Menyentuh bab jerawat ini, bukan kulit anak remaja sahaja bermasalah. Namun sering juga terjadi buat kita wanita yang telah berusia.
Walau jerawat yang tumbuh tidak sebanyak diusia remaja, hanya sekadar sebiji dua terasa tidak selesa juga. Kalau boleh, biarlah cepat-cepat jerawat yang tumbuh itu kecut dan kulit kembali menjadi licin dan berseri semula.
Oleh itu, apa perlu buat?
Ya, cuba amalkan petua lama dengan menggunakan kulit kayu manis.
Ads
Melalui perkongsian Nur Anis Najme ini harap ianya dapat membantu.
Bahan-bahan :
Ads
Madu Asli
Serbuk Kulit Kayu Manis
Cara buat :
1. Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.
Ads
2. Kemudian, sapukan campuran tersebut pada bahagian yang ada jerawat sebelum tidur.
3. Pada keesokan pagi, bersihkan wajah dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perabot lama jika diberi nafas baharu tentu sahaja boleh terlihat cantik dan elegan. Cuma kita sahaja yang perlu kreatif untuk mengilhamkannya. Contohnya seperti mana yang dilakukan oleh Ros Diana yang juga merupakan peminat perabot lama. Bahkan bukan sesuatu yang asing baginya untuk membeli dari orang perseorangan dan kemudian lakukan sedikit ubah suai agar menepati citarasa peribadi.
Semuanya dilakukan sendiri dan hasilnya memang memukau. Umpamanya set sofa ini, yang diilhamkan sendiri tanpa bantuan suami ketika berasa bosan sepanjang PKP ini dek kerana tiada tempahan pelamin dan tiada juga permintaan merias wajah pengantin. Jadi masa yang terluang digunakan sebaik mungkin untuk menghasilkan set sofa yang elegan ini.
Ikuti perkongsian penuh daripadanya :
Hasil kerja menukang saya. Kerusi ni 100% hasil tangan saya memang tak nak mintak tolong suami…sebab bosan pkp job tak ada..
Kerusi beli dari orang PD memang mencari kerusi lama jenis klasik dan rezeki saya..saya dapat..semua kerusi ni rm200 tuan dia jual tapi saya tambah lagi rm50 sebab dia nak jual katt saya. Lagi pun set ni 3+1+1+1+1.
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3 : Untuk kusyen, saya guna kusyen yang asal. Cuma bahagian belakang ditambah dengan papan plywood supaya lebih kukuh. Kemudian kusyen alas dengan karpet nipis sebelum dibalut dengan kain jenis velvet. Boleh guna stapler besar untuk proses ini.
Langkah 4 : Untuk membuat butang pada bahagian kusyen sandar, tebuk kusyen dan papan kemudian masukkan butang yang diikat kuat dengan tali butang. Tarik kuat supaya nampak kemas kemudian stapler.
2 tahun melaksanakan tugasnya sebagai pembantu rumah di kediaman fad Bocey, kini tiba masanya untuk dia pulang ke kampung halaman.
Namun, berpisah dengan orang yang kita sayangi bukanlah semudah yang diungkapkan dengan kata-kata. Sementelah hari-hari dilalui bersama, segala suka duka dikongsi.
Walaupun tak punya pertalian darah, hanyalah sekadar majikan dan pekerja, namun layanan baik wanita ini terhadap anak-anak kepada pelawak terkenal ini membuatkan dirinya disayangi. Tidak hairanlah andai dia cukup disayangi dek anak-anak dan isteri majikannya.
isteri Fad Bocey berkongsi luahan rasa mengenai kepulangan bibiknya itu ke kampung halaman baru-baru ini.
“Hari yang paling tak sanggup nak hadap .berat sgt .semalam Alhamdulillah selesai urusan imegresen dengan mudahnya .Allah tu sebaik baik perancang .
“Harini 30hb bibik fly .beratnya hati tu nak lepaskan .tpi dia pun ada keluarga .dia la teman gaduh ,dia la teman nk borak ,dia la teman kalau daddy ada kerja malam .2 tahun lebih panjang bgi kami sekeluarga .banyak yg bibik bantu .
