
Setiap hari kita berkerja untuk mencari rezeki, rasa penat dan lelah memang terasa.
Sebab itu ramai merasakan dengan memberi reward kepada diri sendiri dengan cara menikmati hidangan mewah mahu pun membeli barangan kesukaan di awal gaji, itu suatu kepuasan.
Bahkan ramai merasakan cara ini dapat menghiburkan hati dan cara itu tidak ada salahnya.
Namun alangkah bagusnya andai lakukan juga 7 cara ini yang dikongsikan oleh saudara Razzaaq Ajaq ini.
Jom baca perkongsian ini.
Jangan kedekut dengan diri sendiri. 7 ‘Reward’ untuk diri sendiri yang kita mesti buat.
1. Kalau belum ada rumah, belanja diri dengan buat simpanan 10% dari gaji untuk beli rumah nanti.
2. Kalau belum ada simpanan, belanja diri dengan simpanan 3-6 bulan gaji.
3. Kalau belum ada kereta, belanja diri dengan kereta tak lebih setahun gaji.
4. Kalau gaji RM2200 ke bawah, belanja diri guna pendapatan sampingan. Kurangkan ‘usik’ gaji hakiki.
5. Kalau jarang sedekah, belanja diri dengan sedekah pada ibu bapa atau pasangan.
6. Kalau belum ada takaful, belanja diri dengan takaful bayaran tak lebih 10% gaji.
7. Kalau belum ada sumber pendapatan dari pelaburan, belanja diri dengan labur 10% gaji setiap bulan.
Dah sediakan semua ni baru laa belanja diri dengan kehendak kita. Ikut kemampuan dan berpada-pada.
Akan ada masanya ‘kedekut’ dengan diri sendiri ni membantu kita di saat-saat sukar nanti.
Sumber : Razzaaq Ajaq
“Disleksia Ni Bukan Kecacatan Ya.” Selepas Qadejah, DS Shahida Dedah Kini Baem Pula Alami Masalah Sama!

Memiliki anak istimewa adalah satu anugerah buat ibu bapa. Mungkin ramai yang yang sudah sedia maklum, pengasas produk D’Herbs Dato’ Seri Aliff Syukri merupakan penghidap disleksia.
Disleksia bukanlah satu penyakit, tetapi ia merupakan sejenis gangguan yang membuatkan seseorang itu tidak mahir membaca, mengira, menulis dan mengeja.
Jika sebelum ini, Qadejah mewarisi masalah tersebut, terbaru, Datin Seri Nur Shahida mendedahkan anak ketiganya, Ibraheem Adham atau mesra disapa sebagai Baem turut disahkan mengalami masalah yang sama.
Pendedahan tersebut dibuat menerusi perkongsian di laman instagramnya usai membawa Baem bertemu pakar bagi mengesahkan perkara tersebut.
“Sebenarnya saya bawa Baem pergi buat ujian Disleksia, lepas buat ujian, dia disahkan mempunyai Disleksia sama macam Qadejah, bulan depan masuk sekolah baru lah Baem ya,” kongsinya menerusi Instagram.
Meskipun begitu, Shahida tidak panik dan menerangkan situasi sebenar yang dialami oleh kanak-kanak Disleksia.
“Disleksia ini bukan kecacatan ya, ia cuma ada masalah pembelajaran, caranya tak sama macam kanak-kanak biasa.
“Mereka perlu ada cara khas untuk belajar, jadi, ibu bapa jangan susah hati okay,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Rata-rata memberikan kata semangat supaya Datin Sri Shahida kuat demi anak-anak.
Anak-anak hebat


Sumber: IG shahidadherbs
Nak Merasa Buah Blackberry Hasil Tanam Sendiri, Begini Caranya!

