Menjamu selera anak-anak dengan menghidangkan dadih yang lembut dan sejuk mesti digemari ramai.
Apatah lagi jika disediakan menggunakan pilihan susu kegemaran. Bukan sahaja sedap malah berkhasiat. Menyediakannya pun mudah sahaja sebagaimana yang dikongsikan oleh Akmal Fahmi ini. Jom semak.
Dadih Susu Homemade Mudah, murah, cepat, sedap
Bahan-bahan:
Susu full cream 1L
Agar-agar tali
Gula
Garam
Air masak
Cara caranya:
1. Panaskan air masak lebih kurang 1liter dan masukkan 1/3 agar-agar tali ke dalam periuk. Masak sampai agar-agar larut. Api tidakt perlu kuat.
2. Masukkan sekotak susu full cream. Masukkan semuanya. Kacau perlahan.
3. Masukkan gula secukup rasa. Masukkan garam secubit(sikit saja).
4. Kacau adunan dadih, jangan sampai mendidih. Agak-agak dah sebati semua, tutup api.
5. Tapis adunan dadih sebelum masukkan dalam bekas kecil-kecil. Masukkan dalam bekas kecil-kecil. Agak-agak sudah sejuk sikit, masukkan dalam peti sejuk.
6. Biarkan dadih membeku. Agak-agak dadih dah keras, boleh la nikmati dadih gedik-gedik yang sejuk tu hampa oii..
Note: Boleh juga guna susu berperasa lain kalau nak dadih beperasa seperti coklat, strawberi dan lain-lain.
Sumber : Akmal Fahmi via MAHN