Selepas mengambil keputusan untuk berpindah dan menetap di Brisbane, Australia, pelakon Wardina Safiyyah sudah tidak aktif lagi dalam bidang seni.
Meninjau ke instagram miliknya baru-baru ini, Wardina memuat gambar dirinya bersama ahli keluarga yang lain sempena Syawal lalu.
Gambar yang dimuat naik sehari selepas sambutan Hari Raya itu mendapat pujian ramai. lebih-lebih lagi dengan anak-anaknya yang semakin besar.
Tidak sangka, Wardina kini memiliki anak gadis yang sudah meningkat remaja. Bahkan, anak bongsunya juga sudah besar.
Manakala Wardina tetap maintain manis dan awet muda seperti tidak dimamah usia. Untuk rekod, Wardina mendirikan rumahtangga bersama Ikhwan Johari.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi.
Perkongsian Wradina itu nyata meraih perhatian ramai. Rata-rata mengakui wajah Amna saling tidak tumpah dengan ibunya, Wardina.