Lakonannya yang hebat selama ini akhirnya mendapat penganugerahan bila mana dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik Wanita Filem baru-baru ini menerusi Anugerah Skrin 2018.
Kegembiraan tersebut turut dikongsikan oleh anak lelakinya yang bernama Ahya Rosli menerusi laman instagramnya. Ahya yang menemani ibunya pada malam anugerah tersebut meluahkan kata-kata yang menyebabkan pengikut di instagramnya turut terharu dan bersetuju dengan aktor tinggi lampai ini.
“Alhamdulillah thanks Allah. Bukan senang nak dapat award. Kita kena ikhlas jujur buat kerja. Manusia sekeliling melihat dengan mata apa sahaja yg kita buat. Menyampaikan berita yang baik2.
Ads
“Ini semua buatkan allah syg kat kita. U are the best mama. Dah boleh rehat dah tu. Ni time anak2 mama je buat kerja. Mama lepak je kat #normahvilla tengok gelagat cucu2. Hehehe. I love u so much mama,” tulis Ahya dikapsyennya.
Norman Damanhuri antara pelakon veteran yang cukup berbakat dan berilah apa sahaja watak pasti akan dibawanya dengan baik dan berkesan sehingga meninggalkan impak pada penonton.
Ads
Dengan kemenangan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem Pinjamkan Hatiku, kejayaan tersebut sedikit sebanyak menaikkan semangatnya untuk meneruskan kerjayanya selain menjadi inspirasi kepada pelakon baru.
Pengikut Ahya turut memberi respond pada perkongsian tersebut. Masing-masing meninggalkan ucapan tahniah atas kemenangan tersebut.
canceloppa Dr kecil dbesar dgn drama2 lakonan pelakon hebat normah .. slalu blakon jd org org baik.. tahniah kak normah damnhuri.
chemanggisempire Kene nak suh stop mama u memang pelakon terbaik n the best in world pelbagai watak bole bawak dari kaya sampai ke miskin dari baik hingga la jahat.
Siapa tidak kenal dengan pasangan selebriti popular yang cukup disenangi ramai iaitu Fattah Amin. Fattah merupakan anak sulung mempunyai mempunyai tiga adik perempuan, Farhana, Raihan dan Intan serta seorang lagi adik beradik lelaki, Farhan.
Muat naik terkini pelakon terkenal kesayangan ramai, Fattah yang juga merupakan suami kepada Nur Fazura yang juga pelakon mengundang sebak peminat aktor ini di media sosialnya. Dalam pada itu, Fazura juga dilihat turut berkongsi maklumat yang sama di Instastorinya.
Perkongsian ini telah mengundang sebak wargamaya setelah mengetahui penyakit anak suadara pelakon ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Fattah memuatnaik foto anak saudaranya, Wan Muhammad Naail dengan alat bantuan pernafasan dengan menitipkan doa dipermudahkan urusan dan kesihatan.
Sebelum itu, ibu kepada Nail merupakan adik ke tiga kepada Fattah Amin, Raihan telah memuat naik kenyataan memohon bantuan rawatan buat anak ketigannya itu.
“Moga Allah bantu permudahkan urusan adikku dan kesihatan baby Naail.”
Menurut Raihan, Nail memerlukan rawatan sebelum usia anaknya masuk 6 bulan. Tidak pernah berkongsi mengenai kesihatan anaknya sebelum ini, Raihan memberitahu Nail mempunyai masa hanya dua bulan sahaja.
Katanya, ubat yang paling berkesan untuk merawat anaknya adalah Ubat Zolgensma berharga lebih kurang RM9 juta.
Hati ibu ayah mana yang tidak sebak melihat kesakitan yang ditanggung oleh anak yang memerlukan kos yang sangat tinggi. Dia dan suami telah mengambil keputusan untuk memohon sumbangan orang ramai untuk bantuan rawatan anak kesayangannya.
Raihan berharap sumbangan orang ramai dapat meringankan beban keperluan anaknya dan memohon mendoakan kesejahteraan buat anaknya.
UBAT ZOLGENSMA PALING MAHAL DI USA
“Treatment plan untuk Naail perlu buat sebelum Naail masuk 6 bulan. Ada masa 2 bulan sahaja lagi.”
“Ubat paling efektif adalah Gene Theraphy, iaitu Ubat Zolgensma yang harganya mencecah 1.9 million USD lebih kurang RM9 juta.”
“Dengan itu, kami ibu ayah adik Naail ingin memohon sedikit bantuan untuk rawatan penyakit anak kami.”
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun ibu Naail: MAYBANK 512334355235 SITI NORRAIHAN MOHD AMIN Ref: Sumbangan Naail
“Genap usia 4 bulan, result genetik keluar dan anak kami Wan Muhammad Naail disahkan mempunyai sakit genetik, SPINAL MUSCULAR ATROPHY (SMA) type 1.”
