
Setelah selamat menimang cahaya mata pertamanya pada 27 April lalu, pelakon, Uqasha Senrose tampil berkongsi wajah buah hati kesayangannya dan suami, Haura Uqaira yang kini berusia dua bulan.
Wajah comel Uqaira itu dikongsikan Uqasha menerusi Instagramnya ketika majlis kesyukuran dan aqiqah yang diadakan baru-baru ini.
“So ni lah wajah anak qasha.
“UQASHA & UQAIRA 🩷,” tulis Uqasha menerusi kapsyennya.
Menerusi gambar yang dikongsikan Uqasha, si comel Uqaira dilihat lena tidur dalam pangkuan ibunya ketika majlis itu diadakan.
Apa yang menarik perhatian ramai pastinya wajah comel kesayangan Uqasha dan Kamal Adli ini yang begitu comel dan ayu.
Wajahnya putih mulus, kemerah-merahan, beralis cukup panjang dan lentik. Tidak hairanlah ramai yang mengatakan persis wajah ibunya. Comel sekali.
Menerusi beberapa perkongsian Uqasha juga, keduanya cantik dengan busana serba merah jambu yang digayakan sedondon bersama Uqaira.
Meninjau diruangan komen rata-rata ramai yang terpesona dengan kelembutan wajah comel Uqaira yang saling tak tumpah seperti ibunya.
Terdahulu, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik. Pasangan ini menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka pada 27 April lalu.
Menarik: Saling Tukar Shift Jaga Anak, Kamal Adli Bangga Sifat Keibuan Uqasha!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Muhammad Nama Pilihan Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023

Muhammad Nama Pilihan Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023. Muhammad menjadi pilihan utama ibu bapa dalam menamakan bayi lelaki mereka di England dan Wales pada tahun lalu, dengan lebih 4,600 bayi lelaki berdaftar dengan nama itu, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).
Muhammad Nama Pilihan Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023
Muhammad telah menjadi nama bayi lelaki paling popular, mengatasi nama utama sebelum ini, Noah, menurut data yang dikeluarkan oleh ONS pada Khamis.
Nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.

Muhammad dan Noah diikuti oleh Oliver sebagai nama pilihan ketiga paling popular bagi bayi lelaki, menurut angka ONS.
Bagi bayi perempuan, Olivia kekal sebagai pilihan utama, diikuti oleh Amelia dan Isla yang tidak berubah sejak 2022.
Sumber: BERNAMA-AA
Kredit top image: Freepik
Baca artikel lain juga: Pilih Nama Andika Yusuf, Izreen Azminda Selamat Bersalin Bayi Lelaki!
Orang Melayu Kaum Paling Ramai Lahirkan Bayi
Zalif Sidek Timang Bayi Lelaki, Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua, Lengkap Dah Sepasang
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Ini Proses Pendaftaran Kelahiran Anak Ketika PKP. Follow Cara Ini.

Alhamdulillah.
Selesai sudah hal pendaftaran kelahiran. Terima kasih buat sahabat yang bantu. Terima kasih juga JPN kerana respon dengan cekap. Untuk makluman, due to #MCO, pihak JPN ada menyediakan kaunter khas untuk pendaftaran kelahiran / kematian. TETAPI melalui urusan TEMUJANJI sahaja.
Bagaimana?
Meh aku cerita.
Boleh email permohonan anda ke Unit Komunikasi Korporat di pro@jpn.gov.my. Anda ceritakan secara detail info kelahiran/kematian. Yang penting sekali jangan lupa letak LOKASI anda.
Kemudian mereka akan forwardkan email anda ke Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat (BKKAA) mengikut lokasi anda.
Untuk makluman, peringkat negeri hanya JPN ibu negeri sahaja yg buka. Klang Valley hanya Jalan Duta. Aku buat di Putrajaya sebab aku terlupa beritahu lokasi di dalam email.
BKKAA akan berhubung dengan anda melalui email. Mereka akan minta anda untuk hubungi nombor bahagian mereka bagi menetapkan tarikh dan masa temujanji.
Selesai penetapan masa/tarikh temujanji, BKKAA akan menghantar surat temujanji kepada anda melalui email or whatsapp. Surat aku dihantar melalui whatsapp.
Kemudian,anda perlu print surat temujanji tersebut dan bawa ke JPN pada hari yang ditetapkan. Anda tunjukkan surat tersebut pada Pengawal Keselamatan untuk daftar masuk.
Oh ya. Surat tu juga penting sebab anda kena tunjukkan pada encik polis apabila ditahan di roadblock. Macam aku, 5 -6 roadblock kena tempuh dari Gombak ke Putrajaya.
OK. Clear?
Sekian khidmat masyarakat untuk hari ini.
*******UPDATED*******
Untuk mengelakkan kekeliruan, bagi kelahiran anak yang masih baru (April) dan masih lagi dalam lingkungan 60 hari(SOP JPN), rasanya tak perlu tergopoh gapah untuk daftarkan kelahiran. Boleh tunggu hingga PKP tamat. Tambahan pula pihak JPN sekarang sedang mencari mekanisme baru untuk kes yg lewat lebih 60 hari. Mungkin akan ada kelonggaran. Tetapi jka ada keperluan mendesak atau kecemasan, boleh email dan dapatkan temujanji. Nyatakan secara detail informasi anda di dalam email tersebut. In shaa Allah mereka bantu.
Begitu juga hal pendaftaran Kematian. Untuk pendaftaran Kematian tiada had tempoh. Jadi, anda boleh tunggu hingga PKP tamat. Tetapi jika ada keperluan mendesak atau kecemasan, boleh email dan dapatkan temujanji.
Untuk keterangan lanjut, boleh juga berhubung terus dengan JPN negeri seperti nombor di bawah.
PENDAFTARAN KELAHIRAN DILANJUTKAN
Pendaftaran kelahiran dan kematian dilanjut 90 hari selepas tamat tempoh PKP, bayaran penalti akan dikecualikan.
Harap maklum.
Sumber: Encik Belo dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Nak Isteri Hidang Makan Minum, Senduk Nasi, Lelaki Ini Kata, Kena Tak Berkira Beri Layanan Baik Pada Isteri, Barulah Dapat Layanan Bak Raja!

