Dah Kerja Penat-penat, Begini Cara Reward Diri Untuk Masa Depan Lebih Selesa!

Share

Setiap hari kita berkerja untuk mencari rezeki, rasa penat dan lelah memang terasa.

Sebab itu ramai merasakan dengan  memberi reward kepada diri sendiri dengan cara menikmati hidangan mewah mahu pun membeli barangan kesukaan di awal gaji, itu suatu kepuasan.

Bahkan  ramai merasakan cara ini dapat menghiburkan hati dan cara itu tidak ada salahnya.

Namun alangkah bagusnya andai lakukan juga 7 cara ini yang dikongsikan oleh saudara Razzaaq Ajaq ini.

Jom baca perkongsian ini.

Jangan kedekut dengan diri sendiri. 7 ‘Reward’ untuk diri sendiri yang kita mesti buat.

1. Kalau belum ada rumah, belanja diri dengan buat simpanan 10% dari gaji untuk beli rumah nanti.

2. Kalau belum ada simpanan, belanja diri dengan simpanan 3-6 bulan gaji.

3. Kalau belum ada kereta, belanja diri dengan kereta tak lebih setahun gaji.

4. Kalau gaji RM2200 ke bawah, belanja diri guna pendapatan sampingan. Kurangkan ‘usik’ gaji hakiki.

5. Kalau jarang sedekah, belanja diri dengan sedekah pada ibu bapa atau pasangan.

6. Kalau belum ada takaful, belanja diri dengan takaful bayaran tak lebih 10% gaji.

7. Kalau belum ada sumber pendapatan dari pelaburan, belanja diri dengan labur 10% gaji setiap bulan.

Dah sediakan semua ni baru laa belanja diri dengan kehendak kita. Ikut kemampuan dan berpada-pada.

Akan ada masanya ‘kedekut’ dengan diri sendiri ni membantu kita di saat-saat sukar nanti.

Sumber : Razzaaq Ajaq