Sejak muncul juara Gegar Vaganza musim ke-6, nama Naqiu kembali meniti di bibir peminat seni tanah air. Bahkan, tawaran menyanyi diterimanya tidak putus-putus. Terbaru, dia dilihat berkongsi beberapa video menjalani penggambaran berlakon dalam drama.
Wajahnya yang ‘awet muda’walaupun sudah miliki lima orang cahaya mata. Tidak hairanlah apabila ramai yang memuji cara penyanyi ini menjaga penampilan diri memandangkan usianya baru 35 tahun.
Terbaru, Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib memuat naik gambar dan video sambutan hari lahir anak sulungnya yang bernama Putri, 9 tahun.
Ads
Dalam perkongsian tersebut, Naqiu menitipkan ucapan yang cukup menyentuh hati.
Putri, anak sulung hasil perkongsian hidup Naqiu dan isterinya, Hanisah Zuhari.
Ads
Menurut Naqiu, kehadiran anaknya dalam rumah tangga mereka telah mengajarnya erti tanggung jawab seorang bapa.
Dalam masa yang sama, naqiu mengharapkan anaknya itu menjadi anak yang baik selain dapat menjadi contoh serta menjaga adik-beradik yang lain dengan baik.
Ads
Sambutan hari lahir anaknya itu dibuat secara sederhana dengan kehadiran mereka sekeluarga. Namun kemeriahan tetap terasa apabila mereka beramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari jadi buat Putri.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata menitipkan doa dan memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Putri. Tak kurang yang memuji Naqiu nampak seperti abang kepada anak-anaknya.
rozanajas85 mcm abang dgn kakak smbut besday adik2…mama papa nmpk muda…ape pun happy besday putri smoga mnjadi puteri solehah dunia akhirat🌷
Memiliki anak perempuan cukup mengujakan. Nak-nak lagi buat si ibu yang suka bergaya. Waktu inilah boleh tampil sedondon atau membeli baju yang cantik dengan pelbagai rekaan.
Bukan itu sahaja, ada ada satu kajian yang dijalankan oleh London School of Economics tentang teori untuk dapat anak perempuan. Kononnya ibu yang cantik cenderung untuk mendapat anak perempuan. Contoh terdekat selebriti, Che Ta, Wawa Zainal, Scha Al Yahya, Faezah Elai dan ramai lagi. Anak selebriti ini bukan sahaja comel, bahkan keletah anak perempuan mereka cukup menarik hati pengikut di laman sosial.
Dr. Satoshi Kanazawa menerusi kajiannya memberitahu, wanita yang cantik akan cenderung untuk melahirkan anak perempuan. Kajian dijalankan pada 1958 terhadap 17,000 bayi British dengan meminta guru-guru mereka untuk memberikan rating terhadap rupa paras kanak-kanak tersebut. Kajian ini dilakukan ketika kanak-kanak ini memasuki usia 45 tahun. Kemudian mereka ditemubual semula pada usia 45 tahun. Hasilnya memang mengujakan!
Rumusan daripada kajian ini adalah wanita yang telah menerima rating tinggi terhadap rupa paras mereka sememangnya cenderung untuk menimang cahaya mata perempuan.
Penemuan Dr. Kanazawa ini disiarkan di dalam Journal of Reproductive Sciences yang turut memuatkan rumusannya tentang evolusi dan pemilihan pasangan.
Mungkin ada yang berfikir hasil kajian ini hanyalah satu kebetulan dan sama ada seseorang itu mendapat anak lelaki atau perempuan tidak bergantung kepada rupa paras ibunya.
Jadi, kami mencari lagi kajian lain yang ada kaitan dengan teori untuk dapat anak perempuan.
Ada lagi satu kajian yang telah dijalankan di Universiti Helsinki oleh Markus Jokela. Kajian ini menilai tahap tarikan dan kecantikan 1,244 wanita dan 997 lelaki.
Hasilnya? Wanita yang diperakui “cantik” mempunyai 16% lebih anak berbanding yang mempunyai rupa paras biasa.
Malah, lelaki yang tidak mempunyai rupa fizikal menarik mempunyai 13% kurang anak berbanding yang lain.
Sudah pasti hipotesis ini akan membawa kepada lagi satu kajian yang akan cuba untuk membuktikan yang sebaliknya.
Andrew Geltman, seorang pakar statistik dari Universiti Columbia, telah menganalisis majalah People edisi “Most Beautiful Celebrities” dari tahun 1995 sehingga 2000.
Menerusi pemerhatiannya pula, selebriti yang dinobatkan sebagai antara yang tercantik dan terkacak cenderung untuk mendapat anak lelaki. Antaranya David Beckham, Gwen Stefani dan supermodel Giselle Bundchen.
Mungkin ada yang mempersoalkan sama ada kajian ini boleh dianggap sebagai bukti yang cukup kukuh atau tidak tentang teori untuk dapat anak perempuan.
