Sebenarnya, nak masak tak susah pun. Tapi yang susahnya, nak sediakan prepnya, atau bahan masakannya. Betul tak?
Lagi-lagi kalau melibatkan cili kering. Nak potong dia tu, alahai sabar jela nak kena hadap satu-satu nak memotongnya! Dari rajin nak masak, terus terbantut dek nak menghadapnya.
Nak beli kat luar, tak sesedap buat sendiri. Dah tu, terpaksalah buat juga ye!
Tapi…. Sekarang tak payah dah! Ikut je cara mudah dari Mohd Ahzad Bin Nadirun ni. Siapa yang ada chopper kat rumah, boleh tiru!
Saya nak share cara mudah & cepat untuk buang biji cili kering sempena PKPB yang bermula esok.. 😁😁😁
Senang je tak payah potong/gunting satu2.. Jimat masa, tangan pon tak pijar..
Cara-caranya :-
1. Masukkan je semua ke dalam chopper gini.. Isi la banyak mana korang nak..
Ads
2. Penuhkan pon xde masalah.. Pastu tekan je jangan lama2 sgt.. Nanti hancur jadi cili flakes pulak..
3. Nampak.. Terkeluar semua biji dia…
4. Pastu tapis gini.. Tak tapis pon xpe.. Blh terus rebus je..
Ads
5. Tadaaa!! Banyak kan biji dia.. Sekejapan je kerja.. Sonang..
6. Masuk periuk, rebus untuk lembutkan dia… Nak rendam dgn air panas je pon blh, tapi lambat sikit la nak lembut..
Hidup ini ada kala terasa senang dan bahagia, sekali sekala didatangkan ujian yang terasa begitu perit dilalui.
Pun begitu dalam menempuh ujian dan dugaan, kita perlu faham kenapa adanya ujian. Andai tidak difahami dengan jelas, bimbang kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih sedih lagi bersangka buruk dengan Allah.
Tidak mahu terjadi begitu, perkongsian daripada seorang suami ini mungkin boleh dijadikan inspirasi bagi anda sekiranya saat dan ketika ini berdepan dengan ujian diberhentikan kerja.
Ini perkongsiannya.
Bila diberhentikan kerja, saya tahu ia adalah satu perasaan yang amat buruk.
Sudah hampir dua minggu saya tak datang kerja, tak lapor diri, tinggalkan kerja kerana masa tu isteri baru bersalin anak kedua, carah.
Gambar hiasan
Saya dapat sms,
“Dimaklumkan bahawa staf bernama Muhammad Abu Hurairah Bin Roslan sudah di tamatkan perkhidmatan serta merta. Harap maklum”
Masa tu, saya dalam perjalanan naik komuter ke Kuala Lumpur mengajar nasyid. Masa tu memang saya ambil job mengajar nasyid di tadika untuk menampung anak isteri yang menumpang rumah abang ipar.
Down.
Satu persatu, rasa asa ini dipatahkan. Terdiam sahaja dalam perjalanan ke tempat mengajar.
Bermula lah perjalanan saya dalam menjadi suami dan lelaki realiti.
Satu hari, masa saya berjalan-jalan tiada arah di kotaraya, saya nampak ramai orang berkumpul. Oh, ada pertandingan gusti lengan. Hadiah dia lumayan. Saya nampak tempat ketiga saja sebab tahu saya tak kuat mana. RM300 hadiah dia. Sempena pembukaan Kedai komputer Dell.
Saya daftar yuran RM5 dan lawan.
Saya tak pasti dari mana kekuatan untuk sampai ke separuh akhir dan dapat tempat ketiga. Wang tunai RM300 dalam tangan. Cuma nak genggam duit tu tak boleh sebab tapak dan lengan bengkak melawan tadi.
Balik rumah beli semua barang dapur, pampers dan keperluan anak yang baru lahir.
Lepas subuh buka laman web cari kerja. Nampak iklan angkat perabot dan barang pindah rumah. Sehari boleh dapat RM80. Kalau buat kerja lebih masa InsyaAllah ada bonus. Balik dari kerja kaki luka tersepak kaca, tangan berbirat tersagat almari. Namun rasa tenang bila anak isteri dapat makan.
Tanya kawan, ada kerja boleh tolong tak. Alhamdulilah, dapat RM50 sekali tolong pun syukur dah. Walau pergi balik kerja naik turun bas. Alas perut air kosong dan roti.
Bawa van sekolah. Dari subuh hingga ke senja. Penat dan migrain silih berganti saja. Demi hanya untuk berusaha dan demi keluarga.
Kalian,
Hidup ini mengajar kita banyak perkara dalam menjadi lelaki dan suami.
Saat kita penat dan lelah, bangunlah di tengah malam dan bercakaplah dengan Allah. Berkeluh kesah lah denganNya.
Bila rasa tak mampu, peganglah Allah selalu.
Selalu minta anak isteri doakan kita tanpa jemu.
Bangunlah sebelum subuh kerana di situ ada ketenangan dan kekuatan yang beribu kali ganda untuk lelaki sepertimu.
Jangan memilih kerja. Buatlah apa saja. Tak perlu malu pada sesiapa.
InsyaAllah.
Peganglah janji Allah, bahawa setiap kesulitan itu akan ada kesenangan. Allah janji! Janji Allah itu pasti.
Jemputlah rezeki itu datang dengan percaya. Percaya pada Allah.
Dinding adalah ruang yang harus diberi keutamaan kerana inilah ruang yang cukup penting di dalam sesebuah kediaman.
