Sebenarnya, nak masak tak susah pun. Tapi yang susahnya, nak sediakan prepnya, atau bahan masakannya. Betul tak?
Lagi-lagi kalau melibatkan cili kering. Nak potong dia tu, alahai sabar jela nak kena hadap satu-satu nak memotongnya! Dari rajin nak masak, terus terbantut dek nak menghadapnya.
Nak beli kat luar, tak sesedap buat sendiri. Dah tu, terpaksalah buat juga ye!
Tapi…. Sekarang tak payah dah! Ikut je cara mudah dari Mohd Ahzad Bin Nadirun ni. Siapa yang ada chopper kat rumah, boleh tiru!
Saya nak share cara mudah & cepat untuk buang biji cili kering sempena PKPB yang bermula esok.. 😁😁😁
Senang je tak payah potong/gunting satu2.. Jimat masa, tangan pon tak pijar..
Cara-caranya :-
1. Masukkan je semua ke dalam chopper gini.. Isi la banyak mana korang nak..
2. Penuhkan pon xde masalah.. Pastu tekan je jangan lama2 sgt.. Nanti hancur jadi cili flakes pulak..
3. Nampak.. Terkeluar semua biji dia…
4. Pastu tapis gini.. Tak tapis pon xpe.. Blh terus rebus je..
5. Tadaaa!! Banyak kan biji dia.. Sekejapan je kerja.. Sonang..
6. Masuk periuk, rebus untuk lembutkan dia… Nak rendam dgn air panas je pon blh, tapi lambat sikit la nak lembut..
7. Ni lepas rebus, saya cuci.. Cantik kan.. Sutir biji pon xde..
8. Pastu masa blend saya tak boh bnyk air.. Sbbnya nanti masa masak/menumis abes percik satu dapur kalau boh air bnyk2..
9. Tu dia dah siap.. Tak sampai 10minit pon 😝 PKPB ni rajin2 la tolong bini kat dapur ye.. Nasib baik 4 minggu, kalau sebulan… 🥴
Nak tambah gajet dapur yang super berbaloi? Meh tengok kat sini !