Daging Masak Hitam Bawang Goreng, Menu Signature Keluarga & Wanita Ni Kongsikan Resipinya. Boleh Cuba, Nampak Sangat Menyelerakan!

Share

Bila kita sudah namakan sesuatu masakan itu sebagai menu signature keluarga tentunya hidangan tersebut cukup istimewa dan digemari oleh seisi keluarga kita. Ini sama halnya dengan perkongsian daripada Noriza Jaja, menurutnya jika menu nan satu ini tidak disediakan di hari-hari istimewa terutamanya pada Hari Raya, boleh satu keluarga merajuk. Pastinya hidangan tersebut membangkitkan selera dan enak dinikmati.

Untuk itu dengan adanya resipi yang dikongsikan olehnya di sini, bolehlah kita pula mencuba rasa keenakan hidangan yang dimaksudkan. Nak tahu cara memasaknya dan bahan-bahan yang digunakan hingga menjadikan menu ini cukup istimewa, ini rahsianya.


Alhamdulillah, siap Daging masak hitam(bawang goreng)ni signature dish keluarga saya terutama hari raya. Wajib ada kalo tak semua orang merajuk. Sedap makan dengan nasi panas-panas atau lemang mahu pun ketupat palas. Sekali rasa mesti nak lagi.
P/s:yg penting kena rajin buat bawang goreng ye sis.


RESEPI DAGING MASAK HITAM(BAWANG GORENG)

✓1 kg daging(diperap dengan kicap pekat,kicap manis dan sedikit gula) agak-agak jer.


✓1 kg bawang goreng(lebih sedap bawang digoreng sendiri) guna bawang kecil lebih sedap ye


✓1 senduk cili kering blend(kalo suka pedas bole lebihkan)


✓kicap pekat,kicap manis,kicap masin
✓air asam jawa
✓garam,gula secukupnya
✓air
✓minyak untuk menumis

CARA2:
~perap daging dgn kicap dan gula selama 1/2 jam..saya agak2 jer. Gula dalam 2 sudu besar, kicap pekat, kicap manis jangan banyak sangat sebab masa menumis nanti kita nak tambah kicap lain.
~panaskan minyak 1 senduk @ setengah cawan minyak masak dan masukkan daging yang diperap tadi..
~masak sampai keluar air daging dalam 10 hingga 15 minit..lepas tu masukkan cili kering blend dan reneh lagi hgga cili benar-benar masak…
~masukkn kicap manis,kicap masin dn kicap pekat.agak2 jer pastu masukkan air asam jawa. Jangan banyak sangat nanti terlebih masam plak.


~renehkan daging hingga empuk..kalo kering tambah air dan tambah air jika daging belum empuk. Last sekali masukkan bawang goreng dan masak hingga bawang sebati.


~rasa la cukup pedas,manis dan masinnye ikut selera anda..jika terkurang tambah garam atau gula.selamat mencuba

Sumber : Noriza Jaja

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club