Apabila mendirikan rumahtangga, sudah pastinya segala perkongsian hidup dan kebahagian dinikmati bersama suami isteri. Susah senang, suka duka dan segalanya diharungi bersama.
Bagaimana pun dalam membina rumahtangga bahagia layanan baik kepada pasangan adalah kunci kebahagiaan. Dengan kata mudah, tidak berkira dengan pasangan.
Adat dalam rumah tangga ada suami suka dirinya dilayan bak ‘Raja’,. Misalnya ada segelintir suami suka makan dihidang dimeja sempurna, disenduk nasi, dituang air dan sebagainya. Namun tanpa sedari layanan pada isteri sebaliknya.
Bagi lelaki ini, Akhtar Syamir layanan yang baik sebegitu yang diimpikan oleh kebanyakan suami itu munasabah jika yang cara sama diberikan kepada isteri.
Katanya, jika suami inginkan layanan bagaikan ‘Raja’ isteri juga berhak mendapat layanan bagaikan ‘Permaisuri.’
Jujur saya katakan yang setiap hari dan setiap kali kami nak makan, isteri saya akan hidangkan dan sendukkan nasi untuk saya.
Boleh kira berapa kali je yang saya sendukkan untuk dia dan anak-anak. Selalunya bila dah siap semua barulah saya dipanggil untuk makan.
Ada je sekali sekala saya ke dapur sekali untuk bantu dia masak atau lebih kepada mengacau dia masak. Tapi jarang sangat.
Semua ini bukan paksaan. Ini dibuat secara ikhlas oleh isteri saya dan dia tak senang duduk jika tidak temankan saya makan kalau saya ada urusan dan mereka terpaksa makan dulu. Dia akan duduk sekali di meja dan berbual sambil menemani saya makan.
Syukur Alhamdulillah, saya dilayan dengan sangat baik oleh isteri saya.
Hargai isteri
Mungkin ramai para suami yang inginkan layanan seperti ini. Tak salah pun sebenarnya. Tapi, di saat kita menerima, kita pun perlu memberi.
Saya sentiasa mengutamakan emosi isteri. Jika dia nampak gelisah, saya orang pertama yang akan memeluknya.
Jika dia bersedih, saya akan menggembirakannya. Jika dia penat, saya orang pertama yang akan memastikan dia dapat rehat yang secukupnya. Jika dia lapar, dengan sepantas kilat, dia akan dapat telefon saya dengan aplikasi Grab Food yang sedia terbuka.
Pada waktu pagi selepas Subuh jika dia nak tidur semula, saya akan pastikan tidurnya tidak terganggu.
Dia selalu dipeluk, dia selalu dicium, dia selalu dibelai. Tidur malam tidak pernah tidak diucapkan selamat malam dan diusap-usap rambutnya.
Pillow talk menjadi perkara yang kami lakukan setiap malam.
Jika saya terjaga dari tidur di malam hari. Pasti tangannya akan saya pegang umpama sedang bercinta.
Pelukan erat pada waktu pagi adalah rutin yang jarang kami tinggalkan.
Apabila saya dalam perjalanan pulang, dia selalu ditanya apakah inginkan sesuatu untuk dibawa pulang?
Fokus saya sentiasa ada pada dia apabila saya tidak bekerja. Kami akan selalu berbual dan bermesra, bergurau serta gelak ketawa.
Saya akan sentiasa pastikan dia gembira. Tona suara saya walaupun ada ketikanya tegas tetapi tidak pernah menjerit. Kerana saya tahu hatinya sangat mudah tersentuh.
Air matanya sangat berharga. Jika menitis, saya anggap ianya kesalahan besar saya.
Nak isteri sendukkan nasi dan layan anda seperti Raja di dalam rumah?
Boleh, tapi pastikan anda layan isteri umpama Permaisuri dahulu. Barulah kedua-duanya saling membahagiakan.
Percayalah, kemanisan dalam perhubungan itu ada. Ianya akan hadir bila kita beri segala-galanya kepada pasangan kita.
Sumber: Akhtar Syamir
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club