
Buka peti tengok ada lagi lebihan daging korban baru-baru ini. Nak buat sup, yang tinggalnya isi, macam tak best pula.
Jenuh dok mikir nak masak menu apa yang sesuai, apa kata cuba resipi yang dikongsikan oleh Yatiekitchen di laman facebook. Ada pula nasi putih panas-panas, ikan kering ke memang confirm makan bertambahlah! Jom cuba..
RESEPI DAGING GORENG CILI PADI LIMAU
Bahan A:
Daging
Bawang putih 3 ulas
Biji ketumbar 1 sudu
Jintan putih 1 sudu
Cara-caranya:-
1. Potong daging lawan urat dan nipis. Rebus daging sehingga empuk.
2. Tumbuk bawang putih, biji ketumbar, jintan putih, salutkan pada daging dan goreng hingga garing (pastikan goreng menggunakn minyak yang baru.
Bahan B:
Cili merah besar 2x
Cili padi merah 6x
Bawang merah besar 1/2 biji
Bawang holland 1/2 biji
Bawang putih 6 ulas
Tomato 1 biji
Limau nipis
Cara-caranya:-
1. Rebus semua bahan selama 15 minit. Toskan dan tumbuk kasar.
2. Panaskan minyak, goreng bahan yang telah ditumbuk, masuk belacan sedikit, gula 1/4, garam, mushroom seasoning, perahan limau nipis 1/2 biji, goreng cili sehingga garing.
3. Masuk daging yang telah digoreng dan daun limau purut.
Sedia untuk dihidang. Mudah kan? Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Yatiekitchen
Resipi Punten, Nampak Macam Nasi Impit Tapi Bukan, Sedap Makan Dengan Sambal Bilis

Isi Kandungan
ToggleResipi Punten, Nampak Macam Nasi Impit Tapi Bukan, Sedap Makan Dengan Sambal Bilis
Punten adalah satu menu yang menjadi hidangan istimewa masyarakat Jawa. Sajian ini selalunya menjadi pilihan untuk menu sarapan pagi mahupun minum petang. Biasanya punten dihidangkan bersama sambal bilis.
Cara penyediaannya macam nasi lemak sebab ada santan tapi teksturnya macam nasi impit sebab lembut. Yang membezakannya ialah punten dilenyek dan dijadikan berbentuk.
Jom kita cuba resipi punten seperti yang dikongsikan oleh Shanaszy Aisy ini.
RESIPI PUNTEN DAN SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN:
1:3 sukatan beras dan santannya.
2 pot beras
6 pot santannya. Guna sebiji kelapa.
Sedikit garam bagi rasa lemak
Letak sikit kelapa parut (suka hati nak letak ke tak)
CARA MEMBUAT:
1. Cuci beras sampai bersih, lepas itu masuk santan, garam, kelapa parut. Masak macam masak nasi lemak, cuma lebihkan airnya.
2. Lepas itu bila sudah kering airnya, matikan api. Kacau dan kaup balikkan.
3. Ambil botol, sarung dengan plastik supaya mudah untuk menumbuk bagi lagi tekstur lumat. Botol apa-apa pun boleh. Guna botol sos tomato pun boleh. Boleh juga guna pelepah kelapa yang di repair bagi cantik dan guna sebagai alat menumbuk. Nampak lagi tradisional bukan?
4. Sudah lumat, kepal-kepalkan bentuk ikut suka. Kalau panas alas dengan plastik. Nak bentuk lebih cantik, guna acuan kuih pun boleh.
5. Boleh juga alas talam atau loyang dengan daun pisang. Selepas itu tuang sahaja dan ratakan. Kemudian, sejukkan. Apabila sudah sejuk barulah potong. Rupanya cantik bila dipotong ikut persegi!
Pasangan menu Punten ini tentulah sambal bilis.
