
Menjamu selera anak-anak dengan menghidangkan dadih yang lembut dan sejuk mesti digemari ramai.
Apatah lagi jika disediakan menggunakan pilihan susu kegemaran. Bukan sahaja sedap malah berkhasiat. Menyediakannya pun mudah sahaja sebagaimana yang dikongsikan oleh Akmal Fahmi ini. Jom semak.
Dadih Susu Homemade Mudah, murah, cepat, sedap
Bahan-bahan:
Susu full cream 1L
Agar-agar tali
Gula
Garam
Air masak
Cara caranya:
1. Panaskan air masak lebih kurang 1liter dan masukkan 1/3 agar-agar tali ke dalam periuk. Masak sampai agar-agar larut. Api tidakt perlu kuat.
2. Masukkan sekotak susu full cream. Masukkan semuanya. Kacau perlahan.
3. Masukkan gula secukup rasa. Masukkan garam secubit(sikit saja).
4. Kacau adunan dadih, jangan sampai mendidih. Agak-agak dah sebati semua, tutup api.
5. Tapis adunan dadih sebelum masukkan dalam bekas kecil-kecil. Masukkan dalam bekas kecil-kecil. Agak-agak sudah sejuk sikit, masukkan dalam peti sejuk.
6. Biarkan dadih membeku. Agak-agak dadih dah keras, boleh la nikmati dadih gedik-gedik yang sejuk tu hampa oii..
Note: Boleh juga guna susu berperasa lain kalau nak dadih beperasa seperti coklat, strawberi dan lain-lain.
Sumber : Akmal Fahmi via MAHN
Kreatif Sungguh Ibu Ni. Buatkan Pakaian Angkasawan Untuk Anak, Bermodalkan RM16 Je!

Kalau sudah namanya kreatif, memang kadang kala apa yang cuba dihasilkan tidak terfikir dek akal. Ini sebagaimana apa yang cuba direalisasikan oleh seorang ibu apabila anaknya memasuki Pertandingan Pakaian Beragam dengan menghasilkan kostum angkasawan buatan sendiri.
Menariknya, modal yang digunakan cukup rendah tapi memberi impak cukup memukau hingga menawan juri pertandingan tersebut dengan mendapat tempat ke dua.
Apabila dikongsikan daripada mana ibu ini mendapatkan material untuk hasilkan semua kelengkapan seorang angkasawan, terbukti sesiapa pun boleh hasilkannya memandangkan bukanlah terlalu sukar untuk dicari dan membuatnya juga mudah!
Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian ini.
This time nak share deco pakaian beragam anak no 2 pulak. Alhamdulillah… menang tempat pertama jugak dalam Pertandingan Pakaian Beragam sempena Festival Sastera Kanak-kanak di Perpustakaan Negara baru-baru ni.
Barang-barang deco 80% beli dari kedai Eco je. Deco anak sebagai Angkasawan Negara, anak umur 6 tahun.
1. Baju pinjam, helmet dan kasut yang sendiri punya just balut dengan aluminium sheet yang beli dari kedai Eco.
2. Beg buat sendiri, guna botol air gas yang beli dari kedai Eco + kotak terpakai + salur air mesin basuh yang juga beli dari kedai Eco.Lepas tu balut dengan aluminium sheet sama yang guna untuk balut kasut dan helmet tadi yang juga beli dari kedai Eco.
3. Untuk aksesori… yang kat bahagian leher tu guna salur air mesin basuh sama yang beli dari kedai Eco, lepas tu balut dengan aluminium sheet yang sama jugak. Lepas tu batang bendera tu guna batang mop lantai yang dah rosak. lepas tu balut dengan saletip biru yang beli dari kedai Eco, lepas tu letak bendera. Sarung tangan beli dari kedai Diy.
4. Yang untuk sample meteor tu ( konon-konon laa ) guna acuan kuih pakai buang yang beli dari kedai Eco + bekas balang yang juga beli dari kedai Eco dan pengepit kuih yang juga beli dri kedai Eco.
So… jadi laa, bajet bawah Rm16
sumber : Zulaikha Zulkifli
Memasak Dan Kemas Rumah Tak Jatuh Pun Martabat Suami. Bantu Isteri Itu Yang Terbaik!

