Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.
Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya keperluan ini boleh mempengaruhi keharmonian hubungan. Ikuti pendedahan Kaunselor Rumah Tanggga Fadzli Aziz menerusi facebooknya.
“Puan, jangan pandang rendah pada keperluan seksual suami. Bahaya” kata saya.
Dipendekkan cerita. Ia adalah perbualan saya dalam satu sesi kaunseling yang saya lakukan di pusat kaunseling saya.
“Saya faham En Fadzli, tapi dia juga kena faham. Saya tak de mood. Lagipun saya penat bekerja. Kerja saya bukan kerja pejabat. Saya business online. Jadi nak kena melayan customer. Lagipun belajar lah tahan nafsu sikit. Asyik mahu je” jawabnya.
Itu luahan isteri. Saya tak boleh tentukan ianya betul atau salah. Tugas saya hanya menimbulkan celik akal supaya dia nampak dari sudut perspektif suami juga.
“Puan, seksual ni adalah keperluan biologi kerana Allah ciptakan lelaki dengan hormon testosterone yang banyak. Jadi keperluannya tinggi. Bukan sekadar kemahuan.
Ibarat makan. Puan makan banyak tak? Suami makan banyak tak?
Ads
Bab makan pun dah berbeza kan. Makan ni boleh tahan diri dari makan? Boleh. Sebab itu adanya puasa. Tapi berapa lama boleh tak makan?
Emosi kita boleh tahankan, jangan makan. Tapi biologi dah tak tahan. Pedih rasa perut, berangin dan lagi teruk kena gastrik.
Keperluan seksual tak lah sampai jadi gastrik. Heheh. Tapi puan, kesan yang lebih besar adalah emosi.
Lelaki yang tak dapat,keperluan emosinya mudah terganggu , makin sensitif dan lebih bahaya mudah terangsang visualnya. Ini kebiasaannya. Ada kajian mengenainya.
Bayangkan puan, dalam keadaan beginilah, lelaki nampak semua wanita cantik. Rakan pejabat nampak menawan dan seksi. Mata jadi makin meliar. Diperhatikan bentuk badan kawan perempuan.
Bayangkan suami puan adalah suami yang baik. Dia nak jadi orang baik, cuba jaga mata, pandangan dan diri agar tak buat benda haram.
Ads
Saat dia perlukan puan yang sudah halal padanya, tiba-tiba puan tidak berfungsi, tidak mahu untuk meredakan keperluannya atas alasan puan takde mood dan busy.
Menyelesaikan keperluannya bukan ambil masa yang lama pun puan. Tapi besar impaknya.
Peranan puan besar sebenarnya untuk bantu dia jaga diri dan jadi baik”. jelas saya dari sudut pandang lelaki.
“Tapi en fadzli, saya tanya kawan-kawan saya suami diorang tak macam tu pun. Takdelah seminggu sekali tapi ada yang sebulan sekali”.
“Puan, puan kahwin dengan suami puan, bukan suami kawan puan. Cara makan pun berbeza-beza apatah lagi keperluan seksual. Jangan bandingkan.
Ada lelaki, kalau keinginan dia tinggi, tapi jarang bersama isteri, ada kemungkinan dia lepaskan sendiri. Samada melalui pornografi dan masturbasi.
Ads
Yang saya risau kalau dia ‘makan luar’. Ini berlaku kalau dia tak kuat agama. Ada ilmu agama tak semestinya kuat agamanya. Ada orang kuat pegangan agamanya walau kurang ilmunya”. jelas saya.
“Faham…hmmmm”.
“Puan, kalau puan nak suami puan jadi orang yang baik, maka puan bantulah dia uruskan nafsunya. Keperluan seksual suami tak akan dapat diuruskan sendiri melainkan isteri. Sebab itu dia kahwin dengan puan. Ekslusif puan adalah pengurus nafsunya.
Maka peranan puan besar. Andaikata dia curang walaupun telah buat segalanya, paling tidak puan sudah berlepas diri dengan dosanya sendiri.”
Penting juga isteri untuk memahami karekter lelaki dan keperluannya lebih mendalam. Sebab saya sedang menulis satu buku khas untuk isteri iaitu tentang bagaimana memahami lelaki dan apa keperluannya secara khusus dan bagaimana seni berkomunikasi yang sesuai.
Saya seterusnya menyambung lagi sesi untuk teroka lebih mendalam.
Sumber: Fadzli Aziz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jangan ingat isteri yang tidak bekerja tidak boleh mempunyai akaun di KWSP. Bagi wanita yang bergelar suri rumah, i-Sayang adalah peluang untuk menjamin masa depan biar pun tidak bekerja.
Menurut KWSP Malaysia, i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).
Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri.
Menurut laporan Sinar Harian, kira-kira 86,000 golongan suami telah menyertai program i-Sayang sejak diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Mac 2023.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, jumlah tersebut melibatkan pindahan caruman sebanyak RM22.1 juta setakat Ogos lalu.
“Program i-Sayang membolehkan suami memperuntukkan dua peratus daripada caruman KWSP bulanan (syer pekerja) secara sukarela ke akaun KWSP isteri,” katanya ketika sesi pertanyaan jawab lisan sidang Dewan Rakyat, pada Isnin.
Beliau menjawab soalan tambahan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai langkah KWSP untuk meningkatkan semula simpanan ahli yang telah membuat pengeluaran melalui Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Seramai 39 mangsa membabitkan guru dan kanak-kanak dari sebuah tadika yang terperangkap akibat kepala air di Gua Ikan, Dabong dekat sini berjaya diselamatkan semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong, Muhammad Aiman Aminuddin berkata, kumpulan itu dari Kuala Berang, Terengganu dan menaiki kereta api di stesen KTM Tanah Merah untuk mengadakan lawatan di gua berkenaan.
Katanya, sebelum itu keadaan cuaca cerah, namun secara tiba-tiba keadaan menjadi diluar jangkaaa menyebabkan mereka terperangkap.
“Operasi menyelamat mangsa membabitkan lima lelaki, 16 wanita dan 18 kanak-kanak itu mengambil masa lebih dua jam,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 3.24 petang memaklumkan terdapat mangsa terperangkap di dalam gua akibat kepala air.
“Seramai tujuh pegawai dan anggota dari BBP Dabong dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kesemua mangsa dipindahkan menggunakan bot bomba dan kesemuanya berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.04 petang.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi pendidikan di Sekolah Berasarama Penuh (SBP) dan Institut Pengajian Awam (IPTA).
Beliau memaklumkan, kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran kedua institusi berkenaan kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.
Anwar yang juga Menteri Kewangan mengenakan baju Melayu berwarna kelabu menegaskan bahawa kenaikan yuran itu tidak akan menjejaskan kumpulan B40 dan M40.
Untuk makluman, Belanjawan ini juga adalah yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.
Sebelum ini, Anwar membentangkan Belanjawan 2023 bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’ membabitkan peruntukan RM388.1 bilion.
Pada Belanjawan 2024 bertemakan ‘Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’ pula memperuntukkan RM303. 8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion pula disediakan untuk simpanan luar jangka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.