Kalau cakap pasal pasangan, mesti kita dengar ciri-ciri yang paling dicari, salah satunya setia. Betul tak? Tapi, sejauh mana orang tahu tentang setia? Dan adakah bila orang yang sudah kehilangan pasangan diri kemudian berkahwin semula beerti tidak setia dengan pasangannya terdahulu?
Nak tahu tentang isu ini, jom ikuti perkongsian dari Superdaddy Khairul Abdullah yang dikongsikan di laman facebook miliknya. Jom baca perkongsiannya.
_________________________________________________________________________
Susah ke nak setia?
Macam aku cakap kat TV tengahari tadi.
Untuk orang single dan tiada hubungan, perkataan “setia” ni bagi aku is “out of equation” lah. Setia ni lawannya curang kan. Kalau orang macam aku yang kematian isteri atau yang kematian suami, tetiba dia pergi kahwin lagi, takkanlah kita nak kata dia tak setia atau curang.
Ramai jer kawan yang aku kenal, lelaki ataupun wanita yang kematian pasangan dan seterusnya berkahwin semula. Ada yang lepas 3 bulan, ada yang lepas setahun, ada yang lepas 3 tahun, ada yang lepas 10 tahun, semua memilh untuk berpasangan semula.
Adakah dia dikira sebagai tidak setia, atau curang? Tak kan?
Sama seperti mereka yang bercerai hidup. Setia ni takde maknanya, lagilah out of equation bak kata orang Rombau. Hidup perlu diteruskan.
Ada yang kesunyiannya perlu diisi, kerja rumahnya perlu dibantu, urusan anak-anak juga perlu ada tangan ekstra untuk diringankan bebannya. Jadi mereka berkahwin. Tidak setiakah mereka ini?
Namun ada yang memilh untuk terus bersendirian menempuh hidup asbab rasa kasih dan cinta serta rindu dan mendalam. Selalunya memikirkan yang tiada lagi yang dapat menggantikan pasangan yang telah pergi. Atau tiada keperluan untuk berpasangan pun sebab semuanya dapat diuruskan sendiri. Setiakah mereka ini?
So, bagi aku, setia ni terpakai untuk mereka yang sedang berpasangan di dalam sesuatu hubungan.
Dah ada isteri, tapi memilih untuk mendekati wanita lain, itu curang. Ada suami tetapi memilih untuk mendekati lelaki lain, itu curang.
Aku tak suka orang dok label aku kata aku setia sebab aku stay single. Dah masuk 5 tahun, aku masih belum kahwin dan bersendirian membesarkan budak bertiga ni. Tak berkahwin tidaklah bermakna aku setia, berkahwin baru pun tidaklah bermakna aku curang.
Usahlah kita melabel orang yang berkahwin semula selepas kematian pasangan itu sebagai tidak setia. Kita tak duduk kat tempat dia, kita tak faham keperluan dia. One day bila kita di tempat yang sama then baru kita tahu.
Begitulah. Tapi kan, Susah ke untuk setia?
Bagi aku, di zaman serba serbi di hujung jari ni, susah jugak. Mudah nak hanyut. Kalau tak pandai jaga batasan, memang tersasar dan mulalah ada affair dan seterusnya curang.
“Aku ni suami orang.”
“Aku ni isteri orang.”
Semoga kita semua istiqomah untuk terus setia terhadap pasangan.
Tapi, Kalau penyondol datang?
Sumber : Khairul Abdullah