Betapanya gembiranya seorang wanita bergelar isteri apabila suami membantu isteri tanpa berkira.
Tidak jatuhnya martabat lelaki jika mengemas rumah atau memasak. Sebagaimana perkongsian ini. Kisah yang boleh jadi manfaat untuk membina keluarga bahagia.
______________________________
Malam hari tu, saya dobi baju. Agak lewat jugak. Dekat-dekat pukul 12. Saya sorang tapi saya tak risau sebab port tu meriah, ramai orang.
Then, masuk sorang pak cik bawak bakul.
Setel mesin baju saya lepak luar dobi tu. Ambil angin.
Tiba-tiba pak cik tadi tu datang duduk sebelah saya. Mai nak sembang. Cerita punya cerita, dia bagitau dah dekat 40 tahun kawen dia dah kawen. Dia tanya saya, dah kawen belum, bila saya kata dah, dia jawab ‘muka muda lagi ingatkan tak kawen lagi!’. Berbunga jugak dalam hati bila dapat pujian tu (dimuntah). Dia siap puji: ‘bagus ye dik malam-malam dobi baju. Tolong bini..’
Lepas tu dia cerita sebelum ni dia tak pernah pun tolong buat kerja rumah ni. Bini dia jadi ‘one-woman-show’ buat kerja rumah sorang-sorang. Dia kata dia dibesarkan macam tu.
Tapi entah macamana ada satu hari tu dia tengok facebook Ustaz Ebit Lew. Dia tengok Ustaz Ebit baru balik buat kerja kebajikan penat-penat tapi sampai rumah Ustaz terus tolong bini dia masak. Start masa tu dia terfikir penat sebenarnya jadi isteri ni dan bermula dari hari tu dia start cuba tolong bini dia. Mula-mula memang nampak pelik tapi lepas tu jadi biasa.
Pak cik tu bagitau tolong bini ni bukanlah maksudnya suami ni nak kena ambil semua tanggungjawab kerja rumah yang bini kena buat, bukan macam tu.
Dia bagitau, kalau isteri dah tolong basuh dan bilas baju, suami pi lah tolong dobi ke jemur ke,
Kalau isteri tengah masak, suami tolonglah bancuh kopi ke, buat air sirap ke apa ke.
Kalau isteri dah masak tolonglah makan sampai habis sebab bini ni bila dia dah masak dia kenyang dah.(ramai isteri ada habit macam ni kot).
Pendek kata, kalau isteri buat kerja, suami bantulah sama. PERMUDAHKAN KERJA ISTERI. Kalau tak nak tolong pun takpe sebab sekarang ni banyak jugak alat canggih boleh buat kerja rumah jadi senang. Beli je kat bini.(banyak sangat wishlist kaum perempuan ni kan?
Last sekali, pak cik tu bagi nasihat yang buat saya sayu:
‘Dik, takkan jatuh martabat seorang lelaki kalau dia tolong bini dia dik. Janganlah malu tolong bini. Nanti bila kita susah, kita sakit, bini jugak yang tolong jaga kita masa tu..’
Betul jugak apa yang pak cik ni cakap. Terima kasih pak cik atas nasihat yang berharga malam tu.
Saya sekadar nak kongsi cerita ni buat semua pasangan suami dan isteri yang nak cari kebahagiaan bersama.
p/s: sharelah kalau isteri-isteri rasa nasihat pak cik ni bermanfaat buat pasangan masing-masing. Boleh juga follow Muhammad Yusof yang suka tulis santai-santai pasal kisah suami isteri.
Kredit: Muhammad Yusof
Turun 30kg Tanpa Ubat Kurus, Turuti Langkah Wanita Cantik Ini Jaga Badan!

Bila baca cerita Cik Ain di facebooknya rasa terinspirasi nak kuruskan badan. Berjaya menurunkan berat sebanyak 30kg adalah satu kejayaan paling besar buat semua wanita.
