Dah Dekat Nak Bersalin, Ayda Jebat Makin Tak Lena Tidur. “Sikit Je Lagi Baby”

Share

Penyanyi, Ayda Jebat yang kini berada di trimester ketiga kehamilannya mengakui tidurnya kini semakin tidak selesa. Dan itulah yang kerap berlaku kepada ibu hamil lain.

Malah kongsi Ayda lagi menerusi Instagramnya, waktu tidurnya seakan serba tidak kena, lebih-lebih lagi dihujung kehamilannya.

Tidak hanya tidur terganggu, bahkan kata Ayda lagi, keadaan dirinya kerap keletihan dan tidak mampu berdiri terlalu lama.

“Dah hujung-hujung ni sis tidur tak lena, ke kiri salah, ke kanan salah.

“Berdiri lama-lama penat, duduk lama sakit pinggang pulak, nak makan pun mengah. Tendang tendang jangan cakapla,” katanya berkongsi.

Berkongsi kisah kelahiran anak sulungnya yang lahir 18 hari lebih awal, Ayda turut menanti kelahiran anak keduanya ini dengan penuh debaran.

Bimbang anak kedua yang ditunggu semua ini turut sama lahir lebih awal dari tarikh jangkaan pada awal Januari nanti.

“Sikit je lagi baby. Dulu @ananaylaofficial keluar 18 hari awal.

“Yang ini kita kira nanti. Mommies beranak on time tak?,” tulis Ayda Jebat lagi.

Menerusi satu perkongsian Ayda di Instagramnya, ibu kepada Ana Nayla ini juga turut mengalami masalah pedih ulu hati atau heartburn.

“Less than 2 months to go tapi macam tak boleh tahan dah. Haha! Mommies pun macamni kan?

“Also now tengah heartburn sangat. Ada tips tak untuk elakkan heartburn? Now saya dah stop makan pedas, makan kunyah slow, tidur memang duduk la cerita dia haha,” tulisnya lagi.

Terdahulu pada Julai lalu, Ayda Jebat mengumumkan kehamilan keduanya yang ketika itu mencecah usia lima bulan. Ayda turut mempunyai seorang cahaya mata, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun lebih.

 

Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club