Walaupun ‘shopping’ tu hobi wanita, tetapi percayalah tak semua rajin setiap hari ke pasar untuk beli barangan basah untuk memasak lauk harian. Paling kurang seminggu sekali akan ‘refill’ barangan basah di rumah mengikut kadar kegunaan dan muat peti ais masing-masing.
Selalunya bila beli barang basah banyak-banyak ni, simpan pula lama dalam peti sejuk dan salah penyimpanannya menyebabkan lauk kita tu jadi kurang enak bila masak. Lebih-lebih lagi makanan laut hingga boleh hilang rasa kemanisannya.
Jadi, nak tahu cara simpan supaya lauk basah kita terutamanya udang sentiasa segar walaupun berminggu berbulan simpan? Jom ikut cara yang dikongsikan oleh aunty Tieok Eng di laman Facebook ini. Harap membantu ye! .
Ads
Ini bukan masak apa tak jadi ye. Aunty cuma nak share tip cara aunty simpan udang tahan lama dan sama ‘fresh’ macam yang baru naik dari laut, walaupun aunty simpan hampir 6 bulan kat peti ais beku.
Cara-caranya :-
1. Bersihkan udang dan letak dalam bekas yang boleh tutup.
Ads
2. Masukkan air yang sejuk. Kalau ada mesin Coway guna air yang sejuk. Kalau tak ada, boleh cairkan air ais dulu ye.
3. Lepas tu letak gula sikit, tutup kemas simpan kat peti ais beku,
4. Air biar sama tinggi dengan udang kat bekas tu.
Bagi penghidap asma, selain bergantung kepada ubat-ubatan seperti inhaler dan sebagainya, menjaga pemakanan adalah menjadi satu keutamaan. Ramai penghidap
asma alah dengan bermacam jenis makanan tetapi tidak semua penghidap asma mengalami alahan yang sama.
Ada yang alah kepada pengambil air sejuk dan ais tetapi ada juga yang langsung tidak boleh mengambil jenis buah-buahan sitrus seperti oren. Tak kurang juga yang alah pada kekacang. Itu sebahagian daripada masalah orang-orang terdekat dengan kita.
Bila dapat dikenal pasti, asma akan dapat dikurangkan serangannya. Bagi Mulianis Ahmad yang juga penghidap asma, dia punya caranya sendiri untuk mengelakkan serangan ini.
Salah satunya adalah amalan Telur Dadar Halia yang diperolehinya daripada seorang ibu berketuruan Cina yang berkongsikan resipi ini.
” Masa kecil dulu saya sakit asma teruk, kebetulan kat klinik ada duduk sebelah aunty Cina. Dia bagi resepi petua, dia cakap orang Cina jarang sakit asma.
Halia tua tumbuk masukkan telur dan garam. Goreng. Walau pun asma masih ada tapi resepi ni sedap, hari-hari makan pun tak jemu.”
Bahan:
2 biji telur
2 inci halia -ditumbuk
Sedikit garam
Caranya:
1. Tumbuk halus halia tua.
2. Gaulkan bersama telur dan sedikit garam.
3. Goreng hingga garing.
Rasanya kita bolehlah mencuba amalkan resipi ini. Mana tahu ianya baik untuk kita. Halia memang terbukti baik untuk membuang angin. Sedap dan sihat. Jom
cuba!
Sumber: Mulianis Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mungkin tidak semua suka makan nasi yang dimasak daripada beras perang. Ada mengatakan rasanya tawar dan menyebabkan kurang berselera untuk dijamah. Pun begitu, apa kata anda bertukar makan beras perang untuk tujuan mengambil manfaat dan khasiat terkandung di dalam setiap butiran beras perang tersebut.
Mungkin tiada siapa menyangka di dalam Brown Rice ada 88% manganese. Bila satu makanan tu ada manganese, ia bantu baiki kesihatan dan perkembangan tulang. Kalau gabung dengan kalsium, zinc dan copper, manganese sokong ketumpatan mineral dalam tulang.
Begitulah kenyataan yang diberikan oleh Dr Rizal Abu Bakar di akaun facebooknya.
Manfaat Brown Rice
Kalau anak-anak rajin ambil brwon rice, cepatlah membesar. Tinggi menggalah jadinya.
Kajian dapati makanan ada manganese kurangkan kerapuhan tulang belakang wanita dewasa. Kes berkaitan osteoporosis akan menurun.
Manganese ni adalah sejenis anti oksida yang halang sel dari rosak kerana factor radikal bebas. Seperti yang kita tahu radikal bebas sebabkan penuaan, penyakit jantung dan kanser.
