Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin petang ini telah mengumumkan tentang pembukaan sekolah mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.
Menurut beliau, bagi sekolah menengah, murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 serta murid Kelas Peralihan akan kembali ke sekolah bermula pada hari Rabu, 15 Julai 2020.
Untuk sekolah rendah pula, murid Tahun 5 dan Tahun 6 akan kembali ke sekolah pada hari Rabu, 15 Julai 2020.
Manakala, tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4 adalah pada hari Rabu, 22 Julai 2020 .
Di samping itu, keputusan penawaran kemasukan calon lepasan SPM 2019 ke Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2020 boleh disemak mulai hari ini melalui portal KPM dan akan mendaftar pada hari Rabu, 15 Julai 2020.
Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah dan mana- mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan.
Dalam pada itu, bagi mengambil kira aspek penjarakan sosial, pengoperasian sekolah perlu dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan berbeza mengikut kapasiti dan keupayaan masing-masing mengikut model yang telah ditetapkan :-
Model pertama adalah Model Satu Sesi.
Model kedua adalah Model Dua Sesi.
Model yang ketiga adalah Model Penggiliran.
Bagi Model Penggiliran untuk sekolah menengah, murid Tingkatan 5 dan 6 perlu hadir ke sekolah setiap hari. Manakala kehadiran murid Tingkatan 1 hingga 4 perlu dibuat secara bergilir-gilir mengikut kelas atau aliran tertentu.
Tambah beliau, untuk pusat tuisyen pusat bahasa, pusat perkembangan dan sebagainya boleh dibuka semula. KPM ingin memaklumkan bahawa semua Institusi
Pendidikan Swasta di bawah kategori pusat yang berdaftar dengan KPM boleh dibuka semula pada hari Rabu, 15 Julai 2020.
Nak beli barang tapi malas nak beratur kat kedai? Jom beli belah secara online di sini !