“Kami sudah bersiap sedia dan positif sebelum doktor bagitahu kami, namun air mata tetap mengalir apabila doktor mengatakan, tanpa penjagaan yang Rapi, hampir 95% pengidap SMA type 1 tidak akan dapat survive sehingga umur 2 tahun.”
“SMA adalah sejenis penyakit berkaitan saraf yang pergi ke seluruh otot badan. Kerana tiadanya DNA SMN1 yang berupaya memanjangkan hayat saraf cabang ini, menyebabkan saraf-saraf ini boleh mati.”
“Dan kesannya, pergerakan baby semakin lemah termasuk otot-otot organ seperti paru-paru. Penyakit ini diketegorikan sebagai Rare Disease, penyakit jarang jumpa. (Boleh google)”
“Dari segi ubat. Ianya ada 3 jenis ubat. Dan ubatnya sangat mahal. Ubat paling efektif adalah Gene Theraphy, iaitu Ubat Zolgensma yang harganya mencecah 1.9 million USD lebih kurang RM9 juta. Ianya diketegorikan Ubat paling mahal di USA. (Boleh google)”
Untuk makluman, Raihan dan suami melangsungkan perkahwinan mereka kira-kira 5 tahun lalu dan dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu Dua lelaki dan seorang perempuan.
Meninjau diruangan di komen rata-rata wargamaya meluahkan rasa sebak dengan penyakit anak saudara aktor berkenaan. Ramai menitipkan doa supaya bayi Nail diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan.
Selamat datang tahun 2020! Pastinya bila tahun baru, bermakna ada azam baru yang ingin direalisasikan untuk tahun tersebut. Apatah lagi bila bercakap tentang tahun 2020, ianya begitu istimewa dan unik sekali.
Sejak zaman kanak-kanak lagi kita tertunggu-tunggu untuk berada di tahun 2020 ini, dan alhamdulillah hari ini kita direzekikan dengan usia yang panjang hidup bersama pasangan dan keluarga tercinta.
Oleh itu, apa sebenarnya azam anda dan pasangan ye untuk tahun ini?
Andai masih keliru, ini disenaraikan 12 azam yang wajar anda dan pasangan lakukan bersama demi hubungan yang membahagiakan. Nak tahu lanjut, jom hadam perkongsian dari Saudara Akhtar Syamir ini yang dikongsikan baru-baru ini di akaun fbnya.
Jom semak.
2020 hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. Pelbagai azam tahun baru kita sudah fikirkan. Banyak juga azam tahun-tahun lepas yang kita gagal tunaikan.
Tapi perasan tak yang kebanyakan azam kita itu bersifat individu? Apa kata tahun 2020 ini kita terbitkan azam untuk tingkatkan kualiti perhubungan suami dan isteri juga?
Pada pendapat saya, segalanya bermula dari rumah. Prestasi kita di luar, di tempat kerja, perniagaan, perhubungan dengan orang lain, saudara-mara, adik beradik dan sebagainya, banyak bergantung kepada betapa harmoni dan gembiranya keluarga kita.
Jadi, tidak keterlaluan jika tahun ini kita berazam untuk perhubungan yang lebih berkualiti. Mari kita lihat, bagaimana pecahan azam perhubungan suami isteri.
Kita mulakan dengan deria yang ada pada diri kita.
1. Mata dan Penglihatan – Berazamlah untuk mula melihat gaya tubuh dan air muka pasangan kita. Jika geraknya longlai dan lemah, dia sedang penat. Kita beri dia rehat. Jika pergerakannya agresif, dia sedang marah dan kita beri dia ruang dan masa. Jika mukanya berkerut, dia sedang risau. Kita peluklah dan serap kerisauannya.
2. Telinga dan Pendengaran – Berazamlah untuk mula mendengar. Sama ada suami atau isteri, ada percakapannya yang jelas dan ada percakapannya yang disebut SEKALI sahaja. Mula fokus pada yang sangat jarang disebut itu kerana besar kebarangkalian, itu hasrat hatinya yang paling utama tetapi disimpan.
Mula mendengar dengan teliti apa yang pasangan ungkapkan supaya tiada maklumat yang tertinggal dan boleh mencetus keadaan tegang yang sia-sia di dalam perhubungan.
3. Hidung dan Bau – Berazamlah untuk sentiasa wangi apabila bersama pasangan. Bau badan, bau mulut dan bau ketiak adalah antara bau yang selalu diabaikan bila berada di rumah. Bau yang menyenangkan bakal membawa lebih kemesraan dan jangan sekali-kali memandang rendah kepentingan kemesraan ini.
4. Kulit dan Sentuhan – Berazamlah untuk selalu menyentuh pasangan. Tidak kira sama ada pegang tangan, pinggang, bahu atau pelukan. Semuanya baik untuk lebih intim. Mulakan di rumah. Sekali sekala apabila berjalan di luar pula, cuba tarik tangan pasangan. Kalau tak boleh lama, sekejap pun sudah mencukupi.