Malah, pasangan yang sama cantik sama padan juga dikatakan mudah untuk menimang cahaya berbanding mereka yang berupa paras sederhana. Hmmm…menarik juga teori ini kan. Tapi yang ada anak lelaki tu jangan lah terasa pula ye. Tidak kisahlah sama ada anak itu lelaki atau perempuan, yang pastinya ia adalah pemberian dan nikmat dari Tuhan yang perlu disyukuri.
Bagi ibu yang sedang melatih anak menanggalkan lampin pakai buang, pasti berdepan dengan masalah anak kencing di waktu malam. Puas dicuba pelbagai cara namun anak masih lagi tetap kencing setiap malam.
Kalau hanya kencing pastinya tidak menjadi masalah. Tambah menjadi masalah pastinya bebanan si ibu yang terpaksa menukar cadar setiap hari dan menjemur tilam setiap pagi.
Pasti keadaan ini sedikit menyukarkan apabila terpaksa mengangkat tilam yang besar dan berat. Bukan itu sahaja,malah adakalanya tilam masih belum kering dan lebih teruk lagi meninggalkan bau kurang enak setiap hari.
Kencing Malam?
Kencing malam atau ‘bedwetting’ ialah kencing yang tidak disengajakan pada waktu malam. Menurut kajian, masalah kencing malam atau istilah perubatannya enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak .
Ia biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun. Biasanya selepas kanak-kanak berumur lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.
Namun jika tabiat ini masih lagi berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, ia satu penyakit yang mesti dirawat kerana bimbang ia ada kaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetis atau buah pinggang.
Dari segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu kencing malam tanpa sebab yang pasti, ia dinamakan sebagai primary enuresis.
Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali misalnya disiang harinya dia bermain terlalu aktif, ia dinamakan secondary enuresis.
Apa Ibu Perlu Buat?
Bila berdepan dengan keadaan ini pasti pening kepala ibu dibuatnya. Tiga langkah ini mana tahu dapat membantu mengatasi masalah anak anda.
Kencing Sebelum Tidur
Sekiranya anak kita sering kencing malam, sebelum tidur mintalah dia kencing terlebih dahulu supaya dia merasa lebih lega malah pundi kencingnya juga kosong. Langkah ini wajib dilakukan.
Biasakan dia dengan peraturan ini. Lama kelamaan pasti dia sudah membiasakan dirinya.
Sapu Minyak
Selepas itu sapukanlah sedikit minyak angin atau apa-apa minyak yang dirasakan sesuai seperti minyak gamat atau sebagainya.
Sapulah di bahagian ari-ari dan bawah perut. Urut lembut kawasan ini supaya urat tidak kembang. Sapukan sedikit dibahagian tapak kaki anak supaya lebih panas dan buat dia selesa sepanjang malam.
Sesudu Madu
Sebelum tidur berikan anak makan satu sudu kecil madu yang dicampurkan dengan sedikit perahan lemon. Boleh juga diamalkan pada waktu pagi dan sebelum tidur. Cara ini insyaallah dapat membantu anak daripada kencing setiap malam.
Kejutkan Ketika Tidur
Jika lihat sebarang pergerakan anak ketika dia tidur, itu bermakna dia tidak selesa ataupun mahu susu. Kejutkan dia untuk kencing. Mana tahu cara ini boleh membantunya. Sapukan minyak sekali lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai yang kata susah nak menyimpan duit terutamanya wanita. Bayangkan jika bawa duit seratus ke pasar, pasti habis dibelanja. Semua rasanya nak beli.
Malah, baki duit belanja pun akan dihabiskan sehingga barang bukan keperluan pun beli ajer.
Untuk itu, ada caranya agar berbelanja secara berhemah supaya kita dapat menyimpan setiap bulan. Bukanya boros membeli sehingga duit dapur bulanan pun tak cukup.
Ayuh kita lihat trik yang dilakukan oleh puan Mis Watie Resaliza yang menyimpan baki perbelanjaan barang dapurnya di dalam plastik disertakan dengan tarikh.
Katanya cara packing ini membantu mengelak dirinya daripada membeli barang bukan keperluan. Secara tidak langsung cara ini, beliau dapat melihat baki mengikut yang dibelanjakan. Juga cara untuk menyimpan duit dengan mudah.
Ikuti perkongsiannya.
PACKING BAKI DUIT IKUT TARIKH
Just share idea baru saya. Baki duit lauk yang husbnd bagi saya packing macam ni..Sebab kalau tak packing entah kemana duit tu beli yang tdk2.
Kalau beli sarapan atau pergi sarapan time bayar ada baki. Husband hulur kat saya so dapat la idea utk packing duit baki setiap hari.
Sekurang2 nanti cukup sebulan nampk la duitnyekan… seblum2 ni saya tak saving baki-baki duit. Semua masuk dompet masuk handbeg and akan guna untuk beli apa-apa.
Sekarang tidak lagi…hihihihihi. Bagus tak idea ni? Cukup sebulan saya akan kira. Semoga suri-suri pun boleh buat jugak tak kira berapa pun jumlah. Boleh je packing macam ni.
Menarik cara ini! Mungkin bagi yang berbelanja secara mingguan boleh cuba cara ini dengan packing tarikh mengikut mingguan.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.