“Kalau dengar kisah dia sgt sedih .cuma doa Allah kirimkan bibik kekuatan dan sentiasa dlm lindungan Allah swt .tanya la dia mcm mana garangnya seorang nur syahirah .tapi sayangnya kami ke bibik tu mcm keluarga sendiri .
“Dugaan besar bibik masa first PKP ,mak dia meninggal .kami hanya dpt video call sepanjang pengebumian .dia menangis sebab dia ckp sy tk sempat nak bagi mak sy rasa uang gaji saya .pedih hilang ibu .
“Terima kasih bibik utk 2 tahun stgh dengan kami .banyak kenangan kita sama2 .moga ada rezeki kamu balik ke malaysia .doakan perjalanan bibik selamat sampai ❤️
Perkongsian Syeera membuatkan ramai tersentuh hati dan berkongsi pengalaman yang sama serta mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan buat pembantu rumah tersebut.
Lazimnya bila bercucuk tanam untuk pastikan pokok hidup subur mestilah kita jaga dengan sebaik mungkin, selain perlu disiram sentiasa kita juga perlu membaja mengikut jadual. Namun melalui perkongsian daripada Mira Edora berkenaan tanaman sayur berdaun miliknya mencuri perhatian. Ianya terlihat begitu segar dan subur dan apa yang lebih mengujakan, menurutnya dia tidak menggunakan baja pada tanamannya itu.
Nak tahu bagaimana dan apa yang dilakukan untuk mendapatkan hasil tanaman yang subur, jom kita baca detail perkongsian daripadanya. Semoga ianya dapat memberi inspirasi buat anda untuk berkebun sayur di laman rumah dengan cara yang lebih mudah tanpa perlu disiplin membaja sehingga tanaman dituai.
SAYUR BERDAUN TIDAK PERLU BAJA
Saya jenis pemalas. Saya rajin siram je so siapa macam saya boleh teruskan bacaan. Hari pertama menyemai
– set terus nak tanam di mana : raised bed / batas / pasu.
– hari sama semai siapkan terus tempat tanaman.
– korek batas cetek, lalu letaklah baja.
– pilih baja ikut suke : kompos / vermikompos / tayam / tkambing / kopi / npk15. pilihan baja anda menentukan kesuburan tanah pada masa akan datang.
– saya suke tayam : murah sangat, mudah lerai, jadikan tanah makin subur, kaya microbe.
– kalau tanah keras, tambahlah tanah siap campur yang 6in1, 4in1. kalau pandai buat adunan sendiri pun boleh juga.
– kalau sebelum ni tanam dah bantut je maknanya tanah dah tak sihat, maka cara paling murah tambahlah sekali kapur pertanian.
– lepas tu tutup balik baja (dan kapur, kalau tambah kapur). Tak perlu dalam sangat. maksudnye baja tu nanti tak dalam sangat tapi atas sekali tu ia tak terdedah.
Hari ke 2 sehingga hari ke 7/10/15
– siram semaian, siram sekali batas / pasu. siram semaian 2 kali sehari. Siram batas sehari sekali dah memadai. Time ni akan naik rumput-rumput (jika ada) buang la rumput-rumput tu.
Hari ke 7/10/15 ialah hari pindah ke batas. Hari pindah berbeza-beza ikut benih, kalau cepat cambah, cahaya cukup, cepatlah ia keluar 2 helai daun sebenar. Biji benih tak perlu tutup-tutup, letak tepi rumah.
-gembur manja permukaan batas sebelum lubang pakai jari untuk masukkan anak pokok. pindah pada waktu petang.
– tanam anak pokok dalam sampai aras kotiledon. Point ni paling penting sebenarnya untuk dapatkan pokok yang besar.
-bila tanam dalam — akar lebih stabil — mampu serap nutrient dengan baik — pokok jadi gemuk.
Hari ke 7/10/15 sehingga tuai
– siram 2 kali sehari sehingga tuai
– tak perlu baja lagi
– kawalan serangga ikut suka. Boleh jadi perlu / tak perlu pun kawalan serangga tu.
Ekstra info :
– sayur lain seperti kekacang, cili, bendi, terung. sama macam ni tapi saya akan baja lepas sebulan. kadang tak baja pun.
– ini untuk berkebun makan sendiri, kalau niaga lainlah caranya.
– ini cara saya, cara tiap orang berbeza2. saya minta maaf kalau ada yang tak setuju