Sejak muncul juara Gegar Vaganza musim ke-6, nama Naqiu kembali meniti di bibir peminat seni tanah air. Bahkan, tawaran menyanyi diterimanya tidak putus-putus. Terbaru, dia dilihat berkongsi beberapa video menjalani penggambaran berlakon dalam drama.
Wajahnya yang ‘awet muda’walaupun sudah miliki lima orang cahaya mata. Tidak hairanlah apabila ramai yang memuji cara penyanyi ini menjaga penampilan diri memandangkan usianya baru 35 tahun.
Terbaru, Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib memuat naik gambar dan video sambutan hari lahir anak sulungnya yang bernama Putri, 9 tahun.
Dalam perkongsian tersebut, Naqiu menitipkan ucapan yang cukup menyentuh hati.
Putri, anak sulung hasil perkongsian hidup Naqiu dan isterinya, Hanisah Zuhari.
Menurut Naqiu, kehadiran anaknya dalam rumah tangga mereka telah mengajarnya erti tanggung jawab seorang bapa.
Dalam masa yang sama, naqiu mengharapkan anaknya itu menjadi anak yang baik selain dapat menjadi contoh serta menjaga adik-beradik yang lain dengan baik.
Sambutan hari lahir anaknya itu dibuat secara sederhana dengan kehadiran mereka sekeluarga. Namun kemeriahan tetap terasa apabila mereka beramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari jadi buat Putri.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata menitipkan doa dan memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Putri. Tak kurang yang memuji Naqiu nampak seperti abang kepada anak-anaknya.
Sumber: thisisnaqiu