5. Lidah dan Rasa – Berazamlah untuk selalu makan di rumah. Banyak kebaikan makan di rumah sebagai contohnya bahan-bahan yang lebih baik berbanding di luar. Jika anda pandai masak, teruskan memasak. Jika anda kurang pandai, cari inisiatif untuk menambah kemahiran memasak. Terlalu banyak resipi yang mudah untuk dibuat. Saya pasti suami atau isteri akan hargai kesungguhan anda menyediakan makanan buat pasangan.
Selesai bab deria luaran. Kita sentuh pula bab emosi.
6. Tidak kira suami atau isteri, berazamlah untuk mula menjaga emosi pasangan. Jika dia sedang marah, jangan ditambah marahnya. Jika dia sedang sibuk, jangan mengganggunya dengan perkara yang penting. Jika dia terlalu penat, dia perlukan rehat. Jangan dipaksa-paksa.
7. Sebut mengenai rehat, berazamlah untuk mengambil berat masa rehat isteri. Sama ada yang bekerja atau suri rumah. Kedua-duanya penat, penat dan penat. Mereka memang penat dan suami kena mula bantu buat kerja-kerja di rumah. Pilih apa sahaja yang anda boleh biasakan buat dan selalulah buat. Apa sahaja yang boleh memudahkan urusan isteri, itu adalah yang terbaik.
8. Komunikasi yang baik bakal menentukan tahap kualiti perhubungan suami isteri. Berazamlah untuk mula bercakap dengan pasangan. Tanya bagaimana harinya. Tanya apa yang ingin dilakukan nanti. Berbuallah. Berterus teranglah. Berilah teguran dengan baik dan terimalah teguran dengan baik juga. Amalkan komunikasi yang jelas dan tidak disembunyi-sembunyikan.
9. Pujian dan penghargaan adalah elemen penting dalam meningkatkan kualiti perhubungan. Berazamlah untuk memuji pasangan. Dari sekecil-kecil perbuatan, sehinggalah sebesar-besar pengorbanan. Bukan pasangan tidak tahu, tetapi pasangan suka untuk mendengarnya dari mulut orang yang dia cintai sebenarnya. Pujian juga memberi semangat untuk pasangan melakukan sesuatu dengan lebih ikhlas dan gembira.
10. Berazamlah untuk mengendalikan sesuatu isu dengan lebih baik. Kadang-kala, apabila masalah timbul, kita panik dan benda yang kecil boleh jadi pergaduhan yang besar. Fokus pada penyelesaian masalah dan bukannya mencari siapa yang betul dan siapa yang salah. Membincangkan dan membetulkan yang salah bukanlah satu pertengkaran. Tidak perlu anggap ia begitu. Anggaplah ia sebagai suatu perbincangan yang tidak dipengaruhi emosi.
11. Berazamlah untuk menjaga ketrampilan pasangan. Yang suami, pastikan keperluan penjagaan isteri mencukupi dan isteri, sentiasalah menjaga pemakaian dan penampilan suami. Ia perlu seiring.
12. Yang paling penting. Berazamlah untuk menjaga solat dan mementingkan solat berjemaah bersama pasangan. Solat bersama ini terlalu banyak kebaikannya. Jangan amalkan solat berasingan. Jika ada kesempatan bersama di rumah, solatlah bersama.
________________________________
Itulah serba sedikit cadangan azam tahun baru untuk pasangan suami isteri. Semoga tahun baru ini menjadikan ikatan perhubungan kita semua semakin erat. Ikatan yang erat tidak akan terkesan dengan anasir luar yang merosakkan. Jadikan perhubungan dengan pasangan lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.
Meskipun zaman sudah moden, bukan bererti kita tidak lagi mengamalkan budaya minum herba atau jamu untuk tujuan penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Malah tidak keterlaluan jika dikatakan sekarang ini seakan menjadi trend ramai antara kita kembali mengamalkan jamu.
Bercerita tentang jamu atau minuman herba untuk awet muda, bukan sahaja wanita suka mengamalkannya.
Malah kaum lelaki juga tidak terkecuali, seperti Johanis Haslan yang turut berkongsi minuman herba kegemarannya yang sering dihasilkan sendiri untuk tujuan kesihatan dan awet muda.
Nak tahu apa ramuannya, jom teliti bahan dan cara penyediaannya. Jadi bolehlah disediakan untuk En Suami, pasti suami hargainya.
Bahan-bahan :
Kunyit
Halia
Daun Sirih
Temu Kunci
Kencur
Asam jawa
Lemon
Gula Organik
Kulit Kayu Manis
Cara penyediaan :
Masukkan semu bahan di dalam pengisar.
2. Kisar halus.
3. Rebus hingga mendidih.
4. Kemudian tapis dan biarkan suam sebelum diminum.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.