Daging Korban Dibungkus Plastik Hitam, Bahaya Kesannya. Dr Ni Jelaskan Agar Tak Ada Yang Berani Buat!

Share

Tinggal beberapa hari lagi kita umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban, tentunya saat melapah daging menjadi suatu perkara yang dinanti-nantikan oleh penduduk setempat. Suasana bergotong royong juga turut terasa meriah bila mana dilakukan bersama-sama.

Usai proses melapah, tiba pula proses agihan daging dilakukan dan kebiasaannya akan dibungkus kemas. Menyentuh tentang membungkus daging korban ini, terpanggil seorang doktor untuk memberi peringatan kepada pihak AJK korban, AJK Masjid dan orang ramai untuk jangan menggunakan plastik hitam.

Apa sebabnya, jom semak perkongsian penuh daripada Dr Rosli Abd Jalil ini.

Jangan guna plastik sampah hitam untuk bungkus daging korban!

Pesan kepada AJK Masjid,pesan kepada AJK korban, dan pesan kepada semua umat Islam yang akan merayakan Aidil Adha esok, JANGAN gunakan plastik sampah hitam untuk bungkus daging korban.

Ni Sebabnya

Plastik hitam dikhaskan untuk bungkus sampah, BUKAN untuk bungkus daging atau makanan, ia dibuat dari bahan plastik yang dikitar semula dari pelbagai sumber plastik yang telah terbuang dan dari segi kebersihan proses kitar semula tersebut adalah tidak hygenik dan ianya terdedah kepada kuman dan kotoran!

Disamping itu, bahan kimia dan bahan pewarna untuk pemerosesan plastik hitam adalah dari sumber bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dan sangat toksik kepada tubuh badan kita.

Sekiranya plastik hitam bersentuhan dengan daging yang masih basah dan berdarah maka akan berlaku tindakbalas kimia dan ianya akan menyerap ke dalam daging tersebut dan secara tidak langsung ia akan merbahayakan pada tubuh badan kita.
Daging juga boleh tercemar dengan kuman dan kotoran yang ada pada plastik yang dikitar semula itu.

Sebaiknya

Sebaliknya gunakanlah plastik putih yang lutsinar untuk tujuan pembungkusan daging korban.Islam menggalakkan kebersihan.

Saya menulis berpandukan bacaan dan pengetahuan tentang keburukan plastik sampah hitam kitar semula. Di negara maju seperti USA, Canada dan beberapa negara Eropah mereka telah mengharamkan penggunaan plastik sampah hitam kitar semula untuk digunakan sebagai pembungkus makanan dan yang saya tulis TIDAK SESUAI untuk digunakan ketika membungkus daging korban.

Kajian di USA mendapati plastik kitar semula (recycled plastic) semula mengandungi bahan kimia BROMINE DAN PLUMBUM. BROMINE adalah bahan yang bertanggungjawab kepada bertambahnya penyakit kanser, perkembangan anak-anak (developmental disorder), reproduksi isu, perubahan hormon thyroid dalam badan dan PLUMBUM pula penyebab kanser.

Atas faktor di atas juga, Negara jiran kita iaitu Indonesia melalui kajiannya di Jabatan Veterinar telah menggesa rakyatnya untuk tidak menggunakan beg plastik sampah hitam kitar semula (Berita 27 Julai 2019) untuk digunakan sebagai pembungkus makanan termasuk daging korban. Fikirkanlah bahawa Islam sangat menggalakkan kebersihan dan mengutamakan kesihatan untuk penganutnya!

Pesanan kesihatan oleh: Dr. Rosli Abd Jalil.
‘Occupational Health Doctor’.