Yang paling tidak disangka ialah manganese ni bantu stabilkan gula dalam darah. Indeks glisemik brown rice ni lebih rendah dari beras putih biasa. Maka tak berlakulah insulin spike. Lega pankreas.
Insulin berlebihan ni boleh jadi toksid kepada otak. Terutama pada bahagian hippocampus – pusat memori.
Kalau manganese tak cukup tubuh tak dapat gunakan nutrien. Contoh nutrient yang jadi mangsa ialah choline, thiamin, vitamin C dan E. Choline penting untuk belajar.
Kita tahu vitamin C penting untuk kuatkan sistem imun. Penting untuk cantikkan kulit. Rugikan kalau manganese tak cukup. Tak dapatlah vitamin C diserap.
Manganese ni akan jadikan pergerakan aliran elektrik dalam sel otak lebih efisyen. Hasilnya otak jadi lebih power. Tak jadi lagi insiden macam wifi tinggal satu bar.
Ini baru satu bab dalam Brown Rice. Belum masuk bab Folic Acid, Iron, Niacin, Thiamin, Pyridoxine, Pantothenic Acid, riboflavin, fosforus, Magnesium dan Selenium. Bayangkan betapa banyak kelebihan brown rice ni
Brown rice masuk kategori gluten free. Siapa yang gluten intolerance mungkin akan dapat manfaat bila ambil brown rice. Satu lagi ialah bab nak turunkan berat badan. Bolehlah cuba Brown Rice ni.
Apa yang menarik ialah hasil kajian ke atas 74,000 wanita. Ambil Brown rice bukan saja kecilkan pinggang, malah lemak di perut menjadi semakin kecil. Menarik tak bab kecil pinggang hilang lemak ni?
“Mak, adik tak suka makan tauhu tu. Dia tak ada rasa..kadang-kadang rasa pelik dan masam”.
Itu luahan anak-anak kita bila disajikan dengan tauhu goreng. Apa lagi bila disogokkan dengan Tauhu Sumbat dengan sayuran di dalamnya. Langsunganak-anak tak mahu makan.
Bagi kita orang dewasa, lebih-lebih lagi bagi masyarakat selatan tanah air, tauhu ibarat menu wajib sebagai menu sampingan ketika menjamah juadah tengahari. Malah di negara seberang Indonesia, tauhu ini dijadikan menu istimewa sebagai set pelengkap untuk sesebuah hidangan.
Tak kurang juga sebagai makanan kudapan yang banyak dijual di tepi jalan. Lebih enak, Tauhu Semedang misalnya digoreng rangup dan dimakan bersama cili padi. Unik tapi memang cukup enak. Namun itu semua untuk kita. Anak-anak macam mana pula?
Perkongsian di facebook ini memang best. Tauhu Berlauk, olahan daripada tauhu dengan gabungan bahan lain memang unik dan rasanya pun lebih sedap. Mungkin nampak biasa tapi kalau kita olah dan tambahkan bahan yang kita suka seperti isi ayam atau udang, pasti jadi lagi hebat.
Dah tu, cara buatnya pun senang sahaja, cuma kisar dan kukus sahaja selama 15 minit dan siap.Jadi jom cuba.
TAUHU BERLALUK
Bahan-bahan:
5 ketul tauhu
3 tiub tauhu jepun
Udang @ isi ayam (sesuka hati)
5 biji telur
Cili merah
Daun bawang
Daun sup
Garam dan serbuk lada putih
Sedikit pati ayam atau pati ikan bilis
Caranya:
1. Basuh tauhu bersih.
2. Kisah tauhu bersama tauhu jepun, 3 biji telur serta isi udang atau isi ayam.
3. Lepas tu masukkan hirisan daun bawang dan cili merah. Perasakan dengan garam, serbuk lada putih dan serbuk pati ayam. Gaulkan rata.
4. Lepas tu masukkan bahan bancuhan tadi ke dalam bekas dan kukus selama 15 hingga 20 minit sehingga adunan menjadi keras.
5. Potong saiz yang dikehendaki.
6. Pukul 3 biji telur, celup dan goreng. Siap!
Tauhu Berlauk ni bukan hanya boleh makan dengan nasi. Makan macam tu saja pun sedap, tambahkan sos cili untuk rasa lebih umphh. Buat minum petang pasti anak-anak suka. Paling penting pasti mereka tak boleh jangka resipi ini berasaskan tauhu!
Kredit :Makan Sedap & Resipi Sedap
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di