“Dah Boleh Rehat Tu, Ni Time Anak-Anak Mama Buat Kerja. Mama Lepak Tengok Gelagat Cucu.” Syahdunya Ucapan Ahya Buat Normah Damanhuri!

Share

Lakonannya yang hebat selama ini akhirnya mendapat penganugerahan bila mana dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik Wanita Filem  baru-baru ini menerusi Anugerah Skrin 2018.

Kegembiraan tersebut turut dikongsikan oleh anak lelakinya yang bernama Ahya Rosli menerusi laman instagramnya. Ahya yang menemani ibunya pada malam anugerah tersebut meluahkan kata-kata yang menyebabkan pengikut di instagramnya turut terharu dan bersetuju dengan aktor tinggi lampai ini.

“Alhamdulillah thanks Allah. Bukan senang nak dapat award. Kita kena ikhlas jujur buat kerja. Manusia sekeliling melihat dengan mata apa sahaja yg kita buat. Menyampaikan berita yang baik2.

“Ini semua buatkan allah syg kat kita. U are the best mama. Dah boleh rehat dah tu. Ni time anak2 mama je buat kerja. Mama lepak je kat #normahvilla tengok gelagat cucu2. Hehehe. I love u so much mama,” tulis Ahya dikapsyennya.

Norman Damanhuri antara pelakon veteran yang cukup berbakat dan berilah apa sahaja watak pasti akan dibawanya dengan baik dan berkesan sehingga meninggalkan impak pada penonton.

Dengan kemenangan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem Pinjamkan Hatiku, kejayaan tersebut sedikit sebanyak menaikkan semangatnya untuk meneruskan kerjayanya selain menjadi inspirasi kepada pelakon baru.

Pengikut Ahya turut memberi respond pada perkongsian tersebut. Masing-masing meninggalkan ucapan tahniah atas kemenangan tersebut.

canceloppa Dr kecil dbesar dgn drama2 lakonan pelakon hebat normah .. slalu blakon jd org org baik.. tahniah kak normah damnhuri.

aley_azami Congratulations mama you’re the best ?

chemanggisempire Kene nak suh stop mama u memang pelakon terbaik n the best in world pelbagai watak bole bawak dari kaya sampai ke miskin dari baik hingga la jahat.

armizikamaruddin Lakonan mamanye memng best..watak jahat ke baik ke…semua masuk…congrast @normahdamahuri

myvariyan Proud moments ❤️ congrats to your mom and you .

yoyo7383 U deserved it!!!??? best forever mama..?

profzam1136 Tahniah…mmg patut pun dpt.. Xsia2 pengorbanan selama ini….

ardylliashareenazzuandy Congrats bonda . My fav actress . Tak pernah tak kupas bawang kalau bonda dlm lakonan yg sedih ?

Perkongsian Ahya ini turut mendapat respond dari ibu kesayangannya itu yang turut meninggalkan komen di status tersebut.

normahdamanhuri love you more darling..anak soleh mama.. ??????

Sumber: IG ahyarosl