Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai Sedap & Padu. Wanita Ni Kongsikan Tip Perapan & Daging Maintain Cun. Mudahnya!

Share

Kalau dah bosan mengadap nasi hari-hari  dengan ayam atau ikan, apa kata hari ini ibu-ibu tukar menu. Kali ini cuba pula daging bakar cicah sos ala thai. Serius sedap. aroma segar dari daun ketumbar buat rasa nak repeat lagi.

Jom kita cuba menu ini yang dikongsikan oleh puan Cheyah Saripuddin

Resepi Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai

Perghhhhh. Puas hati cheyah makan daging bakar semalam. Memang tak makan nasi duk makan lauk gini je. Abewe boleh angkat ibu jari duk puji sedap sengoti.

Sorry tak sempat nak snap gambar comel comel sebab sedap terlajak. 🤣 Tapi cheyah tak best kan kalau tak kongsi. Kita pakat merasa sedap belaka kalau ada yang akan cuba.

Bahan-bahan dan cara penyediaannya sangat mudah. Salah satu resepi simple yang semua orang boleh cuba.

1. Perapan Daging

500 g daging lembu
3 sudu besar brown sugar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam

Untuk perapan ni, tumbuk dulu bawang putih, lada hitam dan garam. Kemudian gaulkan semua sekali dengan semua bahan. Nak tips bagi cun masa membakar, tambhkan sedikit minyak masak. Perap dalam 4-5 jam. Baru dibakar hingga masak

2. Sos Ala Thai

3 ulas bawang putih*
2 biji cili hijau*
* Tumbuk dulu dua ni bagi hancur dan lumat.

3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar brown sugar
2 biji limau nipis
3 biji cili padi (dipotong kecil)
2 biji bawang merah (dimayang halus)
Daun ketumbar (dipotong halus)

Cara membuat:

Ni untuk perap daging, tumbukkan bawang putih, lada hitam dan garam bagi lumat.

Kemudian, campurkan dengan sos tiram, sos ikan dan brown sugar. Gaul bagi sebati.

Tips nak nampak cantik masa membakar, letak minyak masak sedikit.

Lepas dah perap boleh la bakar hingga masak.

Potong dia nipis nipis. Perghhh tak sempat potong masuk mulut dulu. 😆
Nota : Cara potong daging ni sepatutnya melintang urat. Cheyah tak mampu lintang sebab beli tu memang dah salah potong sis.

Kedua, untuk sos ala thai. Satukan bahan tumbuk bawang putih dan cili tu bersama sos ikan, sos tiram dan brown sugar.

Kacau sebati. Perahkan asam limau nipis. Cheyah guna dua biji dah banyak air. Kalau tak masam blh tambah. Nanti adjust la sendiri masam dia tu

Tambahkan hiasan bawang merah, cili potong dan daun ketumbar yang dipotong halus.

Taraaa inilah rupa dia.

Cicah jangan tak cicah

Tu dia juice betul tengok daging.

Sampai hotdog pun daku bakar dan cicah.

Sotong pun cheyah bakar tawar gitu je

Haaa hiris nipis. Sedap wehhhh

#dagingbakar
#dapurcheyah
#resepisimple