Kemelut rumah tangga pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana yang mencuri tumpuan ramai sebelum ini. Namun hubungan mereka kembali pulih dan mengakui itu asam garam dalam kehidupan berumah tangga.
Sekian lama tidak memuat naik gambar bersama isteri dan anak-anak, terbaru Syamsul Yusof menerusi laman instagramnya berkongsi sekeping video bersama anak perempuannya, Sumayyah.
Perkongsian tersbeut mendapat reaksi ramai warganet dan tak kurang yang mengundang sebak melihatkan situasi si ayah dan anak perempaun seolah-olah melepaskan kerinduan antara satu sama lain.
Di dalam video tersebut, Syamsul dilihat mendukung Sumayyah sambil mencium pipi puterinya berulang kali manakala anaknya ketawa kegelian diperlakukan sedemikian rupa.
Momen membahagiakan dan pasti menjadi ingatan buat kedua-duanya.
Love my daughter more than life. Sumayyah ku ❤
Demikian bait-bait kapsyen yang dimuat naik oleh Syamsul di dalam video berkenaan.
Gelagat ayah dan anak perempuan itu ternyata mengundang perhatian ramai. Ada yang sebak menulis komen tak kurang yang gembira melihat kebahagian keluarga ini kembali terjalin.