada yang nak beri sumbangan komen love ye. Nanti hajar pm details. Yang nak konvoi gerak sesama pun boleh. Kita ziarah di hospital KT. Hajar gerak dari dungun jam 11 pagi.
Jika tiada sumbangan pun, tolong share post ni ye. Terima Kasih semua💗
Kanak-kanak ini di jaga oleh atuk nenek mereka di kg pasir raja terengganu. Sumbangan akan di berikan kepada waris terdekat cc Farawaheda Aidilfitri
Mangsa yang terlibat dalam kemalangan : Arwah Kamal Hisham Mustafa & Arwah Norhapisah
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.