Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin petang ini telah mengumumkan tentang pembukaan sekolah mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.

Menurut beliau, bagi sekolah menengah, murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 serta murid Kelas Peralihan akan kembali ke sekolah bermula pada hari Rabu, 15 Julai 2020.

Untuk sekolah rendah pula, murid Tahun 5 dan Tahun 6 akan kembali ke sekolah pada hari Rabu, 15 Julai 2020.

Manakala, tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4 adalah pada hari Rabu, 22 Julai 2020.

Di samping itu, keputusan penawaran kemasukan calon lepasan SPM 2019 ke Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2020 boleh disemak mulai hari ini melalui portal KPM dan akan mendaftar pada hari Rabu, 15 Julai 2020.

IKLAN

Dah Habis Tempoh ‘Honeymoon’, Sekolah Dibuka Semula 15 Julai Ini

Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah dan mana- mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan.

Dalam pada itu, bagi mengambil kira aspek penjarakan sosial, pengoperasian sekolah perlu dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan berbeza mengikut kapasiti dan keupayaan masing-masing mengikut model yang telah ditetapkan :-

IKLAN

Model pertama adalah Model Satu Sesi.

  • Model ini ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, setelah mengambil kira penjarakan sosial.

Model kedua adalah Model Dua Sesi.

  • Model ini ialah untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.

Model yang ketiga adalah Model Penggiliran.

IKLAN
  • Model ini ialah untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi. Kebanyakan sekolah di dalam kategori ini adalah sekolah yang terletak dalam kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi.

Bagi Model Penggiliran untuk sekolah menengah, murid Tingkatan 5 dan 6 perlu hadir ke sekolah setiap hari. Manakala kehadiran murid Tingkatan 1 hingga 4 perlu dibuat secara bergilir-gilir mengikut kelas atau aliran tertentu.

Dah Habis Tempoh ‘Honeymoon’, Sekolah Dibuka Semula 15 Julai Ini

Tambah beliau, untuk pusat tuisyen pusat bahasa, pusat perkembangan dan sebagainya boleh dibuka semula. KPM ingin memaklumkan bahawa semua Institusi
Pendidikan Swasta di bawah kategori pusat yang berdaftar dengan KPM boleh dibuka semula pada hari Rabu, 15 Julai 2020.

Nak beli barang tapi malas nak beratur kat kedai? Jom beli belah secara online di sini !

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI