
Gelagat anak Fizo Omar sering mengundang perhatian netizen. Dengan loghatnya yang bersahaja membuatkan ramai terhibur. Terbaru, Fizo Omar memuat naik sepotong video ketika mengambil anaknya meraih perhatian ramai.
Maryam atau nama sebenarnya Wan Maryam bertubi-tubi bertanyakan soalan buat ayahnya.
Lagaknya tak ubah seperti pegawai penyiasat, namun wajahnya teruja tatkala melihat kehadiran ayahnya. Cukup comel dan petah bercakap.
Bila cik yam jumpa daddy!
Cer dgr cik yam cakap ape kat daddy.
Gelagat bersahaja dua beranak ini mengundang perhatian warganet.



Untuk rekod, fizo mendirikan rumah tangga bersama Mawar Karim namun jodoh pasangan ini tidak panjang. Mereka mendirikan rumah tangga pada November 2013, sebelum bercerai dengan talak satu pada 10 Julai 2019.
Walaupun sudah berpisah, namun masih tetap berhubung baik demi anak kesayangan mereka ini.
Sumber: fizoomar
Murahnya belian di SINI
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
3 Bulan Masih Elok Daun Kari Ni Kalau Simpan Cara Begini. Rugi Kalau Tak Tahu & Memang Mudah Sangat Caranya!

Buat penggemar masakan kari mungkin ada yang terdetik di hati kecil untuk menanam pokok kari di halaman rumah untuk pastikan daun kari dapat dipetik bila dirasakan perlu. Namun bagi yang tiada ruang untuk bercucuk tanam, bagaimana pula caranya bagi memastikan stok daun kari sentiasa ada?
Mungkin kah terpaksa setiap hari membeli daun kari? Cara ini tentunya membazir, tambahan pula biasanya dalam sehari dua apabila disimpan di dalam peti sejuk, daun kari tersebut akan layu dan kering.
Daun kari ini bukan saja memberi haruman dan keenakan masakan semata-mata malah turut diakui punya nilai perubatan yang tinggi. Dikatakan boleh menghentikan cirit-birit, daun kari kaya dengan sumber antioksidan, mengawal penyakit kencing manis, mengurangkan kolesterol dan pelbagai kebaikan lainnya.
Menyedari keistimewaan daun kari, ada baiknya dipastikan daun kari sentiasa ada di rumah. Oleh itu, tahukah anda sebenarnya jika ikut petua ini, daun kari boleh disimpan hingga 3 bulan lamanya dan dijamin kekal segar. Ingin tahu lanjut, jom baca lebih detail step by stepnya.
Step by Step
- Uraikan daun dari tangkai.
2. Basuh bersih dengan air paip mengalir.
3. Keringkan dijemur matahari, kalau nak cepat masukkan dalam oven di lapik di atas kotak, guna suhu 75C tetapi perlu awas, JANGAN SAMPAI DAUN JADI GARING. Cuba ramas daun ini agak-agak lembut dan kering sudah cukup.
4. Masukkan dalam sebuah bekas dan titiskan beberapa titisan minyak masak dan ramas-ramas daun-daun ini supaya minyak bersalut serata.
5. Masukkan dalam bekas atau botol yang kedap udara. Bila nak guna ambil yang perlu dan tutup kembali penutup. Daun Kari anda ini boleh tahan 2-3 bulan. Selamat mencuba ya!
Sumber : Mamak Haji
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Khabaran Duka. Rakan Artis Dan Perniagaan Titip Doa Pemergiaan Pengasas Dnars Skincare.

Perkhabaran duka hari ini usahawan kosmetik Faziani Rohban Ahmad, 40, yang juga pengasas produk kecantikan jenama Dnars Skincare, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.
Berita kematian Faziani disahkan adiknya, Faizol Rohban Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian.
Faizol memaklumkan, kakaknya bertolak dari rumah di Kampung Paloh, Tumpat jam 8 pagi tadi bersama suaminya.
“Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk. Setengah jam selepas itu, dia maklum kakak dah meninggal dunia,” katanya.
Mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand.
Dalam pada itu, berita yang mengejutkan ini,kala menyambut Ramadan, telah mengundang kesedihan dikalangan rakan artis yang menitipkan didoa diatas pemergian pengasas kosmetik ini.
Semoga arwah berada di dalam kasih sayangNya
View this post on InstagramA post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on
Sedih terkejut…kenal arwah lebih 15 tahun lagi
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Pergi dalam bulan yang mulia
View this post on InstagramA post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Kesayanganku, insan yang baik budi pekertinya…
View this post on InstagramA post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Artikel berkaitan: Pesanan terakhir arwah pengasas dnars skincare buat anak-anak sebelum-maut kemalangan
Sumber: Sinar Harian
“Baru Nak Rasa Okay Dari Perangai Papa, Rupanya Turun Ke Anak.” Diana Belajar Sabar Dari Tabiat Pembersih Suami & Anak Lelaki.

Isi Kandungan
ToggleApabila kita berkahwin, pasti segala kekurangan dan baik buruk pasangan harus diterima dengan hati terbuka. Disebalik kekurangan tersebut, pasti ada kelebihan yang kita tak sedari kan.
Sebagai contohnya, pelakon dan juga usahawan, Diana Rafar bertuah kerana dikurniakan suami yang pembersih orangnya.
Biarpun pada awal perkahwinan mereka, apa jua yang dilakukan Diana serba tak kena, namun sikap ringan tulang Zamarul Hisham membantu pasangan ini untuk melayari alam rumah tangga dengan aman tanpa masalah.
Ini dikongsikan oleh Diana yang mengakui sifat pembersih suaminya itu kini sudah menurun kepada anak lelaki mereka.
“Dulu baru2 kawin dengan @zamarulhisham93 susah nya lah nak sesuai kan diri .. rasa apa kita buat semua serba tak kena , gosok baju dia kata tak licin.. basuh pinggan tak kilat, susun barang tak cantik… habuk rumah tak boleh ada tapi alhamdullilah lama2 dia buat semua sendiri dah tak kacau Diana syukurlah asalkan dia rajin mengemas.
“Ingatkan semua tu dah berlalu dah tak rasa perasaan tu lagi, rupanya turun ke anak bujang ku @kashfihaiqal_ Allah hu! Takut mama. Nak keluar rumah 3x tukar baju, sikat rambut dia kata salah, pinggan dia setitik kotor pun tak boleh ada, sudu nk kena kilat mashaallah.
“Baru mama nak rasa okay dari perangai papa dulu rupanya turun ke anak. Apa pun mama bersyukur Allah kurniakan mama anak yang pembersih, dan banyak ajar mama erti kesabaran , walaupun kadang menguji iman mama.
Dalam pada itu, Dia berharap anak perempuannya, kayla tak ikut perangai papanya juga. Begitu pun dia enggan mengeluh sebaliknya menerima anugerah tersebut.
“Mama pegang 1 prinsip anak itu tetamu Allah , jangan mengeluh jaga lah amanah Allah itu dengan kasih sayang dan baik… mama luv kash forever sayang … moga jadi anak yang soleh dunia akhirat sayangku….❤️ #sabarituindah
View this post on InstagramA post shared by Diana Rafar (@dianarafar) on
Rata-rata pengikut Diana berkongsi kisah tak kurang yang memuji isteri kesayangan Zamarul ini kerana beruntung memiliki suami dan anak pembersih orangnya.
aana_raish Untung dpt somi & ank laki rajin pbersih ?? sy rela dok dgn org yg pbersih dr pgotor.
shuhaida2156 Bagus mcm tu @dianarafar kita didik anak jd pembersih. Sama mcm anak bujang sy pembersih bj kotor sikit x bole..pinggan mangkuk kena bersih.. Haish.. Mayb ikut me.. Adik nya msh kecil pun dia marah sbb basah dgn air liur.. Dia dlu ms baby xde kuar air liur mcm adiknya.. Hurmmm… Nasib la adik nya… Slalu kena marah dgn abang.
mommy_jelyta lelaki bila dia tahu dia cerewet..dia tkkn susahkan pasangannya.. dia buat sndiri dan insha allah sbgai pasangan kita akn bljr perlahan lahan sifat cerewet itu..dan..kita pula akn jd lebih cerewet dr nya????maka dia kena bertabahlah jika dia pulak dileter nya.. apapun..alhamdulilah..☺️☺️☺️
suridihatienanuar alhamdulillah…tahniah berkat dari KESABARAN…bkn senang nak menjiwai sabar ni,,akhir ye nikmat terase…
ezaatiey Mcm ank kwn klo g skol susun slipar pn kena ukur bg sama, mlm2 bgun betulkan cadar bg tegang, jwb exam smpai hbs masa sbb padam bkali2 nk bg kemas elok?OHD signs
mamazuras @dianarafar ye iklas ma cakap memang cukup sempurna suka ma tengok nya semoga perjalanan hidup nya di permudah kan oleh Allah swt berjaya menjadi anak yang soleh di dunia dan ahirad Aamiin ..kirim peluk cium ma pada nya
syuryaniesaid ???Biasa la tu akk .. Dalam ramai² ank mesti ada sorg turun ayah & sorg turun macam ibuNya @dianarafar semoga family akk sentiasa di dalam golongan org² yg soleh & solehah ..
zaybeautys ahahahaha kuah tumpah ke nasi juga akhir ye
noramanja03 Bukan senang nk cari org yg pembersih dn rajin berkemas @dianarafar Syukur Alhamdulillah rezki dr Allah tu.. Btw u look great! Pujian yg ikhlas dr sy?keep it up!
suh4ily Tak sangka pakcik @zamarulhisham93 gitu peelnyaa… tapi ape pun korang memang sweetttt
azleena.jomali diana..i feel you!!! kita ada suami ocd yg sejibik sama..makan masa nak hadam perangai dia org…kalau tak sabar mmg hurmm…sabar jer la
lindasaffiya @dianarafar anak saya pun sama nmpk pinggan kotor sikit pun xnk guna suruh basuh sampi ilang kotor tu
cherynms Oh yeke tgk suami Diana mcm sempoi je gayanya walau kemas…. Rupanya pembersih n n rajin mengemas ya… Huhuhu… Oklah tu klu suami cerewet tp nak buat n kemas sendiri hehehe
fatinilani Samaaaaa dgn anak sy. cerewet yg amat. Semua nak perfect. Seluar kene fit. Baju takleh besar2. Kene sentiasa wangi. Jam kene pakai all the time. Aduhhh pening mak.
Sumber: IG dianarafar