Paling penting Cik Ain atau nama sebenarnya Nurfarahain Aziz langsung tak gunakan sebarang ubat kurus untuk turunkan berat badannya. Hanya amalkan pemakanan yang sihat sahaja katanya. Jadi kalau Cik Ain boleh mengapa kita tak boleh kan?
Jom ikut cara Cik Ain.
Cik Ain nak bagi tip ni sapa yang duk tanya apa tip. Ok ni rahsia cik ain?
Empat tahun memang saya alami masalah berat badan. Dulu tak makan nasi sehari memang tak boleh duduk. Sehari makan nasi 2 kali..hehehe pastu mesti ambil makanan manis seperti coklat, kek dan minuman manis. Dulu air putih lagi la tak minum, semuanya minum air ais ja.
Petang nak jogging tak larat, badan rasa letih, jalan lama pun tak larat. Naik tangga jadi penat sebab berat badan.
Tahun 2016 saya dah start nak diet. Memang betul betul nak diet, bukan sebab nak cantik Tapi nak jaga kesihatan.
Minggu Pertama
Start diet minggu pertama tu ambil jugak nasi cuma ambil sedikit nasi sahaja. Lepas tu ambil air putih banyak, sehari 2 botol air.
Makanan berminyak, berlemak, bertepung semua tak ambil, sebelum pukul 7 malam saya cuma makan buah atau benda-benda yang tak berat.
Minggu Kedua
Teruskan juga makan macam minggu pertama, sebab nak kurus kan…hehehe. Sarapan pagi wajib ambil telur 2 biji separuh masak, tengahari ambil nasi tapi sedikit sahaja, lauk ayam bakar, sup sayur makanan yang berebus, sayur dan ikan bakar dan rebus.
Petang makan buah dan air suam sahaja. Lapar macam mana pun, kena minum air putih banyak. Malam dah rasa kenyang sebab minum air putih banyak.
Minggu Ketiga
Makan juga macam minggu pertama dan minggu kedua, yang penting ambil air kosong banyak. Sangat bagus. Lepas pada minggu ketiga pelan-pelan tak ambil nasi cuma ambil lauk sahaja contoh bakar, rebus, dan sup sayur.
Nasi saya tak ambil. Kalau rasa lapar minum ja air putih buat kita ada tenaga sikit.
Minggu seterusnya
Sarapan pagi 2 biji telur separuh masak dan (wajib) air putih
Tengahari
Ayam bakar, sup, air putih
Petang (Sebelum 7 malam)
Buah buahan, sup sayur dan air putih
Tip nak jaga perut tak nak buncit
Lepas makan jangan mandi dan lepas makan jangan minum air selama satu jam. Lepas tu baru minum air, tapi air kosong ja..hehehe
Alhamdulillah berat semakin turun, amal jaga permakanan, jaga kesihatan ada masa petang mesti jogging seminggu 3 kali pun dah ok. Bagi keluar peluh saja. Sahari mesti minum 3 botol air kosong, buat kita jadi kenyang.
Siapa yang nak kurus, nak jaga kesihatan boleh ambil tip ni hehehe. Siapa tak nak kurus kan? Semua nak kurus kan, nak pakai baju cantik-cantik kan. So kena betul-betul tekad nak jaga badan, nak jaga kesihatan dan nak kurus.
Kalau ada perkataan “nantilah aku diet”? Sampai bila nak ‘nantilah’? Sampai sakit sebab lebih berat badan. Sekaranglah kita kena ubah, siapa lagi nak ubah kalau bukan kita sendiri. Tekad yakin dengan diri sendiri.
Siapa yang duduk tanya Cik Ain sangat macam macam nak kurus. Ambil tip atas tu semua dan cuba buat. Insyaallah kalau kita yakin dengan diri kita insyaallah berjaya.
Cik Ain memang tak ambil langsung sebarang ubat kurus, Cik Ain hanya amal permakanan sahaja. Kalau cakap orang tak akan percaya orang akan kata makan ubat kurus. Tapi sebenarnya cuba amal permakanan yang sihat macam cik ain cakap ni. Insyaallah. Alhamdulillah sekarang turun 30kg, cuma amal permakanan yang sihat sahaja.
Kredit: Nurfarahain Aziz