Hujung minggu lah ada masa nak masak sedap-sedap bagi ibu yang bekerjaya. Sama juga yang surirumah, bila weekdays nak urus rumah, nak urus anak-anak. Kalau weekend boleh minta suami tengokkan.
Yang mana weekend ni rasa nak masak sedap-sedap tu, boleh cuba buat nasi daging ni. Mudah je tau, yang pasti menjadi!
Kali pertama mencuba terus jatuh cintaaa😍😍 Sedap sangat nih …Nasi Daging Utara…Daging lembut…Nasi pun cantik helok lembut…akan repeat lagiiii….
•2sudu minyak sapi + minyak masak 2sudu
•Bwg Besar 2 biji*
•Bwg Putih 6 ulas*
•Halia 3inchi*
**Mayang halus bahan*
•4sekawan
Kulit kayu Manis/Bunga Lawang/BungaCengkih/Buah Pelaga
•Rempah Kurma 2sudu
•2 helai daun pandan
•tomato 2bj
•susu cair 3/4 tin
•3/4 sudu penuh garam
•sedikit cukup rasa
•Air rebusan daging
•Daun Ketumbar
Ads
Cara-caranya :-
– Tumiskan 4sekawan, bhn* yg dimayang, garingkan masukkan daun pandan dan rempah kurma. Masuk air rebusan air 4 1/2 cwn pot yg sama dan susu cair. Didihkan sekejap masukkan garam, cukup rasa & tomato.
– Toskan beras basmathi ke periuk nasi dan masukkan tumisan dan daging yg dh direbus empuk. Last sekali bila nasi dh masak baru masukkan daun ketumbar. Nasi akan helok gebu dan wangi 😊
– Nasi tu jgn dikacau masa sedang masak utk elakkan beras patah..😉
– Resepi nasi sy ni lembut skit..klau nk nasi berderai kurgkan 1/2 cawan air rebusan daging
Resepi air asam kerisik bawang
Bawang besar 2biji
Tomato 2 biji
Cili api 10biji
Air asam Jawa 1 mangkuk
Kerisik 3 sudu
Belacan bakar
Garam
Gula
Cukup rasa
Ads
Resepi Rendang Telur
Bahan A
10bj Bawang Kecik
5 ulas Bawang Putih
3 inchi Halia
2 Btg Serai
** Blender lumat
Bahan B
1/2 genggam Cili Api
1 ketul Kunyit Hidup
**Blender lumat
5bj telur – direbus
1 Btg serai diketuk
2 senduk Cili blender
3 sudu Kerisik
Santan kotak
2 helai Daun Kunyit
1 kpg Asam Keping
Garam
Gula
Cukup Rasa
Caranya :
Tumis Bahan A & 1btg serai yg diketuk garingkan, mskkan cili blender garingkan sekejap baru mskkan Bahan B, garingkan betul2 baru msk garam, santan dan tambah air. Last sekali perasakan dgn gula, cukup rasa, daun kunyit,asam keping dan mskkan telur, kacau sekejap, siap.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika anak-anak kita suka makan pulut tentu juga mereka suka jika disajikan kuih seri muka yang mempunyai rasa lemak pulut dan beraroma pandan.
Cara penyediaannya bahannya juga cukup mudah, dengan hanya menggunakan sukatan cawan yang sama akan memberikan hasil adunan kuih yang sempurna.
Ini sebagai resipi yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha, bolehlah dijadikan panduan untuk menyediakan kuih seri muka yang enak dan cantik sempurna.
Bahagian bawah
3 cawan pulut
2 cawan santan
Secubit garam
(Cuci pulut toskan masukkan santan dan garam kukus dalam talam selama 25minit) kemudian angkat penyek-penyek bagi padat
Bahagian atas
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 1/2 cawan gula pasir
Setengah cawan air pandan (kisar daun pandan)
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Secubit garam
Cara buat :
1.Masukkan semua bahan-bahan blend. Kisar adunan hingga halus.
2. Kemudian masukkan ke dalam pulut yang telah dapadatkan.
3. Kukus 30 minit. Siap.
Ekstra info : Boleh guba cawan apa-apa asalkan sukatan guna cawan yang sama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Teringin pula nak makan nasi minyak kan, kalau sebelum ini setiap kali kenduri menu yang satu ni pasti takkan tercicir. Pekena pula dengan ayam masak merah dan acar memang lengkap selera.
Namun sekarang ni pasti susah kan tunggu jemputan kenduri, apa kata buat sendiri je resipi ini. Tak susah pun, pasti menjadi.
Jom cuba resipi perkongsian dari Hidayati Hana ini. Selamat mencuba!