RESIPI SAMBAL BILIS:
BAHAN-BAHAN:
Sengenggam cili api
7-8 biji bawang merah
3-4 biji bawang putih/
2 genggam ikan bilis. Segenggam dikisar. Selebihnya nanti tabur dalam sambal masa dimasak nanti.
Sedikit belacan jika suka /
Garam dan gula secukup rasa
1-2 asam keping/
Masak semua bahan di atas. Bila sudah masak, sambal bilis bolehlah digandingkan dengan punten tadi.
Sumber: Shanaszy Aisy via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Puding Roti Orang Dulu-dulu, Simple & Sedap. Ni Resipi Kalau Nak Cuba!

Siapa yang pernah menikmati rasa puding roti orang dulu-dulu mesti teruja untuk merasainya berkali-kali. Rasanya enak dan tersendiri. Malah menyediakannya juga cukup mudah.
Namun buat yang belum pernah merasainya, elok dicuba resipi yang dikongsikan oleh Yatie Eimra dan bolehlah nikmatinya bersama seisi keluarga.
Ini perkongsiannya.
Sekarang ni tengok orang buat puding roti letak macam² bahan & makan dengan kos kastard la, sos vanila la.. Tapi tekak saya tetap suka puding roti versi kampung² aje macam mana yang mak ajarkan masa zaman sekolah² dulu.. Selain makan waktu minum petang, kekadang tu kitorang makan puding roti ni untuk breakfast gak. Sebab tu tak suka yang fancy² bagai..
Guna 4 je bahan wajib. Rendam roti dalam air, bila dah lembut lenyek² sikit lepas tu masukkan telur (dibuang pusatnya), gaul² sekata. Masukkan susu pekat. Kalau nak lebih sedap & rasa lemak berkrim, boleh gak tambahkan susu cair.. Nak letek esen vanila pun boleh, taknak pun takpe sebab dah buang pusat tadi. Kukus. Dah siap nak makan terus boleh, makan sejuk pun sedap.. Tapi yang ni saya tabur serbuk kayu manis sikit sebab memang suka.. Hehee.. Ada ke yang suka puding roti plain/versi kampung camni?
Ni saya bagi resipi/tip sekali kot ada yang nak cuba. Orang² tua dulu ajar bagi tip je..mane bagi sukatan yang tepat, tapi sebabkan saya risau hasilnya tak sama, jadi bila mak ajarkan tu..saya sukat sesiap airnya.. Ekeke.. So, insyaAllah setiap kali buat, hasilnya tak mengecewakan
Tip dari mak saya
Roti = Boleh gunakan roti sandwich putih atau yang sandwich coklat/berperisa. Kalau guna roti yang manis, kurangkan susu pekat ye. Kalau guna roti wholemeal lak, kena lebihkan air sebab roti ni serap air lebih banyak.
Telur = Sebiji telur saiz A untuk setiap 2 keping roti atau 2 biji telur saiz C untuk setiap 3 keping roti.
Air = 50 ml untuk setiap sekeping roti (yang ni saya sukat masa belajar buat time kecik² dulu) Boleh kurangkan separuh sukatan air jika nak guna susu cair. Contohnya jika buat 4 keping = 100 ml air, 100 ml susu cair (½ cawan teh air, ½ cawan teh susu cair). Kalau nak guna susu segar, sukatan tetap 50ml untuk setiap sekeping roti.
Susu pekat = 1–1½ sudu makan bagi setiap sekeping roti. Saya tak kuat manis, pada saya 1 sudu makan ni manisnya just nice. Tapi kalau suka yang manis, boleh ler tambah lagi..
Ok, ni resipi yang saya buat ni lak.
Puding Roti Versi Kampung
Bahan²
4 keping roti
100 ml air (kalau taknak tambah susu cair, guna 200ml air atau 200ml susu segar/1 cawan)
100 ml susu cair* (xpayah letak ni kalau guna susu segar)
2 biji telur A
4 sudu susu pekat manis
Cara²
1. Rendam roti dalam air & susu cair.
2. Bila roti dah lembut, lenyekkan
.