Ada sesetengah individu gemarkan dinding kosong, ada juga sukakan yang bercorak. Tak kurang yang kreatif mengadunkan kedua-duanya untuk lebih menarik.
Seperti yang dibuat oleh Ghazali Roslani ini, beliau menukar satu sudut dinding tempat letak televisyen daripada kosong kepada dinding ‘berkayu’.
DIY dinding ini dikongsikan menerusi laman facebooknya. Menurutnya, projek PKP itu akhirnya siap selepas bertungkus lumus dengan modal RM200 je. Nak tahu caranya jom tengok ni!
Akhirnya projek PKP baru siap…menyesal sikit awalnya buat benda ni sebab leceh sangat, 5minggu baru siap (ni semua salah M )…kalau nak buat lagi sekali macam ni memang taknak dah…taubat aku
Kehidupan rumah tangga yang harmoni dan bahagia diperoleh andai suami dan isteri saling melengkapi antara satu sama. lain. Saling menghargai segala pengorbanan pasangan baik ketika susah mahupun senang
Perkongsian dari guru terkenal Mohd Fadli Salleh ini cukup menyentuh hati. Betapa beliau cukup menghargai isteri sehingga sanggup menyimpan sesikit demi sedikit wang untuk membeli barangan kemas sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Aku perasan, gelang emas pandora yang aku belikan pada puan isteri tahun lepas, jarang dia pakai. Aku pun tanya lah,
“Kenapa jarang pakai gelang tu?”
“Gelang tu nanti saya pakai bila anak dah besar sikit. Saya suka gelang tu. Tapi susah bila anak kecil ni. Boleh luka anak pula,” balas puan isteri.
Aku angguk je lah. Dah dia kata gitu. Sampai satu masa, puan isteri ada bertanya,
“Bang. Kalau kita trade in gelang tu kemudian ambil gelang lain okey ke tak?”
“Terpulanglah. Abang tak kisah. Tapi bukan awak suka gelang tu ke?” tanya aku balik.
“Suka tu memang suka. Tapi dah jarang pakai. Baik tukar yang lain. Nantilah saya simpan duit sikit-sikit. Ada rezeki saya tukar lain bang ya. Tukar yang selesa pakai sikit,” balas puan isteri.
Aku angguk kepala sahajalah. Nak kata apa.
Namun sejak dari itu aku dah set nak kena hadiahkan dia satu hat baru ni. Tambah-tambah anniversary kami bulan Jun.
Nak bayar sedebuk sesak juga. Maka aku main kutu. Hihi.
Ya main kutu dengan kawan-kawan Fb. 4 slot aku ambil setiap bulan tau dengan dua orang berbeza. Satu slot RM100 ja. Bukan kutu kategori orang ada-ada. Ni kutu kategori rakyat marhein ja.
Punya la merancang nak bagi hadiah kat isteri sampai main kutu.
Hari ini aku ajak puan isteri pergi redeem baucher BATA. Beli kasut untuk anak-anak kata aku. Untuk dia pun dapat sekali.
Keluar dari kedai BATA aku tarik masuk Kedai Emas Hj Yunus ni. Kedai ni la aku selalu bawa puan isteri biasanya. Banyak pilihan dan harga berpatutan.
“Eh nak ke mana ni bang?” tanya isteri bila aku tarik ke kedai emas. Mulut dah senyum simpul dah. Ah perempuan. Gitu la deme nih. Buat-buat tak tahu kan?
“Meh la tengok-tengok gelang. Cari yang selesa awak pakai,” ujarku.
Bersinar mata puan isteri.
Aku lepaskan dia pergi memilih mana yang dia berkenan. Bila nampak susah dia nak pilih sebab ada baby Ali atas dukung, anak aku dukung pula.
Ha, pergi la pilih dengan bebas.
Usai memilih dia panggil aku.
“Bang, yang pattern jagung ni cantik juga kan?”
Aku angguk kepala dan mengiyakan.
“Kak. Kalau saya tolak gelang ini tukar dengan hat tu berapa kena tambah?” tanya puan isteri pada tuan kedai.
Baru tuan kedai nak pegang gelang emas puan isteri, aku cakap,
“Tak payah tolak hat ni. Simpan. Pakai sesekali. Lagi pun cantik pattern pandora tu. Ambil je yang baru ni. Abang hadiahkan sempena anniversary nanti,” kataku pada puan isteri.
Puan isteri pandang aku dengan terharu. Dia genggam tangan aku dan tanya,
“Tak apa ke? Abang ada duit ke?”
“Ada. Abang dah sediakan lama dah untuk awak,” balasku.
Tuan kedai memerhati drama ini dalam senyuman. Nasib baik bulan puasa. Dalam kedai orang pula. Kalau takkkkk… Haha.
Hari ini, puan isteri aku senyum sepanjang perjalanan pulang. Tu tengah buat air untuk berbuka pun dengan senyuman.
Untuk melihat senyuman itu, aku rela menyorok derita. Untuk membuat isteri dan anak-anak bahagia, aku rela melakukan apa sahaja.
Kerana beliaulah wanita kedua yang setia bersama aku saat jatuh bangun dan sukar senang selain ibuku yang mulia.
Untuk dia dan anak-anak, aku rela persembah nyawa. ❤️
#MFS
– Cinta yang menghidupkan –
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tiada kata mampu gambarkan perasaan seorang ibu dunia terasa gelap sekelip mata bila anak yang dikandung, dijaga bagai nyawa sendiri tiba-tiba lesap tanpa jejak.Menerusi...