“Daddy Dah Nak On Duty.” Isteri Fizo Omar selamat Bersalin bayi perempuan. Tahniah!

Share

Pelakon  Fizo Omar berkongsi berita gembira,  isterinya selamat melahirkan cahaya mata supung mereka.

Berita tersebut dimuatnaik oleh menerusi satu hantaran di Instagram yang melihatkan gambar butiran isterinya, Fazeera Nazri Azrai dan bayi perempuan mereka.

Menerusi perkongsian tersebut,  Fizo melahirkan rasa syukur atas kurniaan zuriat tersebut dan berterima kasih atas doa orang ramai, selain memberitahu bayi tersebut lahir dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.

“Alhamdulillah, satu lagi anugerah terindah dari Allah. Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan 2 minggu lebih awal dari EDD (anggaran tarikh kelahiran).

“Ibu dalam keadaan selamat dan bayi comel,”tulis Fizo..

Pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar  turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Hospital Andorra atas layanan hospitaliti yang mesra.

“Terima kasih kepada @andorrahospitalofficial atas layanan hospitaliti yang baik dan mesra. Kami sangat gembira dengan keramahan kakitangan, tim yang menyambut kelahiran yang sangat prihatin dan membantu segala keperluan terutamanya terhadap ibu dan bayi.

“Terima kasih istimewa kepada @drkhamsiahmudaofficial kerana sentiasa bersama kami sepanjang perjalanan kehamilan dan kelahiran bayi.”luahnya di laman Instagram.

Sumber: fizoomar