“Dah 20 Tahun Lebih Jadi Isteri, Baru Pandai Buat Donat Ada Ring & Tak Serap Minyak”. Wanita Ni Kongsi Tip Yang Dia Ada!

Share

Hendak membuat donut ini memang nampak sahaja mudah, tapi untuk dapatkan donut yang betul-betul kita rasa puas hati dengan bentuk, tekstur dan rasanya bukanlah semudah yang disangka.

Tentu anda juga pernah alami pengalaman yang sama ketika membuat donut bukan? Umpamanya bila donut sudah sedia hendak digoreng tiba-tiba kita hendak angkat masukkan ke kuali, melekat pula pada bahagian bekas. Akhirnya bentuk donut berubah tidak lagi membulat seperti yang diharapkan.

Selain itu, ada juga yang bila donut digoreng nampak cantik di dalam kuali, tapi ada yang masih tidak puas hati sebab tiada ring terbentuk di sekeliling donut. Bukan itu sahaja, lagi geram dibuatnya jika donut yang dimasak tidak gebu teksturnya. Hendak dimakan pun kurang enak rasanya.

Jadi berkongsi cara untuk mendapatkan donut yang sempurna, cantik dan semestinya gebu untuk dimakan, wanita berumur 50an ini berkongsi tip dan resipi untuk lebih ramai mengetahui cara menyediakan donut terbaik.

Ini perkongsiannya;

Dah umur 50an, 20 tahun lebih jadi isteri orang baru pandai buat donat/bomboloni ada ring dan tak serap minyak… hehehe…Tak terlewat

Lihat history post kat MAHN, mesti lucu tengok gambar donut masa mula belajar. Rupanya hanya perlu tahu teknik rounding dan masak sahaja. Resepi kebanyakkan sama semuanya. Belajar dari gugel, tiada guru PJJ berbayar, jadi, kalau nak tahu, boleh la kita share share ilmu. Jika ada nak tahu…


Resepi kalau biasa buat, sama saja. Cuma teknik rounding tu bagi cantik. Try search “cara rounding donat” kat youtube jika nak belajar.

Ini resepi (edit sedikit untuk kesesuaian diri sendiri) :
Adunan ini menghasilkan 12 biji donut berat 40gr

Bahan A
Setengah paket yis segera + air setengah cawan + susu 3 sudu, kacau, tutup dan biarkan sebentar supaya pasti yis tiada masalah.
Bahan B
1 setengah cawan Tepung Protein Tinggi (Tepung Roti)
1/2 cawan tepung gandum serbaguna (saya guna tepung cap rose)
1 biji Kentang (sudah di rebus & lenyek)
1 sudu besar Gula aising/kastor
1 sudu kecil Bread Improver ( pilihan, kalau tak nak letak pun tak apa)
2 sudu besar Susu Serbuk
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 cubit garam
1 sudu besar Mentega/Marjerin

CARA-CARANYA :
Campur semua bahan B, gaul/masukkan dalam bread maker. Lepas tu bahan A dituang sedikit demi sedikit hingga adunan tak lekat dibekas/tangan.
Jika menggunakan BM, pilih mode dough, bila dia berhenti kali pertama (dalam 30 minit), terus keluarkan untuk tujuan rounding (saya tidak pruf dan tumbuk buang angin untuk buat roti/donut)

TIPS PENTING
CARA MENGETAHUI DOH TELAH SEDIA/SESUAI :
1. Masukkan bahan cecair sedikit demi sedikit, supaya nanti x terlebih lembut & adunan hingga susah di bentuk.
2. Apabila doh dipegang akan rasa melekat sikit di tangan. Kalau x melekat laangsung tu tanda kurang cecair sikit. Kalau pegang sanagt melekat itu tandanya terlebih cecair.
*Setiap tepung mempunyai kelembapan & tahap serap air yang berbeza, sebab itu kena tuangkan cecair sedikit demi sedikit.


CARA MENGETAHUI TAHAP PROOF DOH :
Underproof : Apabila jari di tekan pada doh, doh memantul semula ke bentuk asal tanpa meninggalkan kesan.
Proofed : Jari di tekan, doh memantul secara perlahan dan kembali sehingga separuh bentuk asal sahaja, ( tidak kembali 100%)
Overproof : Apabila, jari di tekan, doh tak memantul lagi, dan kesan jari kekal sama.

TIPS MENGURANGKAN SERAPAN MINYAK KETIKA MENGGORENG :
1. Buka penutup atau kain tutupan doh 10 hingga 15 minit sebelum di goreng, agar permukaan luarnya menjadi sedikit kering & apabila di goreng mengurang penyerapan minyak. Pastikan di buka sewaktu belum proof sepenuhnya.
2. Goreng api yang perlahan (macam tak nampak dia berbuih goreng tu, masak pelan jer minyak dalam kuali tak berbunyi). Nampak kaler perang kat bawah, alihkan sekali (jangan alih banyak banyak kali).


TIPS Tambahan :
Nak rounding tu, pastikan bulat cantik dan letak atas kertas tabur sedikit tepung. Senang nak angkat goreng satu satu. Kertas 4 segi kecik kecik (saya guna A4 paper, potong jadi 6 keping)

SELEPAS ROUNDING, tunggu 10-20 minit, lepas tu leperkan dan lubangkan (saya guna penutup botol). Kemudian pruf lagi 30 minit sebelum goreng.
Biasanya tidak menunggu lama sebab untuk rounding dari pertama sampai ke akhir tu, lebih kurang 10-20 minit, jadi, selepas selesai kita rounding, kita dah boleh start leperkan sedikit dan tebuk lubang satu demi satu. Jika buat laju, boleh la tunggu sebentar.
Selamat berjaya .

Sumber : Norizan Mamat

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club