Daging Goreng Cili Padi Limau, Hidangan Ringkas Tapi Boleh Buat Makan Bertambah!

Share

Buka peti tengok ada lagi lebihan daging korban baru-baru ini. Nak buat sup, yang tinggalnya isi, macam tak best pula.

Jenuh dok mikir nak masak menu apa yang sesuai, apa kata cuba resipi yang dikongsikan oleh Yatiekitchen

di laman facebook. Ada pula nasi putih panas-panas, ikan kering ke memang confirm makan bertambahlah! Jom cuba..

RESEPI DAGING GORENG CILI PADI LIMAU

Bahan A:

Daging
Bawang putih 3 ulas
Biji ketumbar 1 sudu
Jintan putih 1 sudu

Cara-caranya:-

1. Potong daging lawan urat dan nipis. Rebus daging sehingga empuk.

2. Tumbuk bawang putih, biji ketumbar, jintan putih, salutkan pada daging dan goreng hingga garing (pastikan goreng menggunakn minyak yang baru.

Bahan B:

Cili merah besar 2x
Cili padi merah 6x
Bawang merah besar 1/2 biji
Bawang holland 1/2 biji
Bawang putih 6 ulas
Tomato 1 biji
Limau nipis

Cara-caranya:-

1. Rebus semua bahan selama 15 minit. Toskan dan tumbuk kasar.

2. Panaskan minyak, goreng bahan yang telah ditumbuk, masuk belacan sedikit, gula 1/4, garam, mushroom seasoning, perahan limau nipis 1/2 biji, goreng cili sehingga garing.

3. Masuk daging yang telah digoreng dan daun limau purut.

Sedia untuk dihidang. Mudah kan? Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Yatiekitchen