Dah Februari Tapi Azam Nak Kurus Masih ‘Kelaut’? Belum Terlambat! 4 Menu Mudah Dengan Kiraan Kalori Ini Boleh Bantu Anda

Share

Tahun silih berganti, tapi azam tak berganti-ganti. Azam apa? Apa lagi kalau bukan azam nak kurus! Setiap kali kalau dah nekad, ada sahaja gangguannya. Kalau bukan disebabkan oleh orang sekeliling, nafsu makan sendiri pun jadi penyebab misi untuk ubah saiz badan gagal.

Januari dah terlepas, Februari pula baru muncul. Dari jauh ‘kelaut’ dietnya, jom kita mulakan sekarang!

Nak kurus, tak perlu nak tahan lapar tau, nanti lain jadinya! Sebetulnya hanyalah kena jaga portion yang diambil, iaitu ikut panduan piramid makanan atau yang selalu orang kata suku suku separuh. Malah ada juga sesetengah orang mengawal setiap kali kalori yang masuk ke dalam badan kita seperti resipi yang dikongsi oleh Nurul Izzah Zalani  di group Masak Apa Hari Ini (MAHN). Bukan sahaja kalori terjaga, makanan pun nampak sungguh menyelerakan. Jom tengok!

Antara Menu diet saya versi suhun. Yang saya selalu masak. Sedap n ringkas😋 Resepi saya dah tulis dekat setiap gambar✌🏻

RESEPI KERABU SUHUN

• Suhun – 35g (belum rendam)
• Udang – 6 ekor
• Sotong – 1 ekor saiz sederhana
• Bawang putih – 3 ulas
• Cili Padi hijau- 5 tangkai (dah pedas untuk saya🙂)
• Cili merah – 1 tangkai
• Akar daun ketumbar (1)+ daun ketumbar
• Limau nipis
• Air
• Gula / zero calories sweetener
• Garam
• Tomato (Hiris)
• Bawang Holland (Hiris)
• Serai (Hiris)

RESEPI SUHUN GORENG

• Suhun : 35g (belum direndam)
• Bawang putih : 2 ulas
• Bawang merah : 1/2 biji kecil
• Cili padi : 2 tangkai
• Udang kering : 5 ekor kecil
• Lada hitam biji : sedikit
• Isi ayam : 100g
• Sayur : kubis + carrot + taugeh
+ lada merah
• Telur – 1 biji (hiasan atas suhun)
• Minyak : 5ml
• Garam/ mushroom seasoning
• Air

1️⃣ kisar dengan sedikit air ( bawang putih + merah + cili padi + udang kering + lada hitam)

2️⃣ Tumis sehingga sedikit kering (tak lah pecah minyak sbb minyak sikit✌🏻)

3️⃣ Letak ayam + carrot sehingga masak. Letakkan suhun yang direndam sekejap (masa rendam jangan sampai lembik biar kenyal sikit) bersama air suhun yg direndam. Gaulkan kesemua sekali sehingga suhun dah kering. Masukkan sayur yang lain. Masukkan garam & done.

5️⃣ Buat telur gulung lepastu potong & hias atas suhun goreng. (Non-stick pan) + bawang goreng sedikit

My tips: kalau tak nak suhun bergumpal waktu masak, masa awal2 je guna sudip. Lepastu guna lah chopsticks/ garfu untuk leraikan suhun. Kalau guna sudip sampai akhir nanti dia bergumpal. Ni saya punya tips lah. Kalau ade tips lain. Pls comment ye😉 jangan rendam suhun lama. Nanti lembik sbb waktu masak nanti ade air . Masak hingga kering.

MIANG PLA PAO: 2 orang makan

RESEPI IKAN GORENG AIR FRYER
• Ikan Siakap
• Serbuk Kunyit
• Garam
• Minyak: 5ml

1️⃣Kelar ikan dan lumurkan garam, kunyit & minyak

2️⃣ AIR FRYER
Suhu: 180 °C
Masa : 16 minit (8 minit bahagian atas 8 minit bahagian bawah) nak garing lagi, tambah masa.

RESEPI SOS HIJAU
• Bawang Putih : 3 ulas*
• Batang akar ketumbar : 1 batang *
• Daun ketumbar: sedikit*
• Cili padi hijau : 6 tangkai (ikut kepedasan yang disukai)*
• Cili hijau besar : 1 tangkai (saiz kecil)*
• Jus limau nipis
• Garam
• pemanis zero calories sweetener (e.g.: sucralose)
• Air

1️⃣ Blend kesemua bahan bertanda * & letak air ikut kepekatan yang disukai. Tambah jus limau nipis + pemanis + garam.

SUHUN
• 45g yang belum direndam

SAYUR
• Coral lettuce
• Timun
• Carrot
• Daun ketumbar
• Cherry tomatoes

RESEPI SUP TELUR SUHUN
• Bawang putih (hiris)
• Bawang merah (hiris)
• Cili besar merah (hiris)
• Akar ketumbar : 1 batang akar
• Dada ayam: 50g (sedikit)
• Sayur: brokoli, kubis bunga, cendawan tiram
• Fucuk Suhun: guna 1 packet terus
• Telur: 2 biji
• Garam
• Air

1️⃣ Masak tanpa tumis. Masukkan kesemua bahan & done✅

Sumber : Nurul Izzah Zalani  via MAHN