Sekiranya menanam pokok blackberry di laman rumah, tentunya kita mengharapkan pokok akan hidup subur dan sekali gus mahu juga merasa hasilnya.
Jadi apa kata ikuti perkongsian daripada Pyan Sempoi yang berkongsi tip dan cara bagaimana pokok blackberry di rumahnya boleh berbuah lebat. Ini perkongsiannya.
Test semai keratan blackberry jenis ‘prime ark freedom’ baru 8 hari cucuk..semua keratan nampak masih segar & tunas dah mula keluar.. InsyaAllah ada harapan hidup jadi anak pokok.
Media yang digunakan campuran peatmoss, cocoapeat & sekam mentah..penggalak akar guna exotic thailand
* jangan tanya jual atau tak yer..sekadar perkongsian teknik pembiakan pokok sahaja
Buah blackberry dah mula merah..next tunggu warna berubah jadi hitam berkilat pulak baru boleh petik & ngappp. Kalau dah merah macam ni kena bungkus cepat-cepat, kalau tak jadi habuan burung.
Ada bunga yang baru kembang & putik bunga yang baru keluar pon banyak sangat..hasil setelah dipangkas 5-6 minggu lepas..
Sabaq menunggu akhirnya dapatlah merasa buah blackberry masak berwarna hitam..
Seronok tengok perkembangan dia dari putik, bunga putih, buah muda berwarna hijau, berubah warna jadi merah & akhirnya masak hitam berkilat.
Buah fresh dari pokok dalam pasu tepi rumah saya..bukan kat oversea tau.
Ekstra info
jenis/variety : Prime Ark Freedom tidak berduri
tahan lasak hujan panas & cepat besar/berbunga
Untuk pertumbuhan saya bagi baja novatec supreme+kopi, tahi kelawar & mol sisa-sisa dapur..untuk ransang bunga & buah saya siram+sembur dengan baja MKP..lepas dah berbunga saya ganti dengan baja buah novatec premium.
Sumber : Pyan Sempoy
Kerana Covid-19, Anak & Menantu Sanggup Tinggalkan Ayah Berusia 80 Tahun Terbaring Di Tepi Jalan!

Sudah jatuh ditimpa tangga, lepas satu-satu nasib malang yang menimpa seorang ayah yang berusia 80 tahun ini. Hanya disebabkan positif Covid-19, seorang anak dan menantunya sanggup bersikap tidak adil kepada dirinya hingga tergamak ‘membuang’ bapanya di tepi jalan.
Kejadian yang menyedihkan ini berlaku di Bangkok, Thailand seperti mana memetik berita di Harian Metro.
Dijangkiti Covid-19
Suami isteri dari Nakhon Ratchasima, Thailand tergamak ‘membuang’ bapa mereka yang berusia 80 tahun di sebuah kuil hanya kerana lelaki itu dijangkiti Covid-19.
Bangkok Post melaporkan, kisah itu dikongsikan seorang petugas perubatan di Hospital Bua Yai menerusi Facebook (FB).
Gambar dimuat naik menunjukkan seorang lelaki terbaring di denai berhampiran Wat Pa Suan Thamma Sawaddee di Kampung Ban Nong Waeng dekat daerah Bua Lai.
Perkongsian gambar itu disusuli dengan luahan petugas berkenaan yang kesal dengan tindakan anak perempuan kepada lelaki warga emas berkenaan.

Tinggalkan Ayah Bersama Beg Pakaian
Penghulu Wat Pa Suan Thamma Sawaddee, Luang Phor Sitthichai berkata, anak perempuan dan menantu kepada lelaki berkenaan meninggalkan bapa mereka di kuil itu pada Ahad lalu.
Ketika kejadian, suami isteri itu meninggalkan lelaki berkenaan bersama beg berisi pakaian sebelum berlalu pergi menaiki kereta.
Sementara itu, Ketua Kampung Ban Nong Waeng, Thongsuk Thaebtham diberitahu, lelaki warga emas itu dibawa anak perempuannya dari wilayah Lop Buri sebelum ditinggalkan di kuil berkenaan.
Hanya Mampu Terbaring
Lelaki tua itu berjalan dari kuil berkenaan pada Selasa sebelum dia ditemukan terbaring di satu laluan berhampiran.
Lelaki itu kemudian dibawa ke sebuah hospital di wilayah Khon Kaen kerana dia berasal dari situ.
Sementara itu, sami, petugas kesihatan dan anggota penyelamat yang menjadi kontak rapat dengan lelaki berkenaan diminta menjalani kuarantin selama 14 hari.
Ketua kampung itu berkata, anak perempuan kepada lelaki berkenaan tidak sepatutnya memperlakukan bapanya sebegitu rupa kerana turut mendedahkan individu lain dengan jangkitan Covid-19.
Dalam pada, Bernama pada Selasa melaporkan Thailand mencatat 14,150 kes baharu Covid-19 dan 118 kematian dalam tempoh 24 jam sebelumnya.
Ia menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan kepada 526,828 dan 4,264 kematian setakat ini.
Sumber : myMetro
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club