Nasi Minyak Simple digandingkan dgn Ayam masak Merah, Kurma Ayam Kentang, Acar Mentah Timun Karot dan Papadom lunch arini
Resipi Nasi Minyak 👇
3 cwn beras basmathi
1 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
1 inci halia
Rempah 3 sekawan – kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga
2 sdb mentega/ minyak msk
1 kiub pati ayam
1/2 cwn susu cair
2 helai daun pandan
Bawang goreng hiasan
Cara membuat:
Beras direndam dulu lebih kurang 30 minit dan toskan airnya
Panaskan mentega tumis bwg dan halia yg telah diblend
Masukkn 3 sekawan dan daun pandan
Bila bwg da garing masukkn susu cair, air, kiub pati ayam dn garam
Tuangkan dlm periuk nasi
Biarkan nasi masak seperti biasa
Biiarkan 5 minit baru gembur2kan nasi guna garfu supaya nasi tak patah
Taburkan bwg goreng
Dah siap
Ayam Masak Merah
1/2 ekor ayam
2 cwn cili kisar
1 biji bwg besar*
4 ulas bwg putih*
1 inci halia*
4 ulas bwg merah (dihiris halus)
Rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, pelaga , bunga lawang)
2 sdb sos cili
1 sdb sos tiram
1 sdb sos tomato
1 cwn air
Garam dan gula secukupnya
Hiasan- daun bwg/daun ketumbar
*bahan kisar
Cara membuat:
Ayam digaul dgn serbuk kunyit+garam dan goreng hingga msk
Guna minyak goreng ayam td goreng bwg merah yg da dihiris td dan angkat ketepikan
Tumiskan bahan kisar dan rempah 3 sekawan
Bila da naik bau, masukkn cili kisar
Tumis hingga cili garing
Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram
Masukkan air
Perasakan dgn garam dn gula
Bila da mendidih masukkn ayam dan biarkan seketika
Taburkan bwg merah goreng td dan tutup api
Hiaskan dgn daun ketumbar/ daun bwg
Kurma Ayam + kentang
Beberapa ketul Ayam dipotong kecil
2 biji kentang
1 biji lobak merah
1 biji tomato
1/2 kotak santan
1 peket rempah kurma
Minyak utk menumis
Gula dn garam
Air secukupnya
Bahan tumis
1 biji bunga lawang, sedikit kulit kayu manis
5 biji bwg merah *
3 ulas bwg putih*
1/2 inci halia *
*dihiris halus
Cara membuat:
Tumis bahan2 hiris dan biarkan hingga naik bau
Masukkn rempah kurma an air sedikit
Masak hingga naik minyak
Masukkn ayam, ubi kentang, karot
Masukkn santan + sedikit air
Biarkan mendidih
Masukkn garam secukup rasa
Biarkan kuah msk hingga pekat sedikit dan da siapp
Masukkn cili merah/ cili hijau jika suka
Acar Mentah (Jelatah)
1 biji timun
1 biji karot
1 -2 biji cili merah
2 biji bwg merah
sedikit cuka mkn
Garam dn gula
Gaulkan semua bahan dan hidangkan
Menjaga pemakanan sihat adalah amat penting bagi memastikan kita sihat tubuh badan. Malah ia membantu kita mengelak daripada sebarang serangan penyakit. Melalui perkongsian oleh Mizhana Padzi menarik untuk di kongsi bersama apabila menyediakan resipi makanan sihat.
Sedikit bawang merah dan bawang putih untuk tumisan
1sb Minyak masak Caroteno
10 ekor udang digaul sedikit garam pink himalaya
4 warna sayur : make sure ada warna PUTIH, MERAH, KUNING, OREN. Mizhana pilih kubis bunga, baby jagung, capsicum 3 warna dan cendawan.
Anda juga boleh gantikan dengan brokoli, carrot, cendawan dan kacang buncis atau kacang peas serta tomato dan kubis purple
Panas kan minyak. Jika tak mahu guna minyak, anda guna boleh guna air untuk tumis bawang dan masak udang. Ya ia kaedah masakan yang sihat dengan rasa yang sama. Cubalah!
Psst ..tapi air pun masukkan sedikit sahaja sama macam minyak. Just untuk tumisan bukan nak rebus.
Masak udang sebentar
Masukkan bawang jika anda rasa udang sudah separuh masak. Udang gak perlu masak sepenuhnya sebab nanti ada sesi steam sayur
Apabila bawang dah wangi masukkan sayur yang keras dan lambat lembut dahulu seperti kubis bunga dan baby jagung ni
3 Tips Penting Cara Masak Sayur Secara Sihat
1. Pilih sayur yang berwarna
Seringkali kita asyik makan sayur bewarna hijau saja sedangkan tubuh kita perlukan pelbagai nutrients dari makanan yang boleh didapati dari sayur sayuran yang pelbagai warna.
Menurut Dr. Hyman, untuk mencegah kanser kita perlu makan sayur sekurang kurangnya 3 warna setiap hari #eat_a_rainbow…itu kuncinya.
Sayuran yang bewarna merah penting untuk kesihatan immune, sel, dan mata.
Jadi dalam resipi ini Mizhana pilih baby capsicum yang bewarna merah, kuning dan oren serta baby jagung
Kebaikan sayur bewarna kuning dan oren adalah ia kaya beta carotene, lycopene dan lutein yang penting untuk kesihatan prostate dan penghasilan sel darah putih yang membantu melawan penyakit dengan mudah!
2. Pilih sayur yang banyak air.
Sayur yang banyak air adalah sayur kategori berbatang bukan berdaun.
#waterrichfoods ..itu kuncinya. Ia penting kerana not eating enough water rich foods juga boleh menyebabkan masalah keletihan, muscle cramps, low blood pressure, skin problems and sering pening dan mudah pitam.
Sebab tu dalam resipi ni Mizhana pilih sayur capsicum, kubis bunga dan baby jagung dan cendawan. Semua sayur ini tinggi air.
3. Wajib campur cendawan dalam masakan sayur anda.
Setiap masakan yang ditambah cendawan, terus naiCendawan adalah sayur yang paling enak dan mudah ditambah dalam mana mana masakan.k aroma kuah masakan dan perasa masakan tersebut secara semulajadi, even tanpa tambahan MSG dan kiub pati ayam
Tapi rahsia kesihatan masyarakat Jepun dan Cina sebenarnya adalah they really love cendawan. Sebab tu kalau musim perayaan Cina, anda akan tengok di pasaraya banyak promosi mix mushrooms dari pelbagai spesis yang anda tak pernah jumpa.
Hanya masyarakat Cina yang peka dengan khasiat cendawan untuk kesihatan, kecantikan dan panjang umur.
So untuk dan cara masakan, rujuk gambar di bawah ya
Mizhana Padzi Health Coach Mizhana Naturopath & Nutritionist
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.