3. Masukkan telur. Gaul sekata.
4. Tambah susu pekat. Gaul sebati.
5. Sebelum masukkan adunan dalam bekas, lengser dengan marjerin/mentega pada bekas supaya hasil kuih cantik bila dikeluarkan.
6. Kukus api sederhana besar (jangan besar sangat, nanti permukaan puding telur tu menggelembung²) selama 25-30 minit.
7. Kalau suka boleh tabur serbuk kayu manis.
*Untuk versi bakar, suhu 180°c bakar 25–30 minit atau sehingga masak. (oven saya kecik & cepat panas, saya gunakan suhu 170°c jer.. )
Mudahnya Nak Buat Kek Gula Hangus Sukatan Cawan. Mesti Cuba!

Isi Kandungan
ToggleJika ada para ibu bercadang membuat kek, sudah tentu memilih resepi yang mudah penyediaannya dan confirm menjadi serta sedap.
Antara resepi kek yang popular dan mudah buat adalah resepi kek gula hangus. Ada juga yang panggil kek ini sebagai kek sarang lebah atau kek sarang semut.
Apa kata cuba buat kek ini. Memang sedap makan panas-panas. Anak pun boleh bawa bekal ke sekolah.
Bahan Resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan :
Bahan Gula Hangus :
- 1 1/4 cawan gula putih
- 1 cawan air panas mendidih
Panaskan periuk / kuali guna api perlahan dan masukkan gula dahulu.Ratakan gula ke seluruh bahagian periuk.Bila dah start mencair jangan kacau gula.
Dah cair dan menjadi perang,tutup api sekejap,masukkan air panas.Hati-hati untuk elakkan terkena badan anda.Buka api dan sebatikan barulah masukkan butter.Sebatikan dan tutup api.Sejukkan.
Bahan Kek Gula Hangus :
- 1 cawan tepung gandum
- 125 gram butter
- 2 sudu teh soda bikarbonat
- 5 biji telur gred B ( 4 jika Gred A )
- 1/4 cawan susu pekat
- 1 sudu teh essen vanila
Cara Penyediaan Resepi Kek Gula Hangus :
#1: Dalam bekas,kacau telur bersama susu pekat manis dan essen vanilla.Guna whisk sahaja.Tak perlu kembang cukuplah sehingga telur kuning pecah dan sebati sahaja.Tambahkan buttercup yang telah dicairkan menggunkan kaedah double boil.Pastikan dah sejuk ya. Kacau manja biar sebati sahaja.
#2: Ayak dulu tepung bersama soda bikarbonat dalam bekas lain supaya elok bercampur semuanya.Barulah dimasukkan ke dalam bekas di langkah 1 sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-perlahan.
Barulah ditambah dengan air gula perang yang telah pun betul-betul sejuk ya.Kacau hingga adunan sebati.
#3: Alaskan loyang 7×7 inci dengan parchment paper gris dinding loyang dengan marjerin atau butter dan masukkan adunan yang ditapis. Barulah perap selama 3 jam.
#4: Nak bakarnya mesti kena faham oven sendiri. Kami gunakan suhu 145’C untuk 40 minit pertama dan 10 minit lagi pada suhu 155’C . Oven kami kuat sikit. Jadi kalau oven biasa, dalam 160 ‘C – 170’C dengan masa yang sama. Ingat gunakan api bawah sahaja ya.
Tips : Boleh cucuk dengan lidi untuk tengok kek dah masak ke belum pada minit ke 50.Kalau tak melekat tepung,masak la tu.
Sejukkan dan keluarkan kek gula hangus barulah dipotong melintang untuk serlahkan sarangnya. Mula-mula anda belah ua kek dan tengok alur sarang, barulah dipotong melintang melawang alur dan Insyaallah keluar lah sarangnya.
Selamat mencuba!
Sumber: FB Resepi Kek & Puding